Skip to main content

Warna-Warna Kesukaan Kaum Lelaki dan Pengaruhnya Pada Kehidupan





Warna mempunyai pengaruhnya yang tersendiri terhadap personaliti seseorang kerana ia membabitkan minat dan perasaan. Kalau anda minat warna biru kerana kononnya ia nampak lembut dan senang di mata anda, sudah tentu baju dan kebanyakan pilihan peribadi semuanya dalam warna itu.


Malah warna yang menjadi pilihan itu sudah tentunya cantik dipandang atau sesuai dengan jiwa anda. Lelaki khususnya, pilihan warna yang menyenangkan mata mereka tidak mudah untuk diketahui kerana sikap mereka yang lebih gemar meletak soal itu sebagai peribadi.

Kalau sudah namanya peribadi bagi lelaki, selalunya ia hanya disimpan sendiri hingga sukar untuk kita ketahui warna apa menjadi kegemaran mereka.

Bagaimanapun, warna kegemaran seseorang lelaki lebih ringkas. Kebiasaannya kemestian buat mereka menggunakan warna kegemaran mereka hanya pada kereta, cat rumah atau bilik dan kebanyakan baju untuk dipakai ke tempat kerja.

Tapi tahukah wahai kesemua lelaki, setiap warna itu menggambarkan perwatakan dan siapa diri anda sebenarnya secara kasar. Berita baik buat gadis, anda dengan mudah boleh menilai karakter dan peribadi lelaki itu dengan hanya melihat pada warna yang menjadi kegemarannya.



Warna Merah

Secara teknikalnya mengikut kajian, merah melambangkan tenaga fizikal. Dari segi kebaikannya, ia melambangkan yang pemakainya dapat menyelesaikan kerja-kerjanya.

Aspek negatifnya, merah melambangkan pemakainya memaparkan paksaan dan penuh agresif. Merah juga berkait dengan tenaga seksual dan kemarahan.

Sinonim dengan agresif dan tenaga, warna merah ini sangat digemari oleh lelaki berani dan sentiasa mahu mencuba sesuatu yang baru. Mementingkan kerja dan teliti dalam setiap perkara. Perwatakan lelaki yang meng­gemari warna merah adalah mereka yang selalu memaksa orang lain.

Kalau ada lelaki yang gemar menyarungkan baju merah, ia melambangkan sikap dominan, kuasa dan perhatian. Lelaki yang berbaju merah tidak takut untuk menonjolkan dirinya di khalayak ramai dan golongan ini juga turut dikatakan mempunyai tenaga seksual yang tinggi.



Warna Biru

Lain bagi biru pula, mereka yang menyukai warna ini adalah tergolong sebagai pemurung dan agak pasif dalam banyak hal. Mereka jenis yang cintakan ketenangan dan ketenteraman.

Mereka selalu mendapat kesulitan dalam pergaulan. Begitu juga dalam bercinta kerana mereka cenderung menyembunyikan perasaan. Warna biru sebenarnya warna komunikasi yang mana ia berkait rapat dengan kelenjar tiroid yang mengawal metabolisme badan dan lontaran suara.

Mengikut tinjauan Barat, hari Rabu adalah hari komunikasi di mana tekanan atmosfera pada hari itu mempengaruhi warna biru di dalam spektrum cahaya yang dipancarkan oleh matahari.

Jika si dia menggemari warna biru dan sering kali menjadi pilihannya mungkin si dia adalah seorang yang pasif atau lambat dalam membuat keputusan.

Biru melambangkan ketenangan tapi di dalam perhubungan biasanya si dia tidak mudah untuk meluahkan kata hati dan bijak dalam menyembunyikan perasaan.


Warna Oren

Oren adalah campuran merah dan kuning. Ia melambangkan kekuatan kerana ia menggabungkan tenaga fizikal warna merah dan daya mental warna kuning.

