Skip to main content

Fenomena 'Suami Kontrak' di Korea Selatan



 

Seorang lelaki yang bekerja sebagai pengemudi peralatan berat di sebuah tapak pembinaan bangunan menulis satu mesej di internet bulan lalu. Temannya berkisah, menjadi 'suami kontrak' memberinya wang sehingga 4 juta won. Caranya mudah, mereka hanya menandatangani sebuah dokumen perkahwinan dengan seorang wanita asing yang sedang mencari visa untuk tinggal di Korea Selatan dan menjaga hubungan dalam tempoh dua tahun.


Hanya dalam tempoh dua hari kemudian dia menerima empat panggilan telefon, masing-masing dari Vietnam, Mongolia, dan China. Setelah tawar menawar,dia ditawarkan pembayaran 3.5 juta won. Dia mengatakan akan mengahwini wanita pertama dan menerima pembayaran.

Seorang pegawai di Kementerian Kehakiman mengatakan transaksi perjodohan online di Korea Selatan semakin popular. Ditambah lagi dengan kewujudan broker, bayaran yang dikenakan berkemungkinan menjadi 7 juta won.

Jumlah rakyat asing yang tinggal di Korea naik dari hanya 200 ribu pada tahun 2000 menjadi sekitar 1.4 juta orang ketika ini, iaitu peningkatan sebanyak 7 kali ganda. Setiap tahun sekitar 1000 rakyat asing diusir kerana memalsukan perkahwinan mereka dengan warga negara Korea.

"Pada masa lalu, broker menggunakan ID pelajar, duda tua, dan orang cacat untuk mengatur perkahwinan palsu," kata
pegawai di Kementerian Kehakiman. "Sekarang ini, penawaran dilakukan secara langsung antara lelaki yang memerlukan wang dan wanita asing yang mencari kewarganegaraan Korea."


sumber:http://id.berita.yahoo.com


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Keindahan 'Sungai BIRU' atau 'Blue Lagoon' di Alor Setar, Kedah

Lebih dikenali sebagai Sungai 'Ayaq Biru' dikalangan penduduk setempat, ratusan pengunjung dari pelbagai kawasan datang silih berganti untuk menyaksikan keindahan panorama itu yang dikatakan pertama kali berlaku.

[Gambar] Kemunculan Gunung Berapi Anak Krakatau Yang Muncul Dari Laut Sejak 1929

Seperti ditulis dari Geo Magz, Majalah Geologi milik Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Gunung Anak Krakatau lahir ke permukaan laut pada 15 Januari 1929.