Skip to main content

4 Masalah Kesihatan Yang Timbul Jika Salah Memilih Kasut





Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan ketika memilih sepatu, mulai dari model, warna, jenis heels atau rata dan sebagainya lagi. Namun hanya sedikit yang mempertimbangkan masalah kesihatan.


Seringkali model yang stylish serta harga yang murah/berpatutan membuatkan kita tidak memperdulikan kualiti kasut. Padahal, kualiti kasut yang rendah mungkin berbahaya bagi anda. Berikut beberapa masalah yang boleh berlaku disebabkan salah memilih kasut.


1. Penebalan kulit
Penebalan kulit boleh terjadi jika kita memilih kasut yang tidak tepat. Jika anda salah memilih model atau ukuran kasut, kulit kaki anda akan bergesek dengan kulit kasut. Gesekan itu juga boleh  terjadi antara jari-jari kaki anda. Gesekan terus menerus itu yang menyebabkan penebalan kulit.


2. Heel Spur (Penumbuhan tulang)
Heel Spur adalah penumbuhan tulang kecil yang menyerupai duri di bahagian tumit. Hal ini disebabkan oleh radangan yang menstimulasi sel-sel dalam tubuh membentuk tulang yang baru. Bentuk tumit kasut yang tidak baik dapat memicu peradangan tersebut. Akibat dari hell spur, akan terjadi rasa nyeri juga pembengkakan di sekitar pergelangan kaki.


3. Kuku tumbuh ke dalam
Salah memilih bentuk dan ukuran kasut juga boleh merosak kuku kaki anda. Tekanan yang disebabkan oleh hujung kasut memaksa kuku untuk tidak tumbuh. Pertumbuhan kuku kaki anda menjadi tidak normal, kerana arahnya ke dalam.


4. Radang Sendi
Berjalan dengan menggunakan kasut tumit tinggi akan sedikit menekuk lutut. Akibatnya, beban terbeban pada paha dan lutut yang membuat anda rentan terhadap cedera. Jika anda berjalan dengan lutut sedikit ditekuk, hal ini dapat memberi tekanan sebanyak 2 kali ganda lebih besar pada tempurung lutut anda dan meningkatkan risiko terkena radang sendi.


sumber: http://wolipop.detik.com



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Kisah Benar - Adik Bercinta Dengan Abang Kandung Sendiri

 Seperti biasa, segmen Kisah Benar di blog ini memaparkan kisah kepincangan sosial yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini dan dipetik daripada sumber-sumber media arus perdana. Seperti kisah di bawah ini yang sudah lama disiarkan oleh akhbar Kosmo..semoga menjadi pengajaran buat kita semua. "Saya tidak sangka sepupu yang selama ini (saya anggap) kekasih sebenarnya abang kandung sendiri. Lebih malang lagi, saya sering melakukan hubungan seks dengannya.”