Orang kaya tidak lama lagi boleh menghabiskan hidup dengan belayar mengelilingi dunia jika impian sebuah firma di sini menjadi kenyataan.
Fakta ringkas kapal ‘Freedom Ship’:
- Setinggi 25 tingkat dan 1.6 kilometer panjang - empat kali ganda lebih panjang dari Queen Mary II - kapal Freedom Ship mempunyai berat 2.7 juta tan.
- Ia akan mengelilingi dunia sekali setiap dua tahun, berlabuh di bandaraya utama untuk membolehkan penghuninya menikmati destinasi terkemuka dunia atau sekadar melepaskan ‘mabuk laut’.
- Freedom Ship akan belayar dari pantai timur Amerika Syarikat pada Jun dan merentas Atlantik untuk ke Eropah.
- Sampai di sana bertepatan dengan musim panas, ia akan berlabuh sekitar pantai utara Scotland hingga Scandinavia dan memasuki Selat Inggeris sebelum menuju ke Selat Gibraltar dan memasuki Mediterranean.
- Krismas akan dihabiskan di pantai utara Afrika diikuti dengan pesta di Cape Town, Afrika Selatan pada Januari.
- Kapal terbabit kemudian akan menuju ke Australia yang berada di penghujung musim panas sebelum menjelajah Asia dan merentas Pasifik untuk ke pantai barat Amerika pada September.
- Memasuki tempoh terakhir tahun keduanya, penghuninya akan dibawa ke seluruh Amerika, menuju ke Patagonia dan Tierra del Fuego sebelum kembali semula ke tempat asalnya menerusi ibu negara seperti Buenos Aires dan Rio de Janeiro dan memulakan pelayaran sekali lagi.
- Bagi penduduk yang rindukan kehidupan di darat, mereka boleh terbang dari dan ke Freedom Ship melalui lapangan terbang di dek atas.
- Kapal terbabit menawarkan ruang untuk 30,000 pengunjung setiap hari dan 10,000 tetamu untuk semalaman, selain 20,000 anak kapal.
Lagi gambar-gambar menarik:
source: berita harian, dailymail.co.uk
bandara yang sangat unik sekali dan sangat megah
ReplyDelete