Skip to main content

10 Bahasa Paling Banyak Digunakan di Dunia





Menurut Ethnologue, ketika ini terdapat sekitar 6912 bahasa yang dituturkan manusia di seluruh dunia. Namun dari jumlah ini, tahukah anda apakah 10 bahasa dengan penutur terbesar di dunia? Mari kita lihat senarai berikut:


10. Bahasa Perancis

Bahasa yang sering disebut-sebut sebagai bahasa paling romantis di dunia ini selain digunakan di Perancis juga menjadi bahasa rasmi di beberapa negara yang pernah dijajahnya. Bahasa Perancis juga adalah salah satu bahasa rasmi di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selain bahasa Inggeris, Mandarin, Rusia, Sepanyol dan Arab.

  • Jumlah penutur: sekitar 200 juta
  • Jenis Aksara: Latin
  • Negara Penutur: Perancis,  Monaco, Kanada, Switzerland, Belgium, Luxembourg, Benin, Burkina Faso, Burundi, Cameroon, Afrika Tengah, Chad, Comoro, Kongo/Zaire, Djibouti, Guinea, Guinea Khatulistiwa, Gabon, Guernsey, Madagascar, Mali, Mauritius, Niger, Rwanda, Senegal, Seychelles, Togo, Haiti, Lebanon, New Caleidonia, Vanuatu. Polynesia, Martinique, Guadalupe. Merupakan bahasa rasmi PBB.
  • Untuk menyapa dalam bahasa Perancis, ucapkan: "Bonjour" (bone-JOOR).



9. Bahasa Benggali

Bangladesh adalah sebuah negara dengan wilayah geografi yang kecil, tetapi jumlah penduduknya mencapai 162 juta orang. Bahasa rasmi Bangladesh adalah Bahasa Benggali. Disebabkan wilayah Bangladesh hampir seluruhnya berbatasan dengan India maka jumlah penutur bahasa Benggali meluas hingga ke beberapa wilayah India.

  • Jumlah penutur: Sekitar 230 juta
  • Jenis Aksara: Bengali
  • Negara Penutur: Bangladesh, India
  • Untuk menyapa dalam bahasa Bengali, katakan “Ei Je” (EYE-jay).



8. Bahasa Portugis
 
Portugal memang hanyalah sebuah negara yang kecil dan boleh dikatakan salah satu negara miskin di Eropah. Namun pada abad ke 15, Portugal merupakan bangsa yang besar kerana merekalah yang pertama sekali melakukan penjelajahan maritim ke pelbagai penjuru dunia. Berkat jasa para penjelajah seperti Vasco da Gama, Henry the Navigator, Afonso de Albuquerque dan Pedro Álvares Cabral, Portugal menguasai wilayah-wilayah penting di Asia, Afrika dan Amerika Selatan dan kemudian menanamkan pengaruh kebudayaannya di sana.

  • Jumlah penutur: sekitar 240 juta
  • Jenis Aksara: Latin
  • Negara Penutur: Portugal, Brazil, Angola, Cape Verde, Timor Timur, Guinea-Bissau, Macau, Mozambique, São Tomé e Príncipe.
  • Untuk menyapa dalam bahasa Portugis, ucapkan: “Bom dia” (Bohn DEE-ah).
 


 7. Bahasa Melayu 
 

Bahasa Melayu berada pada urutan ke-7 dengan jumlah penutur sekitar 259 juta orang. Hitungan kasar ini didapatkan dari perkiraan jumlah penduduk Indonesia tahun 2009 yang mencapai 230 juta orang ditambah penduduk Malaysia 28 juta, penduduk Brunei 388 ribu serta sebahagian kecil penduduk Thailand, Singapura dan Timor Timur. Jumlah ini mungkin boleh bertambah kerana sejak tahun 2007 Bahasa Melayu telah ditetapkan sebagai bahasa rasmi kedua di Vietnam.




