Bagi seorang peminat, membayangkan idolanya bila-bila sahaja pasti sangat mudah. Sebagai seorang muslim pula, wajar jika kita berusaha membayangkan idola kita, Rasulullah Muhammad SAW. Untungnya, walaupun tidak ada sebarang rujukan gambar baginda (kerana memang tidak dibenarkan), banyak para sahabat Rasulullah SAW yang telah menyampaikan ciri fizikal baginda dalam hadiths-hadiths.
Ciri fizikal Rasulullah Muhammad SAW yang disebutkan para sahabat tersebut, antara lain adalah sebagai berikut:
- Berpostur tubuh sedang dan tegap;
- Tinggi tubuh sedang, tidak tinggi dan tidak pendek;
- Warna kulitnya sedang dan cerah, tidak terlalu putih dan tidak terlalu hitam;
- Sendi-sendi tulang baginda kuat;
- Bentuk kepala baginda agak besar dan kuat;
- Rambutnya tidak keriting, namun juga tidak lurus. Agak berombak;
- Rambutnya cukup tebal, panjangnya sampai batas telinga;
- Memiliki dahi yang lebar;
- Wajah baginda bercahaya;
- Alis mata melengkung dan tebal. Di antara alisnya nampak urat darah halus yang berdenyut bila baginda beremosi;
- Warna mata hitam dan bulu mata yang panjang. Terlihat garis-garis merahnya;
- Hidung baginda agak melengkung dan mengkilap jika terkena cahaya serta tampak agak menonjol jika kita pertama kali melihatnya, padahal tidak demikian sebenarnya;
- Mulut baginda sedang, agak lebar;
- Gigi baginda putih cemerlang dan agak renggang;
- Memiliki janggot hitam dengan uban putih. Janggotnya tipis tapi penuh rata sampai di pipi;
- Bahunya bidang (lebar) dan tegap;
- Memiliki dada, tangan dan kaki yang kekar;
- Pergelangan tangan baginda cukup panjang;
- Jari jemari tangan dan kaki baginda tebal dan lentik memanjang;
- Telapak tangan dan kaki baginda agak lebar dan padat berisi;
- Kawasan di sekitar tulang belikat baginda cukup lebar, dan terlihat proporsional;
- Memiliki tanda kenabian di antara tulang belikat;
- Dada dan pinggang baginda seimbang ukurannya;
- Lengan dan dada bahagian atas beliau berbulu;
- Terdapat bulu-bulu halus tumbuh di dada baginda dan terus kebawah hingga pusar;
- Bahagian-bahagian tubuh baginda yang tidak tertutup bulu lebat satupun nampak bersih dan bercahaya;
- Tumit baginda langsing;
- Telapak kaki baginda cukup lengkungannya dan atasnya halus serta bagus bentuknya.
Tentu masih ada ciri lain yang belum disebutkan di atas. Wallahua'lam.
sumber: http://www.zilzaal.blogspot.com
hebat-hebat.. nice sharing.. :)
ReplyDeletemohon kongsikan artikel anda di www.kongsiblog.com
thanks,
terima kasih ..rindu nk jumpa baginda rasulullah s.a.w=`)
ReplyDelete