Awan warnanya seputih kapas. Air pula tidak berwarna. Tapi mengapa
awan mendung warnanya gelap ya?
Seperti kita tahu, udara di sekitar penuh dengan air dalam bentuk gas atau wap air. Udara dingin naik ke atas lapisan atmosfera yang lebih tinggi dan menyebabkan wap air mengembun. Inilah proses pembentukan awan.
Partikel-partikel di atmosfera menghamburkan cahaya dari matahari, tata cahaya yang gelap, dan akhirnya menghasilkan warna biru pada langit. Jadi, langit berwarna biru kerana faktor tersebut. Tetapi tidak demikian dengan awan, ia tidak membiaskan warna biru melainkan menyebarkan semua warna cahaya sehingga akhirnya membentuk warna putih.
Untuk lebih memahami ini cuba korang ingat pelajaran sains tentang prisma warna. Warna putih yang diteruskan melalui prisma tersebut menghasilkan banyak warna pelangi. Begitulah kira-kira prinsip awan, ia mengumpulkan semua warna dan menghasilkan warna putih.
Demikian pula, kerana awan menyerap semua cahaya, maka begitu wap air pembentuk hujan atau salju semakin banyak berkumpul, yang dihasilkan adalah warna gelap (kelabu). Ini terjadi kerana begitu tebalnya lapisan air dalam awan tersebut. Semakin gelap awan yang kita lihat, semakin tebal dan tinggi kandungan air yang ada.
sumber: apakabardunia
Ooo..
ReplyDeleteDh lupa..dh lama tgalkan skolah
ReplyDeleteinfo awan mendung warna oren(bila malam) tak ke??
ReplyDelete# nak tahu sangat