Skip to main content

10 Lokasi Bulan Madu Paling Popular di Malaysia





Berbulan madu di Malaysia telah berubah seiring peredaran zaman. Kalau masa dulu pergi berbulan madu di Paris, London, istana lama di Eropah dan pulau-pulau tropika di Caribbean adalah amat popular. Pasangan hari ini lebih gemar berbulan madu di dalam negeri sahaja, selain menjimatkan kos banyak saja tempat menarik di Malaysia yang setanding dengan apa yang anda boleh dapat di luar negara, atau mungkin lebih menarik. Apapun selera anda berikut adalah ranking 10 tempat bulan madu paling popular di kalangan rakyat Malaysia:


1. Cameron Highlands, Pahang

Untuk pasangan yang suka aktiviti luar Cameron Highlands adalah destinasi yang sesuai dengan cuacanya yang nyaman dan suasana sunyi. Bukit resort Malaysia ini terletak kira-kira 4900 ke 5900 meter dari aras laut di atas Banjaran Titiwangsa. Kalau nak cari tempat romantik memang tak susah. Pergi saja ke Taman Ros atau nurseri-nurseri yang dipenuhi bunga-bunga berwarna warni. Suap mulut pasangan anda dengan strawberi segar dari ladang. Nikmati suasana yang romantis dengan secawan teh panas dan skon di Ladang Teh Bharat, sambil melihat keindahan ladang Teh yang luas. Anda boleh sampai ke Cameron highlands dengan menggunakan jalan dari Tapah yang mengambil masa lebih kurang sejam. Aktiviti jungle-trekking ke hutan-hutan berhampiran dalam bentuk pakej juga disediakan.



2. Pulau Langkawi, Kedah

 Di pulau legenda ini terdapat banyak lokasi untuk pasangan baru berkahwin menikmati bulan madu dengan ketenangan dan penuh privasi. Dua tempat pilihan untuk berbulan madu adalah Teluk Datai dan Tanjung Rhu. Terletak di utara pulau Teluk Datai menjadi lokasi resort mewah. Ada pantai hanya ekslusif untuk penginap hotel, dan mereka yang baru berkahwin boleh menikmati pemandangan laut yang indah ibarat permata menghadap negara Thai. Kira-kira 20 kilometer dari Teluk Datai di mana terletaknya Tanjung Rhu (juga dikenali sebagai Casuarina Bay) yang memiliki pantai dengan air laut memukau menghadap Laut Andaman. Semasa air surut, anda dan pasangan boleh ke Pulau Pasir dan Pulau Gasing. Di kawasan paya berhampiran ajaklah pasangan anda memberi makan kepada helang dengan tangan. Kepada yang nak membeli-belah untuk rumah baru harus ke Kuah di mana barangan dijual adalah bebas cukai.




3. Pulau Redang, Terengganu
Terkenal di kalangan rakyat Malaysia yang suka bercuti ke pulau di sini letaknya tempat menyelam yang pastinya tidak boleh dilepaskan oleh mereka yang sukakan aktiviti ini. Jelajah tinggalan kapal perang dunia kedua H.M.S. Prince of Wales dan H.M.S. Repulse di lantai laut yang jernih dan jelas dilihat. Pemenang Kementerian Pelancongan Malaysia dalam “Anugerah Tarikan Pelancong Terbaik” Pulau Redang memiliki sebilangan hotel dan resort bertaraf empat ke lima bintang dan juga padang golf 18 lubang. Pantai Pasir Panjang yang indah pastinya melambai anda dan pasangan untuk ke sana. Anda boleh cuba aktiviti snorkeling di pulau-pulau kecil (Pulau Pinang dan Pulau Ekor Tebu) yang terletak berhampiran. Lokasi berbulan madu ini terletak 45 kilometer dari Kuala Terengganu.



4. Genting Highland, Pahang


Terletak megah di atas puncak Gunung Ulu Kali berketinggian 2000 meter tinggi Genting Highlands menawarkan percutian ala Disneyland. Cubalah roller coaster, masuk ke rumah hantu atau mainan lain yang terdapat di taman tema beriklim dingin ini. Untuk suasana lebih romantik anda boleh menunggang kuda di Ladang Kuda Awana. Untuk ke sini mengambil masa 45 minit perjalanan dari Kuala Lumpur.


 5. Bukit Tinggi (Colmar Tropicale), Pahang


Bukit Tinggi atau Berjaya Hills Resort ialah tempat peranginan di Pahang, Malaysia berdekatan Genting Highlands. Ia terkenal dengan kampung tema Perancis, Colmar Tropicale. Lokasi ini sesuai bagi pasangan yang sukakan suasana privasi, santai dan romantik. Antara tempat menarik yang boleh dilawati di sekitar Bukit Tinggi adalah The Chateau Spa Resort, Bukit Tinggi Golf and Country Club, Meranti Park Suites, Japanese Tea Garden, Taman Arnab.




