Skip to main content

Kisah Suami Yang Menjadi 'Isteri', Isteri Pula Menjadi 'Suami'







Dipetik dari ruangan Fikrah Dr Salam Harian Metro

Saya sudah berkahwin dan mempunyai empat anak. Bermula anak kedua hingga kini suami tidak bekerja. Beliau memberikan alasan menjaga anak lebih baik daripada menghantar mereka kepada pengasuh. Beliau juga berhenti kerja memandangkan saya sudah bekerja kerajaan dan bergaji lebih baik.

Saya pernah menyuarakan padanya agar mencari kerja kerana bebanan keluarga semakin meningkat dan saya yang menanggungnya seorang diri. Tetapi suami memberi alasan, nanti apabila saya ada tugas di luar kawasan, susah untuk menguruskan anak.

Memang saya tidak menafikan kerja saya memerlukan saya meninggalkan keluarga hampir setiap bulan. Namun jauh di sudut hati, saya tetap ingin beliau melayan saya dan keluarga seperti keluarga lain iaitu mendapat nafkah daripada seorang suami.

Dalam tempoh ini, saya memang tidak pernah mendapat nafkah zahir walaupun sehelai baju.

Suami saya tidak berasa bersalah dalam hal ini kerana beranggapan beliau sudah berkorban kepada keluarga.

Adakah betul pemikiran suami saya ini daripada pandangan Islam? Setiap kali kesempitan duit, saya menangis mencari jalan untuk menyelesaikannya sedangkan suami tidak kisah sebab beliau tahu saya akan menanganinya.

Terus terang saya katakan gaji saya hanya cukup membayar keperluan keluarga tanpa mampu menyimpannya.

Barang keperluan peribadi seperti baju dan tudung saya terpaksa berfikir berkali-kali sekiranya ingin membelinya takut terputus duit belanja.

Saya pernah membuat pinjaman peribadi untuk beliau berniaga, tetapi malangnya semua perlu saya mulakan.

Ini kerana beliau tidak menunjukkan minat, malah jenis perniagaan, bentuk, mencari barang, meninjau tempat dan perancangan, semuanya saya yang buat dan akhirnya satu perniagaan pun tidak menjadi.

Saya juga berasa kecewa kerana suami kuat merajuk iaitu tidak akan bercakap atau menegur saya sekiranya berlaku pertengkaran di antara kami, sama ada kesalahan itu berpunca daripada saya atau beliau. Bagi memulihkan hubungan, saya yang perlu beralah.

Dr, adakah saya perlu reda sahaja dengan hal ini dan hanya berdoa agar beliau berubah suatu masa nanti? Saya bukan tidak pernah suarakan hal ini padanya, tetapi tiada perubahan apa-apa pun.

Setiap kali dilanda kesedihan, saya terfikir untuk berpisah sahaja sebab merasakan diri tidak dihargai. Saya penat bekerja balik ke rumah, kemudian menguruskan anak-anak, memasak dan menyelesaikan hal anak. Apa harus saya lakukan Dr?


Za
Wilayah Persekutuan



Perkara di atas tidak wajar berlaku. Islam sudah menetapkan kewajipan suami menyediakan nafkah kepada isteri dan anak dalam bentuk makanan dan minuman, tempat kediaman, pakaian dan perubatan.

Dalam Islam suami bertanggungjawab untuk bekerja menanggung isteri ketika tempoh perkahwinan.

Isteri pula tidak wajib bekerja. Seorang isteri hanya bertanggungjawab menguruskan keluarga, mendidik anak dan melayan suami.

Namun, dalam kes puan di atas, perkara yang sebaliknya berlaku iaitu isteri yang menanggung segala perbelanjaan dan menguruskan rumah tangga. Suami pula hanya menjaga anak-anak semata-mata.

Adalah jelas seorang suami atau lelaki tidak mungkin dapat melakukannya seperti seorang isteri yang secara semula jadi berkemampuan ditambah dengan dokongan dan rasa kasih kepada suami dan anak-anak. Semua ini perlu disedari oleh setiap pasangan.

Memandangkan perkara ini sudah lama berlaku dalam keluarga puan, proses perubahan mungkin mengambil masa yang lama juga. Puan dan suami perlu menyedari kekurangan berkenaan.

Dengan kata lain, puan dan suami mesti berusaha mengubah keadaan yang ada kepada lebih baik iaitu apa yang sudah ditetapkan Islam di atas.

Ambillah waktu dengan berbincang sesama sendiri bagi mengorak langkah baru dalam kehidupan berkeluarga menurut Islam.

Sekiranya puan dapat menerima keadaan itu dengan hati terbuka dan bersabar dengan segala keadaan dalam keluarga termasuk kerenah suami, maka puan tidak perlu mengambil langkah lain untuk menghancurkan rumah tangga yang dibina.

Bagaimanapun, harus diingat Islam juga menetapkan bahawa seorang isteri yang tidak berpuas hati berikutan kegagalan suami menunaikan tanggungjawabnya boleh mengambil tindakan mahkamah dengan menuntut hak sehingga kepada perceraian.


Comments

  1. blogwalking to your web.. hope u can see my web too http://harzahasif.blogspot.com/

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Kisah Benar - Adik Bercinta Dengan Abang Kandung Sendiri

 Seperti biasa, segmen Kisah Benar di blog ini memaparkan kisah kepincangan sosial yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini dan dipetik daripada sumber-sumber media arus perdana. Seperti kisah di bawah ini yang sudah lama disiarkan oleh akhbar Kosmo..semoga menjadi pengajaran buat kita semua. "Saya tidak sangka sepupu yang selama ini (saya anggap) kekasih sebenarnya abang kandung sendiri. Lebih malang lagi, saya sering melakukan hubungan seks dengannya.”