Sunday, February 9, 2014

25 Orang Pertama Pemilik Akaun Facebook





Facebook baru saja merayakan ulang tahunnya yang ke-10 pada 3 Februari lalu. Tapi pernahkah anda mengetahui siapakah orang-orang yang pertama kali mendaftarkan diri untuk membuat akaun di Facebook?. Jika anda melihat halaman profil Facebook anda sebelum diganti dengan ID nama anda, anda akan melihat URL yang di bahagian belakangnya dilengkapi user ID. Misalnya : http://www.facebook.com/profile.php?id=4 yang dimiliki oleh Mark Zukerberg. 




Ketika pertama kali anda mendaftar di Facebook, sebenarnya setiap user akan mendapatkan kod ID. Kod ini dimulai dengan ID 0, yang nantinya akan mengarahkan kepada si pemilik akaun ke halaman profil Facebook mereka. Dari berbillion pengguna facebook saat ini, ternyata tiga akaun pertama dengan nombor ID 1 hingga 3 digunakan sebagai akaun testing oleh Mark Zuckerberg lalu dihapuskan. Jadi pengguna pertama Facebook sebenarnya memiliki nombor ID 4, dan orang tersebut adalah Mark Zuckerberg,  pencipta Facebook sendiri. 

Menurut data dari BuzzFeed, sebahagian besar pengguna pertama Facebook adalah para mahasiswa di Harvard University yang tidak lain adalah teman-teman Mark Zuckerberg, termasuk teman-temannya yang membantu membangun Facebook. Ada beberapa orang yang telah meninggalkan laman tersebut dan berpindah ke tempat lain, tetapi banyak juga yang masih kekal hingga sekarang. 

Co-founder Facebook lain ialah Chris Hughes dan Dustin Moscovitz, termasuk dalam deretan 10 besar orang pertama yang memiliki akaun Facebook. Hughes adalah juru cakap pertama Facebook. Setelah meninggalkan Facebook, dia menyibukkan diri dalam kempen online Barack Obama pada tahun 2008 lalu. Sedangkan Eduardo Saverin, yang juga co-founder Facebook, tidak masuk dalam daftar 10 orang pertama pemilik akaun Facebook.



Berikut senarai 25 orang pertama yang memiliki akaun Facebook : 

  1. Mark Zuckerberg 
  2. Chris Hughes 
  3. Dustin Moskovitz 
  4. Arie Hasit 
  5. Andrew McCollum 
  6. Colin Kelly 
  7. Mark Kaganovich 
  8. Andrei Boros 
  9. Manuel Antonio Aguilar 
  10. Zach Bercu 
  11. Samyr Laine 
  12. Sarah Goodin 
  13. Kang-Xing Jin 
  14. Colin Jackson 
  15. David Jakus 
  16. David Hammer 
  17. Alana V. Davis 
  18. Ebonie Hazle 
  19. Eduardo Saverin 
  20. Joe Green 
  21. Greg Friedman 
  22. Hilary Scurlock Cocalis 
  23. Billy Olson 
  24. Ada McMahon 
  25. Amie Broder 

sumber: http://tekno.liputan6.com



Entri-Entri Berkaitan.....

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails