Hadith ini antara yang sering bermain
di mulut-mulut kebanyakan orang ramai tidak kira orang awam bahkan para
agamawan dan guru-guru sekolah turut terlepas pandang akan hal ini. Para blogger, dan
facebooker juga dengan begitu mudah menyebarkan hadith maudhu' ini tanpa
mengetahui akan kebenaran status kesahihannya.
اطْÙ„ُبُÙˆ الْعِÙ„ْÙ…َ ÙˆَÙ„َÙˆْ بِالصَّينِ
Tuntulah ilmu walau ke negara China
Tujuan mereka mungkin
baik iaitu ingin menggalakkan agar rajin belajar dan menuntut ilmu
walaupun hingga jauh dari tanah air. Ada juga di antara mereka yang
berhujah bahawa Rasulullah menggalakkan umatnya menuntut ilmu hingga ke
negara China. Ini adalah satu hujjah yang tidak tepat dan benar.
Hadith ini dinilai maudhu' kerana 'illah (sebab-sebab yang mencacatkan)
pada sanadnya. Di dalam sanad tersebut terdapat seorang rawi bernama Abu
Atikah Tharif ibn Sulaiman. Mengikut penilaian para muhaddith, beliau
tergolong dalam rawi yang tidak thiqah, lemah dan salah seorang pemalsu
hadith atau pereka hadith palsu.
Berkata Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz (Syeikh Bin Baz):
"Seandainya ini adalah hadith
sahih, maka ia tetap tidak akan menunjukkan kelebihan dan keutamaan
negara China dan juga rakyatnya. Maksudnya ialah hadith ini sekiranya ia
sahih, ia menunjukkan keutamaan mencari ilmu itu walaupun ianya
terpaksa menempuh jarak dan perjalanan yang jauh dan panjang. Justeru
itu maksud hadith ini bukanlah menggalakkan untuk ke negara China itu
sendiri kerana ia amat jauh dari tanah Arab" (al-Tuhfat al-Karimah fi Bayan Ba'dhi Ahadith Maudhu'ah wa Saqimah)
sumber: addienblog.blogspot.com
Ada seorang kazzab saja dalam rantaian sanad belum tentu menjadikan hadis ni palsu, mungkin dhaif saja. pada saya status sesuatu hadith bukan semata-mata terletak pada sanadnya. Allahualam.
ReplyDeletekalu menurut saya mungkin maksud dari hadits diatas adalah "menuntut ilmu itu wajib walaupun harus menempuh jarak yang jauh. bukan berarti harus ke Cina"
ReplyDeleteMgkn kerana hadith ini jg wujudnya laluan sutera..serta merujuk masyarakat cina yg cerdik berniaga, krn Islam menyatakan 9/10 rezki dtgnya dari perniagaan..juga didapati pd hr ini masyarakat / kerajaan China merupakan gergasi ekonomi..bg saya tdk mustahil krn ALLAH SWT itu mengetahui apa yg tdk diminda manusia biasa..melalui perantaraNYA Rasulullah SAW disampaikan..Tnh Melayu diIslamkan juga melalui perdagangan dengan China (salah satu selain padagang dari India & Arab..) bg saya tiada yg mustahil dgn izin NYA...
ReplyDelete