Warna ini melambangkan pencapaian dan pembelajaran tetapi ia di anggap warna yang amat kuat dan pelik bagi setengah setengah orang.

Gabungan warna antara merah dan kuning ini mempunyai sifatnya tersendiri; dianggap garang, ia tidak selalunya menjadi pilihan si jejaka.

Bagi yang menggemari warna ini, mereka dikatakan bijak dan pandai dari segi pembelajaran dan mudah untuk menerima kritikan orang lain terhadapnya tapi kadangkala dikategorikan pelik dari segi perwatakan.



Warna Hitam

Warna hitam juga menjadi pilihan kebanyakan kaum lelaki kerana ia tampak ringkas dan kemas. Ianya mudah diadun dengan apa saja jenis warna, hitam mampu menunjukkan ciri lelaki sebenar.

Mereka yang memilih warna ini dikatakan memliki jenis yang ringkas dan sempoi, tidak mahu menarik perhatian dan lebih gemarkan kesederhanaan.

Lagipun hitam memperlihatkan satu sisi maskulin pada seseorang lelaki selain menunjukkan yang individu yang memilihnya adalah mereka yang ‘cool’ dan bersahaja.


Mengikut laporan yang pernah diterbitkan sebuah majalah gaya hidup remaja, warna hitam melambangkan dukacita dan ketakutan. Ia juga melambangkan sifat sofistikated dan boleh menyesuaikan diri.

Warna hitam berkait rapat dengan kemewahan, jika si dia berminat dengan hitam sebegini boleh dikatakan yang dia seorang yang sangat sofistikated dan juga menghargai kemewahan dalam penampilannya.

Walaupun hitam sering kali dikaitkan dengan kedukaan atau ketakutan tapi ia akan menambahkan lagi keyakinan seseorang kerana dianggap unggul dan berani menghadapi apa saja cabaran yang tiba.

Biasanya lelaki yang suka pakai warna ini, mereka adalah seorang yang gemar bergaya elegan, mempunyai kuasa dan sokongan orang sekeliling yang berpengaruh. Kalau warna ini dikenakan dengan kemas, ia menunjukkan imej rapi, ringkas tapi versatil!

Tapi lelaki yang suka memakai baju berwarna hitam juga dikatakan seorang yang suka mementingkan diri sendiri dan tidak suka dikawal oleh sesiapapun.



Warna Kelabu

Bezanya dengan warna kelabu yang masih boleh dikategorikan ‘adik-beradik’ kepada warna hitam, ia mudah disuaipadan dengan sebarang warna lain. Ia memperlihatkan personaliti lelaki yang efisyen, bijaksana dan tegas. Tapi golongan ini turut dikatakan tidak pandai membuat keputusan.



Warna Putih

Putih pula melambangkan kesucian dan kesegaran. Simbol seseorang yang ingin memulakan hidup baru. Ia ibarat kain kanvas yang menunggu lakaran seorang artis dan turut melambangkan kebersihan dan kebolehan profesional. Jika seorang lelaki amat menggemari warna putih, ini bermakna dia adalah orang sentiasa ingin memulakan hidup baru dan bersedia menempuhnya bersama anda.

Jiwa mereka ini mudah dicorakkan dengan perkara-perkara baru dan mudah berubah ke arah lebih baik. Putih juga melambangkan kesucian dan kesegaran.

Sangat sinonim dengan kebersihan dan keasliannya tersendiri. Si dia yang menggemari warna putih ini juga seorang sangat cermat dalam pelbagai hal.



Warna Hijau

Lain pula warna hijau. Warna ini adalah kombinasi kuning dan biru. Ia dianggap warna alam, berkait dengan pertumbuhan dan pembaikan dan dianggap warna baik untuk mereka bekerja dengan benda. Jaga-jaga, warna hijau sering dikaitkan dengan perasaan cemburu.

Sekiranya anda sakit adalah baik memakai warna hijau kerana ia menolong tubuh untuk mengubati diri. Ia juga warna yang baik untuk berehat dan menenangkan fikiran.