6. Bahasa Rusia
 

Mikhail Gorbachev, Vladimir Putin, Roman Abramovich, Anna Kournikova, dan Maria Sharapova adalah antara penutur bahasa Rusia yang kita sudah kenal melalui pelbagai pemberitaan media. Namun, selain mereka tentu saja terdapat lebih 270juta orang lainnya yang menggunakan bahasa Rusia sebagai bahasa rasmi.

  • Jumlah penutur: sekitar 278 juta
  • Jenis aksara: Cyrillic
  • Negara penutur: Rusia, Belarus, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Moldova. Merupakan bahasa rasmi PBB
  • Untuk menyapa dalam bahasa Rusia, ucapkan: “Zdravstvuite” (ZDRAST-vet-yah).
 


5. Bahasa Arab
 

Bahasa Arab adalah salah satu bahasa tertua di dunia dan merupakan bahasa yang digunakan dalam Al Qur’an. Bahasa Arab banyak meminjamkan kosa katanya ke sejumlah bahasa di Eropah utamanya bahasa Sepanyol, Portugis dan Sisilia. Bahasa Arab, seperti juga bahasa Ibrani dan Parsi memakai sistem penulisan aksara dari kanan ke kiri. Sejak tahun 1974, bahasa Arab digunakan sebagai salah satu bahasa rasmi di PBB.

  • Jumlah penutur: sekitar 300 juta orang
  • Jenis aksara: Arab
  • Negara penutur: Arab Saudi, Aljazair, Bahrain, Chad, Comoro, Djibouti, Mesir, Eritrea, Iraq, Israel, Jordan, Kuwait, Lebanon, Libya, Moroco, Nigeria, Oman, Palestin, Qatar, Somalia, Sudan, Syria, Tunisia, Emiriah Arab Bersatu, Sahara Barat, Yaman, Mauritius, Senegal, Mali. Merupakan bahasa rasmi PBB


4. Bahasa Sepanyol
 

Setelah Portugal menguasai jalur-jalur maritim di Asia, Afrika dan Amerika pada abad ke 15, giliran Sepanyol pula mendominasi wilayah-wilayah tersebut sejak abad ke 16 dan 17. Akibatnya, banyak kebudayaan Sepanyol yang bertapak kuat di sana. Ketika ini, Bahasa Sepanyol banyak dipakai sebagai bahasa rasmi negara-negara di Amerika Tengah dan Selatan. Selain itu, bahasa Sepanyol juga banyak dituturkan di beberapa negeri di Amerika Syarikat yang berbatasan dengan Mexico. Bahkan beberapa kosa kata bahasa Inggeris dipinjam dari bahasa Sepanyol seperti tornado, bonanza, patio, quesadilla, Enchilada, dan taco grande supreme, dll.

  • Jumlah penutur: sekitar 400 juta
  • Jenis aksara: Latin
  • Negara penutur: Sepanyol, Argentina, Bolivia, Chile, Dominican Republic, Ecuador, El Salvador, Guinea Khatulistiwa, Guatemala, Honduras, Colombia, Costa RiCa, Cuba, Mexico, Nicaragua, Panama, Paraguay, Peru, Puerto Rico, Uruguay, Venezuela
  • Untuk menyapa dalam bahasa Sepanyol, ucapkan: “Hola”.
 


 3. Bahasa Hindi
 

India memang unik! Bayangkan saja, negara ini mempunyai penduduk kedua terbanyak  di dunia, filem-filem Bollywood, Taj Mahal, Raja Asoka yang Agung, Mahatma Gandhi, tetapi India sebenarnya tidak memiliki bahasa nasional rasmi. Bahasa Hindi yang dituturkan oleh sebahagian besar masyarakat India hanya diakui sebagai bahasa rasmi sehari-hari bersama bahasa Inggeris dan bukan sebagai bahasa nasional oleh perlembagaannya.

