Skip to main content

Hukum Menyambut Perayaan Halloween Bagi Orang Islam





Pada 31 Oktober setiap tahun, penduduk di US akan menyambut perayaan yang dikenali sebagai Halloween. Kini perayaan itu bukan hanya disambut di US, malah turut disambut di seluruh dunia termasuklah di Malaysia. Individu beragama Islam yang menyambut perayaan Halloween seperti amalan masyarakat barat menunjukkan aktiviti yang menyimpang daripada akidah.


Penolong Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Sharul Nizam Abu Bakar berkata, sambutan yang merujuk pada amalan agama Kristian itu boleh mengundang persepsi negatif dan aktiviti tidak sihat jika masyarakat Islam turut serta.

“Dalam al-Quran ada menyebut, jika kita meniru perbuatan atau amalan kaum tertentu, kita boleh terjerumus dalam kalangan mereka. Secara jelas, amalan sambutan Halloween ini tidak mengikut syarak langsung,” katanya.

Menurutnya, tidak sepatutnya masyarakat Islam terpedaya untuk bersama menyambut perayaan berkenaan. Malah, apa yang dibimbangkan ia boleh menggalakkan aktiviti lain seperti pesta minuman keras dan seks bebas.


Sejarah Halloween

Perayaan ini juga dikenali sebagai All Saints’ Day. (Saint = St = orang yang diisytiharkan oleh gereja kristian sudah mendapat ketakriman melalui kehidupan suci, melalui mukjizat dsb.) Secaraa umumnya Halloween juga adalah perayaan yang berasal dari Gereja Kristian.

Antara tradisi perayaan Halloween ini adalah “trick-or-treating”, “ghost tours”, “bonfires”, “costume parties”, “visiting haunted houses”, “carving Jack-o’-lanterns”, membaca kisah seram dan menonton filem seram. Perayaan Halloween ini dibawa oleh imigran Ireland ke US sekitar abad ke-19


Percanggahan dari sudut agama

Terdapat banyak percanggahan dalam perayaan Halloween dari sudut agama. Antaranya, perayaan ini adalah diatas kepercayaan bahaya pada tarikh 31 oktober, jurang antara dunia nyata dan dunia roh adalah agak samar. Maksudnya, roh boleh berkomunikasi dengan manusia. Dipercayai pada malam halloween adalah malam dimana ruh kembali kerumah masing-masing untuk melawat sanak saudara dan kaum kerabat.

Malam Halloween juga merupakan malam untuk menilik nasib, perbuatan menilik nasib dan mempercayainya adalah jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Terdapat banyak lagi sambutan dan aktiviti ritual sepanjang sambutan Halloween yang bercanggah dengan kepercayaan Islam.

Teras kepada sambutan Halloween juga bercanggah dengan ajaran Islam. Sejarah awal sambutan Halloween sebahagiannya adalah berteraskan kepercayaan bahawa semangat ruh jahat yang mempunyai kuasa untuk merosakkan tanaman dan mampu membuatkan seseorang jatuh sakit.




Hujjah dan Dalil

Islam sangat prihatin dan menghendaki supaya umatnya mempunyai identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti umat yang lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi-tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dan serupa dengan umat lain. Dalam erti kata lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agamanya dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T. ;

Bermaksud:
“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.”
(Al-Kafirun ayat 1-6)

Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal-hal bersifat individu, misalnya dalam hal berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan dan sebagainya.

Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. bermaksud :

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus.
(Al-Hajj ayat 67)


Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, budaya dan amalan meraikan Halloween adalah DILARANG SAMA SEKALI oleh agama Islam. Ini adalah kerana perayaan tersebut mengandungi unsur-unsur ritual dan kepercayaan agama Kristian.

Sesungguhnya Allah itu tuhan yang maha penerima taubat. Bersegeralah bertaubat kepada-Nya.
Akhir kata

“Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja) dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal.”
(Al-Ghafir ayat 39)



sumber: harian metro, http://dakwah.org/blog

Comments

  1. ika tak suka sbb cam menakutkan je halloween nie . heeee

    ReplyDelete
  2. baru tau sebab musabab sambutan Halloween. Rupanya ada gak kaitan dgn gereja Kristian. Nasib baik media di negara kita x membesar2kan sambutan ni. Kalau tak.. dah jadi ikutan remaja2 Islam kita.

    ReplyDelete
  3. sudahlah,, kita hanya menyambut hari besar islam dan hari kemerdekaan negara kita masing-masing saja.

    ReplyDelete
  4. buat sobat muslim,perayaan hallowen banyak madaratnya dan menjurus kepada syirik,maka selayaknya itu di haramkan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Kisah Benar - Adik Bercinta Dengan Abang Kandung Sendiri

 Seperti biasa, segmen Kisah Benar di blog ini memaparkan kisah kepincangan sosial yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini dan dipetik daripada sumber-sumber media arus perdana. Seperti kisah di bawah ini yang sudah lama disiarkan oleh akhbar Kosmo..semoga menjadi pengajaran buat kita semua. "Saya tidak sangka sepupu yang selama ini (saya anggap) kekasih sebenarnya abang kandung sendiri. Lebih malang lagi, saya sering melakukan hubungan seks dengannya.”