Skip to main content

10 Selebriti Korea Dengan Gelaran Unik Mereka





Memberikan gelaran atau melabelkan seseorang memang menjadi lumrah manusia. Ada yang memberikan gelaran baik, ada yang buruk, namun ada juga yang meraih gelaran unik dan lucu. Saling memberikan gelaran itu rupanya juga dialami oleh selebriti-selebriti Korea Selatan ini. Dengan pelbagai alasan, mereka memiliki gelaran yang bahkan diberikan oleh seluruh masyarakat. Dipetik dari soompi.com, berikut 10 selebriti Hallyu dengan gelaran nation’s yang unik untuk mereka.
 

1. Yoo Jae Suk
Gelaran: Nation’s MC
Adakah anda merupakan peminat dari program Running Man? Infinite Challenge? Family Outing? atau Happy Together? Apakah kesamaannya program ini? Tak lain adalah menggunakan khidmat Yoo Jae Suk sebagai pengacaranya. Disebabkan kehebatannya menjadi MC dan seringkali program yang beliau kendalikan menjadi popular, Jae Suk dengan segera menjadi MC kesayangan warga Korea Selatan.



2. Lee Seung Gi
Gelaran: Nation’s uhm-chin-ah
Artis serba-boleh, itu merupakan gambaran Lee Seung Gi. Tampan, berbakat bernyanyi, berlakon, dan berjaya dalam pendidikan. Tidak menghairankan jika sosok gelaran uhm-chin-ah sangat sesuai dengan Seung Gi. Apakah maksud uhm-chin-ah ini? Ia membawa maksud Seung Gi adalah lelaki cerdas yang seringkali orang tua (ibu/bapa) akan bandingkan dengan diri anda.  



3. IU
Gelaran: Nation’s sweetheart
Pernahkah anda menemui keadaan di mana ada seseorang yang disayangi ramai mulai dari kanak-kanak, remaja, sehinggakan orang tua dan tak kira sama ada lelaki atau wanita? Inilah keadaan yang dialami oleh IU. Penyanyi bertubuh kecil ini memang sangat disayangi oleh rakyat Korea Selatan mulai dari lagu naynyiannya sehinggakan setiap apa yang dia lakukan menjadi perhatian ramai orang. 



4. Suzy Miss A
Gelaran: Nation’s first love
Salah seorang girlband Miss A ini memang tidak disangkal lagi memiliki wajah yang cantik dan manis. Bahkan dari seluruh nama ahli girlband K-Pop yang cantik dan manis, Suzy selalu muncul sebagai gadis yang begitu dicintai kebanyakan lelaki di Korea Selatan. 



5. Kim Yuna
Gelaran: Nation’s fairy
Atlet luncur ais bertaraf olimpik dari Korea Selatan ini memang berbeza dengan kebanyakan atlet wanita lain. Kim Yuna yang pada 2013 ini berusia 23 tahun sudah membintangi begitu banyak iklan dan membuatnya masuk dalam senarai selebriti terkenal. Dengan wajah cantiknya dan gaya elegan ketika melakukan aksi luncur ais, tidak disangkal lagi Kim Yuna layak menjadi 'pari-'pari' negeri dongeng yang dikagumi rakyat Korea Selatan. 



6. Kim Tae Hee
Gelaran: Nation’s uhm-chin-ddal
Jika Lee Seung Gi adalah lelaki cerdas yang sering dibandingkan dengan diri anda, maka untuk seorang wanita pula gelaran ini diberikan kepada aktres cantik Kim Tae Hee. Selain cantik dan mempesona, Tae Hee memang dikenal cerdas. Sehingga cukup banyak ibu-ibu di Korea yang membandingkan anak perempuan mereka dengan Tae Hee.  



7. Kim Tae Won Boohwal
Gelaran: Nation’s grandfather
Apa yang kamu inginkan dari imej seorang datuk? Tetap kelihatan hebat meskipun sudah tua? Memiliki pemikiran yang moden serta pandai bermusik? Inilah  kriteria yang dimiliki oleh Kim Tae Won. Lelaki yang merupakan ketua sekaligus gitaris band rock Boohwal ini memang masih memiliki karisma tinggi meskipun kini hampir berusia setengah abad. 



8. Yoo Joon Sang
Gelaran: Nation’s husband
 Imej suami yang paling diinginkan di Korea Selatan? Cuba anda lihat drama My Husband Got a Family yang dibintangi Yoo Joon Sang ini. Karakternya yang mempesona itu dengan pantas membuatkan ramai wanita di Korea menginginkan Joon Sang sebagai calon suami mereka.  



9. Yoo Seung Ho
Gelaran: Nation’s little brother
Ketika pertama kali memulai kariernya di dalam drama Daddy Fish, Yoo Seung Ho yang masih berusia 7 tahun ketika itu begitu menarik perhatian kerana wajah comel dan lakonannya yang asli. Sejak itu hampir seluruh warga Korea Selatan begitu ingin memiliki adik seperti Seung Ho. Namun kini dengan usia Seung Ho yang sudah 20 tahun, apakah dia akan menjadi lelaki yang paling diinginkan menjadi kekasih?



10. Moon Geun Young
Gelaran: Nation’s little sister
Namanya popular ketika menjadi karakter remaja yang dimainkan Song Hye Gyo di drama Endless Love. Wajahnya yang comel ketika itu membuatkan Moon Geun Young sangat diinginkan menjadi adik perempuan kebanyakan masyarakat Korea. Bahkan kini Geun Young yang sudah berusia 26 tahun tetap memiliki wajah 'cute' yang seakan tidak akan hilang. Dia tetaplah Nation’s little sister.


sumber: http://bagusseven.blogspot.com


Comments

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Kisah Benar - Adik Bercinta Dengan Abang Kandung Sendiri

 Seperti biasa, segmen Kisah Benar di blog ini memaparkan kisah kepincangan sosial yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini dan dipetik daripada sumber-sumber media arus perdana. Seperti kisah di bawah ini yang sudah lama disiarkan oleh akhbar Kosmo..semoga menjadi pengajaran buat kita semua. "Saya tidak sangka sepupu yang selama ini (saya anggap) kekasih sebenarnya abang kandung sendiri. Lebih malang lagi, saya sering melakukan hubungan seks dengannya.”