Skip to main content

5 Negara Terkuat di Dunia





Negara-negara kuasa besar terus berlumba-lumba mengukuhkan kedudukan mereka dengan memperkuatkan pasukan tentera mereka sama ada daripada segi persenjataan dan kelengkapan tentera, mahupun daripada segi bilangan anggota yang terlatih dalam semua bidang. Sebenarnya agak sukar untuk menentukan negara mana yang mendahului senarai dalam perlumbaan senjata di dunia pada masa ini.

http://billyinfo.blogspot.com/2014/01/5-negara-terkuat-di-dunia.html#axzz2qlbUWVKp


Fakta-fakta menarik:
  • Menurut senarai yang dikeluarkan Global Firepower (GFP), penyedia data terkini kuasa ketenteraan dunia, tanpa mengambil kira kekuatan nuklear yang dimiliki sesebuah negara, Amerika Syarikat (AS) berada di kedudukan teratas negara paling kuat daripada segi ketenteraan pada masa ini.
  • Kelebihan Amerika ternyata didorong oleh sumber kewangan negara itu sendiri. Amerika dilaporkan memperuntukkan kira-kira AS$689 bilion (RM2.2 trilion) sebagai bajet pertahanan negara itulebih tinggi berbanding negara kuasa-kuasa besar yang lain.
  • Faktor itu memungkinkan AS untuk memiliki sekurang-kurangnya 8,235 kereta kebal dan 15,293 buah pesawat dan 6,665 helikopter.
  • Aset itu bagaimanapun tidak termasuk kira-kira 10 buah kapal pengangkut pesawat yang memudahkan AS menggerakkan askarnya ke mana-mana negara di seluruh dunia dengan diiringi 71 kapal selam.
  • Namun, jika diambil kira daripada segi sumber tenaga, AS hanya mempunyai kira-kira 1.4 juta askar aktif, lebih kecil dibandingkan dengan China yang mempunyai sebanyak 2.2 juta askar aktif.
  • Malah, China dilihat mampu muncul sebagai kuasa tentera baharu dunia selepas data yang dikeluarkan GFP menunjukkan negara itu memperuntukkan sejumlah AS$129 bilion (RM422 bilion) untuk bajet pertahanannya, lebih kecil berbanding Rusia, United Kingdom dan Perancis.
  • Bagaimanapun secara realitinya, kekuatan sesebuah negara pada zaman moden ini turut diukur dengan jumlah senjata nuklear yang dimiliki mereka.
  • Dalam aspek ini, Rusia dilaporkan mendahului negara kuasa besar lain diikuti AS, China, United Kingdom dan Perancis yang merupakan negara yang menyertai Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT).
  • Menurut statistik yang diperolehi BBC, Rusia mempunyai sebanyak 10,000 peledak nuklear, diikuti AS (8,500 unit), China (240), UK (225) dan Perancis (300).
  • Negara-negara kuasa besar dunia itu turut dilapor memiliki peluru berpandu balistik jarak jauh yang mampu sampai pada jarak yang mampu merentas antara benua.
  • Rusia dengan peluru berpandu SS-18 Satan dilaporkan mampu mencapai jarak sejauh 16,000 kilometer (km) diikuti China dengan (DF-5A) yang mampu sampai pada jarak 13,000 km, diikuti Amerika dengan Trident D5 yang mampu sampai pada jarak 11,300km. 

 sumber: utusan malaysia



Comments

  1. Wah saya baru tau nich tentang 5 negara terkuat didunia

    ReplyDelete
  2. kalau menurut saya, negara-negara yang ada di Eropa sana juga mempunyai kekuatan yang militer yang besar juga.

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas infonya sangat menarik sekali,,sukses slalu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.