Thursday, May 9, 2013

Penjara Mewah Arab Saudi Untuk Militan al-Qaeda






Militan al-Qaeda yang ditangkap di Arab Saudi dikatakan tidak berdepan suasana penjara seperti di kebanyakan penjara lain. Mereka sebaliknya, diberi peluang menjalani pemulihan di sebuah pusat 'pemulihan mewah' yang jarang dirasai oleh tahanan lain. 


Pihak berkuasa Saudi berharap, suasana mewah pusat tahanan itu dapat menarik militan al-Qaeda kembali ke pangkal jalan melalui kaunseling, rawatan spa serta riadah.

Pusat tahanan itu dibina lengkap dengan kemudahan kolam renang tertutup bersaiz Olimpik, sauna, gimnasium dan dewan menonton televisyen.

Tahanan berkelakuan baik mungkin diberi cuti dua hari untuk bertemu keluarga di sebuah suite khas di dalam kompleks berkenaan.


Tahanan disediakan kemudahan kolam renang bersaiz Olimpik sebagai cara pemulihan mental dan spiritual.


Tahanan berhak mendapat rawatan di klinik khas dan rawatan rutin setiap minggu.


Perkhidmatan dobi


Tahanan bebas menikmati pelbagai hidangan di dewan makan dengan selesa.


Dua set meja pool disediakan untuk tahanan menghabiskan masa selepas mengikuti ceramah motivasi.


Penjara ini juga lengkap dengan kemudahan gimnasium bagi aktiviti riadah.

sumber: sinar harian



Entri-Entri Berkaitan.....

3 comments:

  1. Lepak lame2 dalam penjara pn xpe kalau mcmni

    ReplyDelete
  2. I think this site http://addmefasts.com/ was good, you will gonna like this.This site give 200 coins for register and 200 coins for referels with 100 daily bonus.very good for new users.No bots all are from human.....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails