Walaupun kes dan petikan berita di bawah ini berlaku di Filipina, tetapi rasanya sama saja dengan situasi di Malaysia. Di tempat kerja Encik Billy sendiri buktinya. Orang yang sebelum ini tak merokok dan dah berhenti merokok, tiba-tiba kini menjadi pengamal rokok elektronik. Malah kini menjadi trend pula mereka berkongsi rokok masing-masing untuk mencuba perisa yang berlainan. Puncanya? Of course pengaruh rakan-rakan, dan ia dilihat sebagai trend dan gaya hidup masa kini.
Rokok elektronik atau e-rokok yang dianggap pengganti ketagihan tembakau juga boleh menyebabkan kanak-kanak menjadi perokok, menurut amaran Jabatan Kesihatan Filipina kepada penduduk.
E-rokok semakin menjadi pilihan di kalangan penduduk Filipina berikutan kenaikan cukai tembakau yang menyebabkan harga rokok di pasaran semakin mahal.
Ketua Pengarah Pentadbiran Ubat dan Makanan, Kenneth Hartigan-Go, mempertikaikan dakwaan penjual bahawa rokok elektronik itu membantu perokok untuk membuang tabiat merokok.
Tak takut bahaya rokok
“Secara sengaja atau tidak, rokok elektronik ini menggalakkan kanak-kanak dan remaja merokok. Ia menjadikan mereka kurang takut kepada bahaya dan risiko merokok.
“Orang ramai dinasihatkan tidak merokok sama sekali dan tidak menghisap rokok, cerut atau e-rokok,” katanya dalam notis kesihatan di laman web agensi terbabit.
Hampir seorang daripada setiap lima rakyat Filipina didapati merokok, lapor Jabatan Kesihatan.
Satu undang-undang yang berkuatkuasa tahun ini akan menaikkan cukai rokok selama lima tahun, menggandakan harga rokok sedia ada sehingga 52 peso (RM3.80) sekotak menjelang 2017.
Satu bungkusan e-rokok di Filipina mengandungi pengewap berkuasa bateri yang mengeluarkan asap nikotin.
sumber: BH
Rokok nih bagus apabila kita guna untuk berhenti merokok.. saya dan kawan saya sekarang telah berhenti merokok sejak guna menda nih..Alhamdulliah sekrang dah dapat berhenti merokok dari rokok klasik ke ecig dan sekrang dah tak merokok apa2 dah.. :)
ReplyDeleteassalamualaikum
ReplyDeletealhamdulillah.tanpa bantuan dari e-rokok ini pon aku dah berenti.mudah-mudahan dengan izin ALLAH S.W.T aku tidak akan kembali merokok lagi
saya tidak perlu ke kedai lagi untuk minum jus buah buahan.
ReplyDeleteE-CIGARETTE... Ianya utk perokok2 yg ketagih merokok, kuat merokok putus berhubong merokok, utk mula cuba berhenti merokok. Ianya bukan utk menggalakkan kanak2 yg tidak pernah merokok utk belajar merokok. Sebenarnya e-cig itu bukanlah rokok, kerana bahan hasil sedutan dan hembusannya itu bukanlah seperti asap rokok. Ianya cuma wap semata2 yg tidak mencemarkan udara. E-cig itu tak ubah seperti juga dgn ogah tradisi Pak Arab yg disebut shiha itu, tapi dlm bentuk kecil...
ReplyDeleteDari kajian2 kesihatan kesan2nya menggalakkan, tetapi ada juga terdengar laporan ianya membawa kesan2 sampingan. Bermula dgn e-cig, ada perokok2 tegar sudah mula bencikan rokok klasik. Akhirnya hingga e-cig itu juga boleh dilupakkannya terus. Jika rokok klasik ia dari tembakau yg ada kandungan bahan2 tar dan nikotin. Sedangkan e-cig tiada tar tapi maseh ada kandungan nikotin. Cuma pelbagai perisa e-liquid yg melambak dipasaran itu perlu dikawal, kerana ditakuti disalahgunakan...
apa lebih berbahaya daripada rokok nyata
ReplyDelete