Skip to main content

10 Individu Terkaya di Malaysia Pada 2014





Malaysian Business, majalah perniagaan utama di negara ini baru-baru ini telah mengeluarkan senarai 40 individu terkaya di Malaysia. Menariknya, buat pertama kalinya kali ini, 3 daripada 10 individu terkaya di Malaysia terdiri daripada tokoh korporat Melayu. Siapakah mereka? Ikuti senarai 10 individu terkaya di Malaysia di bawah ini:



1. Robert Kuok (RM54.48)
 Robert Kuok, hartawan Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong, kekal lelaki paling kaya di Malaysia dengan kekayaan RM54.48 bilion berbanding RM46.1 bilion tahun lepas



2.  T. Ananda Krishnan (RM33.19 bilion)
Ananda, mengekalkan posisi kedua sejak 2004 dengan aset yang dimilikinya menerusi Usaha Tegas Sdn Bhd bernilai RM33.19 bilion, peningkatan sebanyak 0.88 peratus daripada RM32.90 bilion tahun lepas.



3.  Tan Sri Teh Hong Piow (RM18.07 bilion)
Tokoh perbankan Public Bank ini  kekal di tempat ketiga sejak tiga tahun lepas, dengan aset bernilai RM18.07 bilion 



4. Tan Sri Quek Leng Chan (RM14.11)
Tan Sri Quek Leng Chan melalui Hong Leong Group dan Guoco Group, dengan kekayaan bernilai RM14.11 bilion tahun ini



5. Tan Sri Lee Shin Cheng (RM13.12 bilion)
Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Group yang melompat dari kedudukan keenam tahun lepas dengan kekayaan berjumlah RM13.12 bilion, naik daripada RM10.56 bilion tahun lalu.



6. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary (RM11.07 bilion)
Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary jatuh ke tempat keenam berbanding tahun lepas walaupun kekayaan beliau meningkat sebanyak 4.43 peratus kepada RM11.07 bilion daripada RM10.6 bilion pada tahun sebelumnya.



7. Tan Sri Lim Kok Thay (RM9.43 bilion) 
Kekayaan ketua Genting Group, Tan Sri Lim Kok Thay meningkat 16.18 peratus kepada RM9.43 bilion.



8. Puan Sri Lee Kim Hua (RM 7.47 billion)
Ibu kepada Tan Sri Lim Kok Thay mempunyai kekayaan sebanyak RM 7.47 billion, meningkat 3.2 peratus.



9. Datuk Mokhzani Mahathir (RM4.22 bilion)
Datuk Mokhzani Mahathir melalui SapuraKenchana Petroleum berada di tempat kesembilan dengan aset bernilai RM4.22 bilion.



10. Tan Sri Azman Hashim ( RM4.11 )
Tokoh perbankan Tan Sri Azman Hashim melalui Arab-Malaysian Corporation menduduki tempat ke-10 dengan aset bernilai RM4.11 bilion tahun ini.





Fakta menarik individu terkaya Malaysia pada tahun ini:
  • Malaysian Business melaporkan gabungan kekayaan 40 individu paling kaya itu meningkat kepada RM217.82 bilion pada 18 Januari 2014 atau 11.73 peratus daripada RM194.86 bilion tahun lalu.
  • Semasa majalah itu mula menyenaraikan kekayaan 40 individu paling Malaysia pada 2002, gabungan jumlah aset mereka sebanyak RM41.7 bilion, dengan Robert Kouk Hock Nien berada di tempat teratas.
  • Malaysian Business berkata antara fakta menarik ialah sejak 2002, 81 usahawan menyertai senarai 40 individu terkaya di Malaysia dan 15 berjaya kekal di atas secara berterusan.
  • Keseluruhannya, peningkatan kukuh kekayaan mereka boleh dikaitkan dengan sumbangan prestasi pasaran dan harga inflasi, dengan kekayaan mereka sebahagian besarnya berasaskan kepada pegangan masing-masing.
  • Ia juga menggambarkan prestasi syarikat-syarikat mereka dan pertumbuhan ekonomi Malaysia yang positif dalam tempoh 12 tahun.
  • Tahun ini terdapat 33 jutawan dalam senarai harta mencecah angka bilion, lebih dua daripada tahun lepas dan 29 daripada 40 dalam senarai merekodkan lebih tinggi daripada tahun lepas.
  • Daripada jumlah itu, 20 individu mencatatkan pertumbuhan lebih daripada 10 peratus.
  • Dua individu kembali memasuki senarai tahun ini, Datuk Tony Tiah dari TA Enterprise di tempat ke-38 dengan aset bernilai RM589.14 juta, manakala Tan Sri Rozali Ismail dari Puncak Niaga Holdings memasuki senarai 40 Teratas dengan RM543.74 juta.
  • Seperti tahun-tahun sebelumnya, kekayaan 40 Teratas dinilai berdasarkan nilai pegangan mereka dalam syarikat tersenarai pada 18 Januari 2014.



sumber: Malaysian Business, berita harian, mstar 


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Keindahan 'Sungai BIRU' atau 'Blue Lagoon' di Alor Setar, Kedah

Lebih dikenali sebagai Sungai 'Ayaq Biru' dikalangan penduduk setempat, ratusan pengunjung dari pelbagai kawasan datang silih berganti untuk menyaksikan keindahan panorama itu yang dikatakan pertama kali berlaku.

[Gambar] Kemunculan Gunung Berapi Anak Krakatau Yang Muncul Dari Laut Sejak 1929

Seperti ditulis dari Geo Magz, Majalah Geologi milik Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Gunung Anak Krakatau lahir ke permukaan laut pada 15 Januari 1929.