Skip to main content

27 Tips Ekstrim Berjimat-Cermat Sempena 2014





Tahun 2014 adalah tahun yang mencabar bagi kita semua. Kenaikan harga barang dan peningkatan kos sara hidup adalah cabaran yang mustahil untuk dielak pada masa kini. Daripada kita hanya tahu bising di mulut dan merungut tanpa berbuat apa-apa, lebih baik kita pasang langkah solusi menghadapinya. Pada pendapat Encik Billy, hanya ada TIGA cara iaitu: TAMBAH PENDAPATAN, BERJIMAT-CERMAT atau KEDUA-DUAnya sekali.


Namun, berbanding mencari pendapatan tambahan, yang paling praktikal dilakukan oleh semua kita rasanya adalah BERJIMAT-CERMAT. Justeru kali ini Encik Billy ingin berkongsi beberapa tips penjimatan yang boleh dilakukan, sebahagiannya mungkin terlalu ekstrim untuk dipraktikkan, sebahagiannya mungkin hanya sesuai untuk golongan bujang berbanding yang dah berkeluarga, namun tak salah nak mencuba bukan? Hanya nak dan taknak saja.


Berikut tips penjimatan:


1. Makan 2 hari sekali: berpeganglah pada kata-kata 'take your breakfast like a king, your lunch like a queen, and dinner like a beggar'. Jadi untuk makan malam yang simple-simple saja dah cukup e.g, makan roti dengan planta, atau makan buah kurma dan susu. 


2. Masak sendiri: Ini kadang-kadang Encik Billy praktikkan. Tak susahpun. Setiap weekend, beli stock bahan mentah dan masak dua hingga tiga jenis lauk sekaligus untuk bekalan selama 3-5 hari. Simpan dalam peti ais dan panaskan je bila nak makan. Hari-hari hanya perlu masak nasi putih. 




3. Beli lauk siap masak: Jika anda tak pandai masak sendiri, anda boleh pilih option ni. Beli sekaligus untuk bekalan 3-5 hari dan simpan dalam peti ais. Hari-hari hanya perlu masak nasi putih. Percayalah ini juga dapat menjimatkan perbelanjaan anda hingga 10-20%.


 4. Jika makan di kedai, elakkan order air: Cukuplah anda order ais kosong atau air suam. Lebih menjimatkan kalau anda bancuh sendiri di rumah, penjimatan hingga 60% berbanding anda minum di kedai. Contohnya, harga teh ais di kedai RM 1.00, jika anda bancuh sendiri kos baru RM 0.40.


5. Gunakan air free: Jika anda bekerja di office, biasanya setiap office mempunyai pantry sendiri yang menyediakan water dispenser dan cooler, pilihan teh, milo, nescafe, gula dan susu. Nah, minumlah puas-puas di sini!


6. Kurangkan makan branded fast-food: Sekali-sekala kalau teringin makan branded fast-food tu tak mengapalah, tapi janganlah sampai tiap-tiap hari!


7. Cari alternatif branded fast-food: Kadang-kadang gerai burger tepi jalan lebih sedap daripada McD atau Burger King, kadang-kadang ayam goreng pasar malam lagi sedap dari KFC, harga sudah tentulah lebih murah. Lagi satu alternatif, setiap pasaraya besar macam Tesco, Mydin atau Aeon turut mempunyai bahagian makanan dan pastry sendiri, di mana harga yang dijual lebih murah dari branded fast-food chain. 


8. Makan sebelum anda keluar makan di gerai/restoren: Kadang-kadang adalah amat tidak patut menolak jika anda menerima jemputan makan diluar daripada kawan-kawan atau ahli keluarga, sedangkan anda dalam proses untuk berjimat. Maka alaslah perut anda dirumah, supaya jika anda di restoren, anda tidak perlu order makanan yang terlalu berat atau mahal. 


8. Kurangkan atau elak tengok wayang: Harga untuk menonton wayang sekarang ni amatlah mahal. Jika anda teringin nak tonton wayang, pilihlah cerita yang benar-benar berkualiti agar berbaloi dengan wang anda. Takpun, anda boleh je download (yah, ini munkin illegal!). Atau tonton di Astro first yang lebih menjimatkan kalau anda nak tonton beramai-ramai. Atau paling kurang, tunggu je time Hari Raya, pasti akan keluar kat TV!