Bagi lelaki yang sangat meminati warna hijau ini, mereka dikatakan orang yang sangat cemburu dan kurang rasa percaya pada orang lain. Mereka juga dikategorikan sebagai pendiam dan tidak banyak bercakap.

Lelaki yang selalu memilih warna ini sebenarnya seorang yang bersikap tenang dalam apa juga keadaan. Mereka juga tidak mudah melatah dan marah apabila berdepan masalah, malah dikatakan bijak mengendalikan hal-hal kewangan.



Warna Ungu

Ungu adalah warna peningkatan spiritual dan tanda memahami apa yang tersembunyi. Orang yang memakai warna ini dikatakan mempunyai pengetahuan khas dalam bidang kerohanian.

Jarang kita temui lelaki yang gemar dengan warna ungu terutama sekali warna ungu terang. Mementingkan hubungan yang akrab dan berdasarkan ajaran agama adalah antara personaliti mereka yang gila akan warna ini.

Dia juga mudah memahami apa yang tersembunyi atau maksud tersirat.




Warna Coklat

Coklat pula sering dikaitkan dengan tanda wang. Ia juga tanda pengasih dan mempunyai prospek masa depan. Jadi jika mahu mempunyai masa depan terjamin, pilihlah lelaki yang memilih warna coklat.

Warna tanah ini mempunyai peminatnya tersendiri dalam kalangan lelaki walaupun tampak gelap dan tidak bermaya. Penggemarnya dikatakan sentiasa memikirkan masa.

Mereka sangat berjimat cermat dalam perbelanjaan sehari-harinya dan kadangkala dianggap terlalu berkira dan kedekut.

Baju warna coklat pula pernah dikaitkan dengan gaya tidak formal suatu masa dulu. Tapi sekarang tidak lagi. Ia menjadi warna alternatif untuk ke pejabat selain warna hitam, putih dan kelabu.

Lelaki yang suka memakai pakaian berwarna coklat adalah seorang yang penyabar, tidak suka cakap besar, matang dan bertanggungjawab di samping merendah diri.



Warna Kuning

Warna terakhir yang banyak juga menjadi pilihan jejaka adalah kuning. Ini adalah warna tenaga mental dan berkait dengan penarikan intelektual dalam berbagai bidang.

Kuning adalah warna yang baik untuk sesiapa cuba berfikir dan menumpukan perhatian terhadap sesuatu. Tapi bagi setengah orang ia di anggap warna yang memaksa. Ada juga mengaitkan kuning dengan sikap pengecut.

Kuning sering kali dikaitkan dengan semangat tinggi dan keyakinan. Tidak banyak lelaki gemar dengan warna ini secara keseluruhannya kerana dianggap terlalu terang.

Kadangkala ia juga dirasakan seperti warna yang baik untuk fikiran dan mencari ilham. Lelaki yang menggemari warna kuning ini biasanya akan dikategorikan sebagai pengecut atau penakut dan suka memaksa di dalam perhubungan.

Lelaki yang memilih untuk memakai baju warna kuning adalah mereka yang merangsang visualnya dan pemikiran. Mereka dikatakan cuba memaparkan sikap optimistik dan yakin terhadap kerjaya serta mempunyai masa depan cerah.



source: harian metro



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Kisah Benar - Adik Bercinta Dengan Abang Kandung Sendiri

 Seperti biasa, segmen Kisah Benar di blog ini memaparkan kisah kepincangan sosial yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini dan dipetik daripada sumber-sumber media arus perdana. Seperti kisah di bawah ini yang sudah lama disiarkan oleh akhbar Kosmo..semoga menjadi pengajaran buat kita semua. "Saya tidak sangka sepupu yang selama ini (saya anggap) kekasih sebenarnya abang kandung sendiri. Lebih malang lagi, saya sering melakukan hubungan seks dengannya.”