Skip to main content

Hadith Palsu Popular Menuntut Ilmu Hingga ke Negeri China






Hadith ini antara yang sering bermain di mulut-mulut kebanyakan orang ramai tidak kira orang awam bahkan para agamawan dan guru-guru sekolah turut terlepas pandang akan hal ini. Para blogger, dan facebooker juga dengan begitu mudah menyebarkan hadith maudhu' ini tanpa mengetahui akan kebenaran status kesahihannya.


اطْÙ„ُبُÙˆ الْعِÙ„ْÙ…َ ÙˆَÙ„َÙˆْ بِالصَّينِ

Tuntulah ilmu walau ke negara China

Tujuan mereka mungkin baik iaitu ingin menggalakkan agar rajin belajar dan menuntut ilmu walaupun hingga jauh dari tanah air. Ada juga di antara mereka yang berhujah bahawa Rasulullah menggalakkan umatnya menuntut ilmu hingga ke negara China. Ini adalah satu hujjah yang tidak tepat dan benar. 

Hadith ini dinilai maudhu' kerana 'illah (sebab-sebab yang mencacatkan) pada sanadnya. Di dalam sanad tersebut terdapat seorang rawi bernama Abu Atikah Tharif ibn Sulaiman. Mengikut penilaian para muhaddith, beliau tergolong dalam rawi yang tidak thiqah, lemah dan salah seorang pemalsu hadith atau pereka hadith palsu. 
Berkata Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz (Syeikh Bin Baz):

"Seandainya ini adalah hadith sahih, maka ia tetap tidak akan menunjukkan kelebihan dan keutamaan negara China dan juga rakyatnya. Maksudnya ialah hadith ini sekiranya ia sahih, ia menunjukkan keutamaan mencari ilmu itu walaupun ianya terpaksa menempuh jarak dan perjalanan yang jauh dan panjang. Justeru itu maksud hadith ini bukanlah menggalakkan untuk ke negara China itu sendiri kerana ia amat jauh dari tanah Arab" (al-Tuhfat al-Karimah fi Bayan Ba'dhi Ahadith Maudhu'ah wa Saqimah)


Comments

  1. Ada seorang kazzab saja dalam rantaian sanad belum tentu menjadikan hadis ni palsu, mungkin dhaif saja. pada saya status sesuatu hadith bukan semata-mata terletak pada sanadnya. Allahualam.

    ReplyDelete
  2. kalu menurut saya mungkin maksud dari hadits diatas adalah "menuntut ilmu itu wajib walaupun harus menempuh jarak yang jauh. bukan berarti harus ke Cina"

    ReplyDelete
  3. Mgkn kerana hadith ini jg wujudnya laluan sutera..serta merujuk masyarakat cina yg cerdik berniaga, krn Islam menyatakan 9/10 rezki dtgnya dari perniagaan..juga didapati pd hr ini masyarakat / kerajaan China merupakan gergasi ekonomi..bg saya tdk mustahil krn ALLAH SWT itu mengetahui apa yg tdk diminda manusia biasa..melalui perantaraNYA Rasulullah SAW disampaikan..Tnh Melayu diIslamkan juga melalui perdagangan dengan China (salah satu selain padagang dari India & Arab..) bg saya tiada yg mustahil dgn izin NYA...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.