9. Potong langganan kabel TV: sekarang ni, semuanya dah boleh dapat di internet, streaming je. Kalau anda subscribe TV hanya untuk tengok bola, kata orang kini, kat kedai mamak pun anda boleh tengok dengan free!


10. Elakkan beli pop-corn atau snacks ketika menonton wayang: Harga snacks/popcorn yang dijual amatlah overprice. Jika anda bijak, anda boleh beli snacks di kedai biasa yang harganya lebih murah, dan pandai-pandailah menyelinap masuk ke dalam panggung.


11. Pilih pakej topup atau prabayar yang tepat: Yang ini, anda perlu tahu berapakah penggunaan masa berbual, SMS dan data yang anda perlukan dalam sebulan. Tak guna anda subscribe pakej data 4GB tapi penggunaan anda tak sampai pun 500MB! Berdasarkan survey Encik Billy, provider yang menawarkan pakej paling murah dan balance dari segi features dan coverage di Malaysia ni adalah U-Mobile. Diikuti oleh Digi, Celcom dan Maxis. Elakkan memakai P1 Wimax yang sucks.


12. Wifi free ada di mana-mana: Jika anda merasakan pakej prabayar anda (untuk data) tidak mencukupi, gunakan saja perkhidmatan wifi free yang ada. Sekarang ni kedai mamak, masjid, bas, dan gerai-gerai tepi jalan pun dah ada wifi tau. Guna je, tak perlu membazir. 





13. Beli toiletries di farmasi terkenal: Belilah barang-barang toiletries seperti shampoo, ubat gigi, pencuci muka, hingga barang mekap anda sekalipun di farmasi-farmasi terkenal seperti Watson atau Guardian. Biasanya harga yang dijual disini memang LEBIH MURAH dan selalunya ada sales. Lebih bagus kalau anda subscribe kad ahli untuk mendapatkan lebih banyak penjimatan.


14. Beli barang pada harga pukal: Walaupun mungkin anda terpaksa mengeluarkan wang yang banyak sekaligus (pukal bermaksud beli pada kuantiti minimum yang ditawarkan), namun ianya adalah lebih menjimatkan daripada anda pergi keluar shopping setiap minggu. Berdasarkan pengalaman, harga yang ditawarkan oleh Tesco adalah termurah untuk barangan dapur, manakala untuk pakaian dan kelengkapan lebih murah di Mydin. Namun jangan dilupakan Aeon, Econsave, Giant, Tunas Manja, dll yang tidak kurang hebatnya.


15. Buat urusan anda secara online: Lebih menjimatkan masa, kos pengangkutan, parking dengan membuat urusan anda secara online berbanding di kaunter-kaunter bank, pejabat post dan sebagainya lagi. 


16. Guna kredit kad bila perlu dan penting sahaja: Kredit kad jika digunakan secara betul sebenarnya boleh membantu anda dalam merancang kewangan, lebih-lebih lagi berjimat cermat. Sebagai contoh Encik Billy hanya guna kredit kad untuk mengisi minyak kereta, dan untuk beberapa transaksi online sahaja. Hasil dari mata yang dikumpul boleh ditukarkan dalam bentuk cash rebate, hadiah atau petrol percuma. Dan sila pastikan anda membuat full settlement berbanding minimum payment untuk mengelak caj interest berganda dikenakan. 


16. Tinggalkan kredit kad anda di rumah: Jangan bawa kredit kad anda ketika bershopping. Cash is a king bila anda ingin berjimat-cermat.


17. Shopping hanya 1-2 kali setahun sahaja: Anda harus buang tabiat gemar bershopping tak kira masa. Sebaliknya cukup untuk bershopping sekadar sekali atau dua kali setahun, misalnya pada Hari Raya atau hari jadi anda. Selalunya, pada hari-hari perayaan tertentu, terdapat diskaun besar-besaran yang boleh anda ambil kesempatan. 


18. Tips menjimatkan minyak kereta: Ada banyak cara untuk menjmatkan penggunaan petrol anda. Boleh klik sini entri Encik Billy sebelum ini. 


19. Mandi tak lebih dari 5 minit: Ini dapat membantu anda menjimatkan bil air. Namun anda perlu tahu atau develop sendiri teknik mandian secara pantas! 


