Skip to main content

Misteri Harta Karun Berbillion Ringgit di Pulau Nangka, Melaka





Harta karun dikatakan bernilai berbilion ringgit dipercayai ditanam di dalam sebuah gua di Pulau Nangka, sebuah pulau kecil kira-kira 17 kilometer (km) dari luar pantai Melaka.


Antara barangan yang dipercayai dalam harta karun itu adalah peti yang mengandungi bar emas, takhta dan pakaian diraja.

Harta karun di pulau itu dikhabarkan berusia selama berabad-abad dan terdapat banyak cubaan memburu harta berkenaan, di mana sebahagian mereka menggunakan dinamit untuk untuk meletupkan batu, bagi sampai ke gua tersebut.

Ia tidak saintifik, tetapi penduduk tempatan percaya adanya halangan mistik yang menghalang harta itu daripada dibawa keluar.

Menurut penduduk kampung, gua yang ditanam itu sama ada dilindungi oleh sumpahan atau makhluk halus.

Satu kumpulan kecil dilaporkan dapat memasuki ke dalam gua itu kira-kira 30 tahun lalu, tetapi tidak seorang pun yang keluar dengan membawa harta karun itu walaupun hanya sekeping pun.


Mereka dilaporkan keluar dalam keadaan berkhayal apabila mendakwa melihat harta karun itu, antara lain lebih 80 peti emas.



Teori asal usul Harta Karun Pulau Nangka:
  • Antara teori mengenai harta karun yang ditanam di Pulau Nangka itu bahawa ia mungkin merupakan sebahagian daripada kekayaan yang disimpan oleh sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka, Sultan Mahmud.
  • Sultan Mahmud dikatakan membawa sebahagian besar jongkong emas daripada diambil Portugis yang menakluk Melaka pada tahun 1511, dan selama berabad-abad, menerusi kisah yang dirahsiakan namun masih tidak luput sehingga ke hari ini.
  • Buku-buku sejarah mengatakan Sultan Mahmud cuba menawan semula Melaka tetapi tidak berjaya beberapa kali, mungkin kerana kekayaan yang masih ditinggalkan Baginda.
  • Menurut pakar sejarah Portugis pada abad ke-16, Portugis Fernao Lopes de Castanheda berhubung penaklukan tersebut, tentera yang menawan bandar itu tidak dapat mencari kekayaan Sultan itu. Apa yang mereka cari adalah emas dalam bentuk jongkong, sutera, lakuer dan porselin.

  • Beliau menulis: "Mereka begitu marah bahawa Raja (Sultan) telah membawa segala khazanah, dan menuntut bela dengan membakar kediaman Raja (istana Sultan). Gabenor (Alfonso d' Albuquerque) memohon maaf di atas perbuatan yang melampaui batas itu, terutama apabila beliau mengetahui khazanah yang terkandung di istana tersebut. Beliau yang memberi perintah untuk memadamkan api tetapi sudah terlambat keranan istana itu sudah hangus terbakar."
  • Apabila bangunan Dewan Undangan Negeri yang lama di Bukit St Paul sedang dibina pada 1960, runtuhan struktur lama dipercayai merupakan peninggalan istana, ditemui. Kira-kira 7,000 serpihan tembikar ditemui di kawasan itu.
  • Menurut catatan sejarah, harta yang diambil Albuquerque menggunakan kapal 'Flor de la Mar' adalah peti emas, permata, meja emas, pelbagai jenis batu permata, dua patung singa tembaga dan gelang sakti milik Raja Sabandar, yang hanya sebahagian kecil daripada kekayaan Sultan.
  • Bagaimanapun, sumber kekayaan yang dibawa menerusi 'Flor de la Mar' itu hilang apabila kapal tersebut karam dalam kejadian ribut di luar Sumatera pada Disember 1511.
  • Sejak itu, terdapat banyak percubaan untuk mencari kapal karam dan harta karun itu. Terbaharu apabila usaha berkenaan dilakukan oleh seorang bekas ahli politik.


Fakta Pulau Nangka:
  • Pulau Nangka terletak kira-kira 4km dari pulau utama negeri iaitu Pulau Besar, destinasi tarikan pelancong yang popular.
  • Pulau yang berbatu itu berukuran kira-kira 20 hektar, mempunyai pantai berpasir begitu luas dan memanjang dengan air jernih yang mengelilinginya.
  • Terumbu karang berdekatan pulau tersebut turut menarik perhatian menarik para penyelam.

Lagi gambar-gambar menarik Pulau Nangka:







sumber: mstar, google image


Comments

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Kisah Benar - Adik Bercinta Dengan Abang Kandung Sendiri

 Seperti biasa, segmen Kisah Benar di blog ini memaparkan kisah kepincangan sosial yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini dan dipetik daripada sumber-sumber media arus perdana. Seperti kisah di bawah ini yang sudah lama disiarkan oleh akhbar Kosmo..semoga menjadi pengajaran buat kita semua. "Saya tidak sangka sepupu yang selama ini (saya anggap) kekasih sebenarnya abang kandung sendiri. Lebih malang lagi, saya sering melakukan hubungan seks dengannya.”