  • Jumlah penutur: sekitar 497 juta
  • Jenis aksara: Devanagari
  • Negara penutur: India, AS (100000 orang), Mauritius (685170 orang), Afrika Selatan (890.292), Yaman (232760 jiwa), Uganda (147000 jiwa), Singapura (5000), New Zealand (20000), Jerman (30000), Fiji, Nepal, Suriname, Trinidad & Tobago, Guyana dan Uni Emirat Arab.
  • Untuk menyapa dalam bahasa Hindi, ucapkan “Namaste” (Nah-MAH-stay).



2. Bahasa Inggeris
 

Inilah bahasa paling popular di dunia sekaligus bahasa yang paling banyak digunakan menjadi bahasa rasmi di beberapa negara dan organisasi antarabangsa. Tercatat sekitar 53 negara dan 10 organisasi antarabangsa yang memakai bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi. Selain itu, hampir semua negara di dunia menerapkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua setelah bahasa nasionalnya masing-masing.

  • Jumlah penutur: sekitar 500 juta
  • Jenis aksara: Latin
  • Negara penutur: UK, AS, Afrika Selatan, Antigua & Barbuda, Australia, Bahamas, Bangladesh, Barbados, Belize, Botswana, Brunei Darussalam,  Dominica, Ethiopia, Eritrea, Fiji, Filipina, Gambia, Ghana, Grenada, Guyana, Hong Kong, India, Ireland, Jamaica, Cameroon, Kanada, Kenya, Kiribati, Lesotho, Liberia, Malawi, Maldives, Malta, Kepulauan Marshall , Mauritius, Micronesia, Namibia, Nauru, Nigeria, Pakistan, Palau, Papua Nugini, Rwanda, Saint Kitts & Nevs, Saint Lucia, Saint Vincent & Grenada, Samoa, New Zealand, Seychelles, Sierra Leone, Singapura, Kepulauan Solomon , Somalia, Sri Lanka, Swaziland, Tanzania, Tonga, Trinidad & Tobago, Tuvalu, Uganda, Vanuatu, Zambia, Zimbabwe. Organisasi antarabangsa : PBB, Kesatuan Eropa, Persemakmuran, CoE, NATO, NAFTA, OAS, OIC, PIF, UKUSA, dll.



1. Bahasa Mandarin
 

Tak salah lagi, Bahasa Mandarin adalah bahasa yang paling banyak dituturkan manusia di seluruh dunia. Jumlah penduduk di China ketika ini diperkirakan hampir mencapai 1.4 billion orang. Dari jumlah ini, semuanya diwajibkan bertutur bahasa rasmi dalam satu bahasa iaitu Bahasa Mandarin. Belum lagi, para imigran Cina di pelbagai penjuru dunia yang setia menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa sehari-harinya.

  • Jumlah penutur: sekitar 1.5 billion.
  • Jenis aksara: Karakter Cina
  • Negara penutur: China, Taiwan, Malaysia, Singapura dan komuniti keturunan China lainnya di seluruh dunia. Bahasa rasmi PBB.
  • Untuk menyapa dalam bahasa Mandarin, ucapkan "Ni hao" (Nee HaOW)
 

 sumber: http://www.asal-usul.com 
  

Comments

  1. Eummm ternyata bahasa mandarin yang paling banyak digunakan.

    ReplyDelete
  2. Bahasa inggris aja gak bisa apalagi bahasa mandarin.Salut banget sama orang indonesia yang bisa bahasa inggris

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Kisah Benar - Adik Bercinta Dengan Abang Kandung Sendiri

 Seperti biasa, segmen Kisah Benar di blog ini memaparkan kisah kepincangan sosial yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini dan dipetik daripada sumber-sumber media arus perdana. Seperti kisah di bawah ini yang sudah lama disiarkan oleh akhbar Kosmo..semoga menjadi pengajaran buat kita semua. "Saya tidak sangka sepupu yang selama ini (saya anggap) kekasih sebenarnya abang kandung sendiri. Lebih malang lagi, saya sering melakukan hubungan seks dengannya.”