20. Gunakan semula pakaian dalam anda: Turn them inside out untuk hari kedua. Ini tips penjimatan yang agak ekstrim.


21. Basuh sendiri baju anda seminggu atau dua minggu sekali: Basuh sendiri pakaian anda adalah lebih menjimatkan berbanding jika anda hantar ke dobi dan dry cleaning. Untuk lebih menjimatkan, kumpul semua baju anda yang ingin dibasuh selama seminggu atau dua minggu agar anda dapat basuh sekaligus, berbanding anda membasuhnya setiap hari.


22. Potong rambut anda dua bulan sekali: Ini juga dapat menjimatkan wang anda daripada mengalir ke barber. Sekarang ini kos nak pergi saloon bukannya murah, hatta kedai gunting mamak sekalipun. Pastikan setiap kali anda potong rambut, anda potong sependek mungkin (botak pun takpe), supaya ia mengambil masa untuk tumbuh semula. Jika rambut anda memanjang terlalu cepat, anda boleh gunakan cap/topi atau kopiah untuk cover rambut anda. Lebih bagus jika anda boleh potong sendiri atau minta rakan yang potongkan rambut anda.


23. Jika anda berseorangan, lebih baik guna public transport: Ini lebih menjimatkan berbanding anda drive sendiri dalam kereta yang besar, tapi hanya anda seorang saja dalam kereta itu. Namun, jika perjalanan yang dilakukan disertai lebih dari 5 orang, adalah lebih baik anda drive sendiri daripada menggunakan public transport. Tips ini adalah untuk penggunaan bas/keretapi/LRT. Untuk teksi adalah sebaliknya. 


24. Pinjam buku dari perpustakaan: Ini yang Encik Billly selalu buat dari zaman study dulu, hingga kini zaman dah kerja pun. Jimat duit anda daripada beli buku yang mahal tapi hanya baca sekali ja lepastu dah tak tengok buku tu. Tips ini amat berguna untuk student universiti yang mana harga buku teks yang diimport adalah amat mahal. Ada lagi satu tips: Pinjam buku teks original dari member anda, dan fotostat, penjimatan sebanyak 60%!!


25. Simpan janggut dan misai: Jimat masa, tenaga dan wang ringgit anda daripada hari-hari terpaksa bercukur. Kos untuk membeli pisau pencukur dan shaving cream bukannya murah. 


26. Be your own man: Ini adalah tips yang sangat penting, jadilah diri anda sendiri, tahu di mana kemampuan anda. Salah satu sebab terbesar kita membelanjakan wang adalah social pressure. Bila tengok rakan se-ofis tukar handphone baru, kita pun nak tukar sama, padahal yang sedia ada masih elok. Jangan biarkan orang lain menentukan atau mempengaruhi bagaimana anda menjalani hidup atau bagaimana anda membelanjakan wang anda. 


27. Berjimat cermat bukan bermaksud kedekut: Walaupun kita tengah berjimat-cermat, jangan kedekut untuk menghulur bantuan, sedekah, zakat kepada yang memerlukan. Sebaliknya percayalah rezeki yang Allah tentukan akan berganda-ganda kepada kita.



p/s: jika anda mempunyai sebarang tips tambahan, sila kongsikan di ruangan komen. semoga bermanfaat untuk semua



Comments

  1. tips aku dlm bab makanan,

    hanya makan nasi putih, goreng telur mata dgn kicap je.pastuh hiris sikit timun sebagai sayur. simple dan mudah. tapi tips ini hanya boleh buat dua kali seminggu, lebih dari tu selera mati!

    ReplyDelete
  2. member aku punya esktrim, sebungkus maggie dia sanggup kerat dua. satu untuk makan siang, satu untuk malam

    ReplyDelete
  3. Pengotorla ko ni.. Spender pun x nk basuh.

    ReplyDelete
  4. aku ada satu lagi idea yg lagi bernas. TUKAR KEREJAAN 4 tahun dari sekarang.

    ReplyDelete
  5. xpe la i x desperate lgi kooottttt

    ReplyDelete
  6. hoho..agak xtrem..ada la satu dua boley pakai...yg penting tracking perbelanjaan kita.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.