Ketika AS dan Barat sibuk menuding Iran berkenaan kemudahan nuklearnya untuk
tujuan sumber tenaga, anehnya tak ada pula kecaman yang mengarah kepada Israel.
Padahal, Israel sentiasa berusaha meningkatkan kemampuan nuklearnya yang diketahui bukan untuk tujuan sumber tenaga, sebaliknya ketenteraan.
Fakta-fakta progam nuklear Israel:
- Projek nuklear Israel sejak awal penubuhannya bertujuan untuk ketenteraan. Pada tahun 1952, regim Zionis mendirikan Jawatankuasa Tenaga Nuklear. Jawatankuasa tersebut mencapai kesepakatan dengan Perancis untuk pembangunan reaktor riset Dimona, Negev.
- Reaktor riset yang mempunyai kekuatan 24 megawat itu mula beroperasi pada tahun 1964. Di reaktor ini pula Perancis melakukan penguraian bahan bakar nuklear, sekaligus menyiapkan plutonium untuk memenuhi kepentingan ketenteraan Israel.
- Sejak itu Israel semakin agresif meningkatkan kemampuan nuklear ketenteraannya. Pada tahun 1964, CIA melaporkan bahawa Israel berjaya menghasilkan bom atom plutoniumnya yang pertama.
- Hingga dekad 1990-an, regim Zionis meningkatkan jumlah peledak nuklearnya dari 75 hingga 130 unit.
- Pada tahun 2006, dengan dukungan AS dan negara Barat lainnya, Israel terang-terangan mengumumkan program nuklear ketenteraannya. Bulletin of The Atomis Scientist mengumumkan bahawa jumlah peledak nuklear Israel menempati urutan ke-5 terbanyak di dunia.
- Sejatinya, senjata nuklear merupakan sebahagian dari doktrin militer Israel. Berbeza dengan Iran yang bersikap transparent terhadap IAEA, Israel sebaliknya menolak kedatangan pegawai IAEA untuk meninjau program nuklearnya yang jelas-jelas bertujuan untuk ketenteraan, dan mengancam kawasan dan rantau itu.
Tel Aviv juga menolak untuk menandatangani deklarasi NPT. Namun peliknya, mengapa Israel dengan lantang mendesak masyarakat dunia supaya menekan Teheran untuk menghentikan program nuklearnya sedangkan dia tidak?
sumber: apakabardunia
ReplyDeletehttp://beruang-kacamata.blogspot.com/
begitulah ,negara islam hanya menutup mata
ReplyDeletemana ada yang berani negara berkoar
ReplyDeletehanya hoax saja yang di gedein
ReplyDelete