Monday, June 4, 2012

16 Tips Jimat Minyak Petrol Kereta








Tip-tip bagaimana anda boleh menjimatkan petrol anda.


1.Isi minyak sebelah malam, atau awal pagi apabila cuaca sudah sejuk
Mengisi minyak pada waktu malam, akan mengurang gas dalam petrol atau diesel. Kandungan gas dikatakan banyak pada waktu siang yang panas, di mana setiap liter yang di isi pengguna akan rugi sebab haba petrol bercampur lebihan gas dalam kandungannya. Benar atau tidak,Ini berdasarkan pengalaman sendiri. Memang benar. Ada perbezaannya. Penggunaan petrol lebih lama bertahan jika di isi pada waktu malam.


2.Bawa kereta dalam kelajuan yang tetap
Tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan. 70 – 90 km sejam adalah bersesuaian. Pastikan anda mematuhi had laju dan pandu pada lorong yang sesuai. Semakin laju kereta, semakin banyak minyak digunakan. Pandu secara perlahan pula menyebabkan beban pada kereta. Ini menyebabkan enjin tertekan dan menyebabkan banyak minyak digunakan.


3.Patuhi jadual penyelenggaraan kereta atau kenderaan anda
Enjin yang diselenggara akan berfungsi dengan baik dan lebih berkesan. Pada jangka masa yang tetap, gunakan bahan rawatan petrol. Ini bertujuan untuk cucian pada injap minyak agar tidak tersumbat. Pastikan penapis petrol diperiksa atau ditukarkan apabila perlu.Penapis udara dan penapis minyak petrol kena check! (Penapis minyak petrol kene tukar 40 000 km sekali)


4.Angin tayar perlu sentiasa pada tahap tekanan yang disyorkan.
 Seminggu sekali periksa tekanan tayar. Penjagaan tayar yang baik memastikan cengkaman tayar yang sesuai dan pada jumlah jarak yang jauh, nyata menjimatkan minyak.


5.Isikan minyak sehingga tangki penuh
Minyak atau petrol cepat habis jika ruang tangki banyak yang kosong. Benarnya tips ini memang ada. Minyak atau petrol akan meruap. Semakin besar ruang semakin banyak minyak atau petrol meruap. Petrol yang meruap tidak dapat dibakar oleh enjin. Dicadangkan juga penuhkan semula tangki apabila tangki separuh kosong. Jangan tunggu sehingga meter pada tanda “E” baru diisi. Semakin banyak ruang kosong semakin banyak petrol meruap, maka lebih cepat habis.


6.Kereta sesuai untuk perjalanan yang jauh
Jika tempat yang dituju boleh berjalan kaki atau berbasikal, adalah baik melakukannya. Banyak minyak boleh dijimatkan tetapi keselamatan penting jika jalan dilalui gelap, sunyi dan diragui keselamatannya adalah lebih baik bawa kereta.


7.Kurangkan penggunaan penghawa dingin
Perjalanan pagi atau malam yang sejuk tidak perlu penghawa dingin. Buka tingkap sedikit dan biarkan angin luar masuk. Awas jangan buka tingkap terlalu luas sehingga tangan dari luar boleh mencapai ke dalam dengan mudah.


8.Kurangkan beban kereta
Barang-barang yang tidak perlu dalam kereta perlu dikeluarkan. Semakin banyak beban semakin banyak tenaga dan minyak digunakan.


9.Panaskan enjin selama 30 saat sahaja
Enjin kereta panas lebih berkesan semasa kereta bergerak. Memanaskan enjin lebih 30 saat bukan sahaja membazir minyak tetapi boleh merosakkan enjin kerana pelinciran enjin lebih berkesan ketika kereta bergerak (maklumat dari PERSATUAN PENGGUNA P.PINANG – CAP)


10.Elakkan menunggu dengan enjin masih hidup
Sekiranya anda terpaksa menunggu seseorang di dalam kereta, matikan enjin. Lebih murah untuk menghidupkan semula enjin daripada menunggu 1 minit di dalam kenderaan dengan enjin yang masih hidup.


