Skip to main content

Al-Quran Theme Park Dibina di Dubai






Dubai akan memiliki sebuah taman dengan tanaman dan pokok yang disebut dalam kitab suci al-Quran. Jabatan Projek Am Majlis Perbandaran Dubai mengumumkan rancangan untuk membina Taman al-Quran di Al Khawaneej.


Semua tanaman disebut dalam kita suci itu dan boleh didapati di Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan ditanam dalam taman seluas 60 hektar seperti pokok buah tin, delima, zaitun, jagung, daun bawang, bawang putih, bawang, kacang dal, barli, gandum, halia, labu, tembikai, asam jawa, pokok bidara, anggur, pisang, timun dan basil.

“Terdapat 54 spesies tanaman disebutkan dalam al-Quran. Kami akan menanam 35 daripadanya di taman itu,” kata pengarah jabatan, Mohammed Noor Mashroom.

Menurutnya, 15 spesies ditanam dalam rumah hijau sementara baki 20 di luar.



Taman itu mempunyai terowong yang mempamerkan mukjizat digambarkan dalam al-Quran dalam bentuk imej dan bahan audio. Taman tema itu bertujuan mendidik orang ramai mengenai al-Quran dan mukjiatnya, kata Mohammed.

“Pokok ini dijangka mendorong pengunjung memikirkan mengenai alasan namanya muncul dalam al-Quran. Kami berharap untuk menarik kunjungan daripada pihak sekolah ke taman itu,” katanya.

Taman itu juga akan dilengkapi dengan trek, laluan berbasikal dan kawasan berpasir, pawagam di luar, air pancut, taman padang pasir, wadi palma serta sebuah tasik.


Kos membina projek itu dianggarkan berjumlah Dh27 juta (RM22 juta) berdasarkan tender ketika ini. Peringkat pertama membabitkan pembinaan trek dan bangunan perkhidmatan sudah siap dibina sementara kerja melaksanakan projek kedua akan bermula bulan depan.

Ia akan siap sepenuhnya menjelang September 2014.


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Kisah Benar - Adik Bercinta Dengan Abang Kandung Sendiri

 Seperti biasa, segmen Kisah Benar di blog ini memaparkan kisah kepincangan sosial yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini dan dipetik daripada sumber-sumber media arus perdana. Seperti kisah di bawah ini yang sudah lama disiarkan oleh akhbar Kosmo..semoga menjadi pengajaran buat kita semua. "Saya tidak sangka sepupu yang selama ini (saya anggap) kekasih sebenarnya abang kandung sendiri. Lebih malang lagi, saya sering melakukan hubungan seks dengannya.”