Skip to main content

Bahaya Kepala Botak Kepada Kesihatan





Lelaki botak dikatakan berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung koronari. Satu kajian terbaru menyatakan risiko itu dihadapi oleh mereka yang botak di bahagian tengah kepala.


Lelaki yang mengalami botak depan dikatakan tidak memiliki risiko tambahan bagi penyakit arteri tersumbat yang juga boleh menyebabkan serangan jantung, menurut laporan jurnal BMJ Open.
 

Berikut penemuan penyelidik dari Bahagian Penyakit Metabolik dan Diabetes Universiti Tokyo:
  • Mereka menganalisis enam kajian mengenai perbezaan botak di kalangan lelaki dan penyakit koronari jantung yang dijalankan antara 1993 dan 2008 membabitkan hampir 40,000 responden di Amerika Syarikat dan Eropah.
  • Analisis berkenaan menunjukkan bahawa lelaki yang kehilangan banyak rambut berkemungkinan lebih satu pertiga untuk mendapat penyakit arteri koronari berbanding mereka yang berambut lebat.  
  • Lebih teruk keadaan botak akan mempengaruhi peringkat risiko tetapi sekali lagi ia hanya membabitkan mereka yang botak di bahagian tengah kepala.
  •  Hasil kajian ini menunjukkan bahawa botak di bahagian tengah adalah lebih dikaitkan dengan systemic atherosclerosis (penyakit jantung koronari) berbanding mereka yang botak bahagian depan.
  • Faktor risiko kardiovaskular berkenaan perlu dikaji dengan lebih teliti di kalangan lelaki yang botak tengah kepala terutama golongan lelaki muda dan mereka yang mungkin digalakkan untuk melihat risiko profil kardivaskular masing-masing.

Pun begitu, kajian lebih lanjut diperlukan untuk mengesahkan keputusan ini.


sumber: berita harian

Comments

  1. sesungguhnya ada hal yang berkaitan antara botak, penyakit,syaraf

    ReplyDelete
  2. bila kepala botak kemungkinan ada masalah pada kepalanya

    ReplyDelete
  3. tidak semua orang botak itu akan terjangkit penyakit tergantung kita nya dalam menjaga kesehatan dan pola makan sehat

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Kisah Benar - Adik Bercinta Dengan Abang Kandung Sendiri

 Seperti biasa, segmen Kisah Benar di blog ini memaparkan kisah kepincangan sosial yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini dan dipetik daripada sumber-sumber media arus perdana. Seperti kisah di bawah ini yang sudah lama disiarkan oleh akhbar Kosmo..semoga menjadi pengajaran buat kita semua. "Saya tidak sangka sepupu yang selama ini (saya anggap) kekasih sebenarnya abang kandung sendiri. Lebih malang lagi, saya sering melakukan hubungan seks dengannya.”