11.Elakkan menggunakan gear rendah. Cuba kekalkan halaju kereta lebih daripada 35 km/jam.
Langkah gear dari gear 1 terus ke gear 3 atau 4 ketika kereta menuruni bukit atau melalui jalan rata. Tukar gear secepat mungkin ketika menaiki bukit. Apabila memandu secara automatik, tingkatkan halaju anda dengan segera. Jangan andaikan bahawa anda perlu memandu di lebuhraya sahaja untuk menggunakan gear 5. Seboleh-bolehnya pandu dengan gear 5 di mana sahaja walaupun berada di dalam jalan yang kecil.


12.Tingkatkan tahap kecekapan pembakaran engin, kalau kereta biasa
– 80% daripada campuran bahan api dibakar dgn sempurna. Kalau nak tingkatkan ke 90% pakai high frequency converter dlm sistem spark plug seperti Stromberg ataupun pakai special magnet pada talian minyak.


13. Tinted cermin kereta anda (Semua cermin sebaiknya).
Lagi kurang cahaya matahari masuk, lagi bagus (cthnya gold dust 95% block heat) sebab ia berkaitan dgn penggunaan air-cond dan emosi anda. Contohnya, kalau air-con kurang guna atau guna pada tahap minimum, minyak pun save dan anda pun kurang terbakar.dan lagi satu,disarankan beli tinted UV protection,selain serap haba,kereta akan lebih sejuk,so sebelum beli tinted servey dulu mana tinted yang best.selalunya yang berkualiti agak mahal,penggunaan tinted yang berkualiti juga dilindungi dengan lapisan plastik menghalang kereta mudah dipecah dan retak


14. Gantikan Air filter kereta anda dengan filter K&N sebab filter K&N diperbuat daripada gentian kapas dimana kadar aliran udara adalah lebih tinggi daripada filter biasa yg diperbuat dari kertas dan mudah tersumbat


15. Pasang intercooler pada enjin anda (bila suhu enjin diturunkan, power meningkat dan boleh save minyak)

16. Spark plug perlu dalam keadaan baik ( Tak hitam & gap OK)


sumber: http://hannsays.blogspot.com


Entri-Entri Berkaitan.....

9 comments:

  1. minta shared ya tuan tanah ^_^

    ReplyDelete
  2. Kalau buang air filter macam mane pulak?

    ReplyDelete
  3. Eh jap..engine bese pon leh pkai intercooler eh..ingt pkai tubo je br pkai intercooler..anyway tq bro for info

    ReplyDelete
  4. jimat minyak free http://bit.ly/TDsAlJ

    ReplyDelete
  5. Jimat petrol & diesel kenderaan anda sehingga 45%..enjin pick up,,lancar dan bersih.
    http://biostick.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Jimat petrol & diesel kenderaan anda sehingga 45%..enjin pick up,,lancar dan bersih..
    http://biostick-fuel-save.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. kat jepun boleh naK matiKan enjin bila menunggu IniMalaysia beb'panas oooo

    ReplyDelete
  8. Tq untuk tipsnya. Tak sangka benda seharian yang sangat mudah dilakukan. Nnti saya mesti cuba.

    Mungkin saya boleh share satu cara yg saya tgk kat satu website ni. Nampak memang ekstrim , boleh jimat 20 - 30%. Tak tau Ok atau tak sbb saya belum cuba. Tgk harga tak lah mahal sangat. Kalau betul2 berkesan memang tak rugi saya beli.

    Produk ni nama dia "Fuel Shark". Dia tulis dipaternkan di Jepun. Kalau tulis Jepun tu nampak memang konfiden sikit saya sbb Jepun memang pengeluar kereta dunia.

    Kalau ada kawan2 yg dh try boleh share kesan dia ok.

    Boleh tengok produk tu kat sini http://www.malaysiatrendshop.com

    ReplyDelete
  9. makasih gan artikelnya,
    sangat bermangfaat sekalih,

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails