Skip to main content

Pembongkaran Identiti Jeneral Abdel Fattah al-Sisi - Seorang Yahudi, Ejen Israel





Mungkin ramai yang tidak mengetahui Ketua Tentera Mesir, Jeneral Abdel Fattah al-Sisi yang menyuarakan hasrat untuk bertanding pada pilihan raya Presiden negara itu, yang dijadual diadakan pada April ini, sebenarnya adalah berketurunan Yahudi.


Menurut laporan veteranstoday.com, yang dipertik daripada tulisan seorang pensyarah universiti di Amerika Syarikat (AS), Dr. Kevin Barrett, ibu jeneral itu, Malikah Titani merupakan keturunan Yahudi yang berasal dari Asefi, Maghribi.

Keadaan itu, secara automatik menjadikan pemimpin tertinggi tentera Mesir itu seorang warga Israel.

Dr. Barrett berkata, sekiranya warga Mesir mahu memilih seorang Presiden daripada keturunan Yahudi dalam satu pilihan raya yang adil, ia tidak menjadi satu masalah yang besar.

Tapi yang menjadi masalah ialah Abdel Fattah telah menyembunyikan identitinya sebagai seorang berketurunan Yahudi dan hubungannya dengan Israel daripada pengetahuan masyarakat Mesir.

Sebelum ini, sebahagian besar rakyat Mesir mengecam tindakan beliau memusnahkan amalan demokrasi di negara itu yang baharu sahaja subur, dengan memimpin tentera menggulingkan Presiden Mohammed Mursi melalui penipuan.

Malah beliau kemudian mengetuai tentera membunuh ramai penduduk Mesir yang menyokong pergerakan Ikhwanul Muslimin yang mengadakan bantahan berikutan penggulingan Mursi.


"Masalah yang lebih besar lagi ialah tindakan Abdel Fattah itu dilihat hampir menyamai tindakan ejen perisikan Israel, Mossad. Beliau bukan sahaja dilihat sebagai seorang yang ganas malah bersifat diktator.

"Jika Abdel Fattah dipilih sebagai Presiden, Mesir secara tidak langsung akan menjadi salah sebuah wilayah jajahan terbaharu Israel dan wilayah terbesar pernah 'ditakluki' rejim Zionis Israel," kata Dr. Barret.

Sehubungan itu, tidak hairan sekiranya Duta Besar Israel ke Mesir menggelarkan Abdel Fattah sebagai seorang wira bagi semua orang Yahudi dalam satu kenyataan akhbar, baru-baru ini.

Kenyataan itu dapat dilihat di laman web middleeastmonitor.com bertajuk: Israeli ambassador calls Al-Sisi a ''national hero for all Jews".


Wakil kepada Duta Israel di Kaherah itu memberitahu seorang menteri di dalam kerajaan sementara Mesir bahawa orang Israel memandang tinggi terhadap Jeneral Abdel Fattah Al-Sisi sebagai seorang 'wira nasional'.

Menurut Radio Israel, duta tersebut menghubungi Menteri Pertanian Mesir, Ayman Abu-Hadid bagi mengucapkan tahniah kepadanya atas jawatan baharu yang disandangnya.

"Abdel Fattah tidak dianggap sebagai seorang wira oleh rakyat Mesir, namun dia dianggap wira kepada semua orang Yahudi di seluruh dunia," katanya dalam kenyataan di middleeastmonitor.com.

Dr. Barrett dalam kenyataannya turut mendakwa bapa saudara Abdel Fattah, Uri Sibagh pernah berkhidmat di dalam Liga Pertahanan Israel dari 1948 hingga 1950.

Sibagh turut berpindah ke Israel dan menjadi seorang tokoh dalam parti politik yang diasaskan Ben Gurion, selain berkhidmat sebagai Setiausaha Parti Buruh Israel di Beersheba dari 1968 hingga 1981.

Katanya, kakak Sibagh yang merupakan ibu kepada Abdel Fattah telah berhijrah ke Mesir dalam satu misi yang diarahkan agensi perisikan Israel, Mossad.


Misi itu berakhir dengan kejayaan Mossad menggulingkan Presiden Mesir, Mohammed Mursi menggunakan pasukan tentera Mesir pada 3 Julai lalu, sekali gus meletakkan ejennya Abdel Fattah sebagai ketua di Mesir.


Beliau mendakwa Abdel Fattah merupakan seorang ejen perisikan Mossad. Misinya ialah menyusup masuk ke dalam peringkat tertinggi pemerintahan sebuah negara Islam Arab.

Abdel Fattah hari ini merupakan versi Elie Cohen yang merupakan seorang ejen Mossad yang menyusup masuk ke dalam peringkat tertinggi pemerintahan Syria sebelum ini dengan menggunakan nama Kamal Amin Thabet sebelum penyamarannya terdedah dan dia dihukum gantung di khalayak umum, di Damsyik.



sumber: utusan malaysia


Comments

  1. Tolonglah, jgn biarkan Mesir dijajah Israel.
    Jangan biarkan sejarah palestin berulang lagi.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Kisah Benar - Adik Bercinta Dengan Abang Kandung Sendiri

 Seperti biasa, segmen Kisah Benar di blog ini memaparkan kisah kepincangan sosial yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini dan dipetik daripada sumber-sumber media arus perdana. Seperti kisah di bawah ini yang sudah lama disiarkan oleh akhbar Kosmo..semoga menjadi pengajaran buat kita semua. "Saya tidak sangka sepupu yang selama ini (saya anggap) kekasih sebenarnya abang kandung sendiri. Lebih malang lagi, saya sering melakukan hubungan seks dengannya.”