Skip to main content

Kempen Pulau Produk Zionis Mula Menunjukkan Kesannya Kepada Israel





Siapa kata kempen memulaukan produk zionis hanyalah aktiviti yang sia-sia? Ia juga adalah suatu jihad yang boleh dilakukan oleh sesiapa saja termasuklah kita di Malaysia ini tanpa perlu mengangkat senjata dan berperang. Malangnya di Malaysia, kempen seperti ini hanya bersifat hangat-hangat tahi ayam.


Kempen memulaukan produk Israel ternyata memberi kesan buruk ke atas rejim Zionis itu, apabila seorang pemimpin tertinggi Yahudi Amerika mendakwa tindakan tersebut merupakan cabaran terbesar yang dihadapi sekutu kuat Amerika Syarikat (AS) itu.

Cabaran berkenaan disuarakan oleh Timbalan Ketua Eksekutif Persidangan Persatuan Utama Yahudi Amerika, Malcolm Hoenlein yang meminta kerajaan Barat bekerjasama bagi menentang kempen tersebut.

"Israel dan sekutunya perlu menentang kempen boikot tersebut yang dikenali sebagai BDS dengan cara yang paling berkesan," katanya.

Israel berdepan kempen boikot yang dilancarkan secara meluas di seluruh dunia termasuk perniagaan di Eropah yang menentang tindakan rejim Zionis itu membina penempatan haram Yahudi di wilayah Palestin.

Dua institusi perbankan terbesar di Eropah turut memulaukan urusan kewangan dengan syarikat Israel berhubung isu yang sama.

Malah Kesatuan Eropah menyekat dana dan bantuan yang disalurkan kepada entiti Israel, selain Persatuan Kajian Amerika mengambil langkah sama atas kekejaman rejim Zionis ke atas rakyat Palestin.

Ekoran kempen pemulauan secara meluas itu, Israel terpaksa mengadakan mesyuarat Kabinet pada minggu depan bagi mengatasi masalah berkenaan.

Kempen itu mendapat sambutan, selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kebanyakan negara mengecam tindakan Israel meneruskan pembinaan penempatan haram Yahudi di wilayah Palestin walaupun mendapat tentangan antarabangsa.

Kekejaman rejim Zionis Israel menyekat ekonomi dan kehidupan rakyat Palestin di Genting Gaza sejak 2007 turut mendapat kecaman dunia yang menyifatkan tindakan Israel itu melanggar hak asasi manusia.


P/s: untuk senarai produk-produk berkaitan zionis yang boleh diboikot, anda boleh lihat entri ini : Produk-Produk Zionis di Sekeliling Kita


Comments

  1. Pernah baca berita nie dlm yahoo... nmpknya boikot mula nmpkkan kesan....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Keindahan 'Sungai BIRU' atau 'Blue Lagoon' di Alor Setar, Kedah

Lebih dikenali sebagai Sungai 'Ayaq Biru' dikalangan penduduk setempat, ratusan pengunjung dari pelbagai kawasan datang silih berganti untuk menyaksikan keindahan panorama itu yang dikatakan pertama kali berlaku.

[Gambar] Kemunculan Gunung Berapi Anak Krakatau Yang Muncul Dari Laut Sejak 1929

Seperti ditulis dari Geo Magz, Majalah Geologi milik Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Gunung Anak Krakatau lahir ke permukaan laut pada 15 Januari 1929.