6. Pulau Tioman, Pahang 

Pada tahun 1970 majalah Time telah menobatkan Pulau Tioman sebagai satu dari sepuluh lokasi “pulau untuk anda yang inginkan ketenangan” di dunia. Tioman memiliki lanskap yang menakjubkan dengan hutan hujan malar dari bukit yang menjadi titik tengah pulau sehingga ke pasir putih memeluk pantai manakala di selatan pulau terdapat dua puncak dinamakan Nenek Si Mukut dan Batu Sirau. Bawalah pasangan anda mandi-manda di Air Terjun Mukut yang turun dari puncak granit. Kepada yang sukakan suasana romantik dan sunyi bersama si dia bolehlah melalui satu jalan denai ke Tekek, arah utara dari Salang dan arah selatan dari Genting. Pulau Tioman adalah destinasi terunggul dalam aktiviti snorkeling dan penyelaman, dan terdapat banyak pusat penyelaman PADI di hotel-hotel. Untuk suasana malam yang romantik cubalah menjamu selera di satu dari banyak restoran menghadap laut.




7. Pulau Pangkor Laut, Perak

Memetik kata Luciano Pavarotti penyanyi tenor tersohor semasa pembukaan resort eksklusif pulau itu pada tahun 1994,
“Aku hampir menangis ketika melihat betapa indahnya syurga ciptaan Tuhan ini.”

Pantai Emerald Bay di pulau ini dengan pasir memutih dan air jernih bak kristal adalah syurga dunia bagi 
pasangan yang ingin mandi, berjemur atau bercanda di pasiran pantai. Coral Beach dikenali sebagai tempat untuk aktiviti snorkeling dan Royal Bay untuk yang gemar aktiviti pelayaran. Chalet-chalet mewah dengan binaan berunsur Melayu dan Bali, dengan pandangan ke laut luas atau bukit menghijau menambah suasana romantik untuk pasangan yang baru berkahwin. Kemudahan lain seperti jakuzi, mandi sauna, spa dan restoran juga disediakan. Untuk ke Pangkor Laut anda boleh menaiki bot selama 40 minit perjalanan dari pekan Lumut. Kepada yang ada bajet lebih bolehlah menaiki kapal terbang ke Pulau Pangkor yang terletak berhampiran dan menaiki bot selama 15 minit ke Pangkor Laut.




8. Cherating, Pahang

Pernah terkenal sebagai syurga “backpackers” Cherating memiliki tarikan yang tersendiri. Pantai yang panjang dihiasi pohon-pohon kelapa yang melambai dan rumah-rumah nelayan. Senario yang mengusik jiwa apatah lagi jika anda sudah lama tidak ke kampung halaman, tambahan orang-orang kampung di sini ramah belaka. Disamping berbulan madu anda dan pasangan boleh cuba membuat batik sendiri atau belajar seni menyulam menggunakan daun pandan untuk dijadikan topi dan bakul. Jika anda berkunjung pada Julai hingga September anda mungkin berpeluang melihat penyu-penyu hijau datang bertelur di Pantai Chendor. Cherating terletak kira-kira 30 kilometer dari utara Kuantan. 




 9. Batu Ferringgi, Pulau Pinang
Atau nama lainnya “Batu Orang Asing” tempat ini telah menarik ramai personaliti di zaman silam. Laksamana Portugis Alfonso D’Albuquerque singgah di Batu Feringghi pada 1511 sebelum belayar ke selatan untuk menakluk Melaka. St. Francis Xavier singgah di sini pada 1545 dan Kapten James Lancaster yang membuka Syarikat Hindia Barat mendarat di Batu Ferringhi pada 1600. Pada hari ini, pasangan yang ingin berbulan madu memilih untuk tinggal di resort-resort atau melakukan aktiviti sukan air bersama di tepi pantai yang indah. Bawalah isteri atau suami berjalan-jalan di kedai antik atau galeri seni, dan pergi menikmati ikan bakar Penang yang enak.



10. Tanjung Aru, Sabah

Pantai Tanjung Aru terletak lebih kurang 15 minit perjalanan dari Kota Kinabalu. Selain mandi-manda dan berehat di pasiran pantai anda boleh cuba menunggang kuda. Berjalan berpegangan tangan di Taman Putera Philip atau menjelajah pulau-pulau berhampiran dan memancing laut dalam di Laut China Selatan. Bawalah si dia menaiki bot dengan dasar gelas untuk menikmati kecantikan terumbu karang diluar jangkaan di Taman Negara Tuanku Abdul Rahman. Kesemua lima pulau di taman negara laut juga memilki pantai-pantai yang indah dan hutan-hutan dengan jalan denai. Anda disyorkan menginap dai resort lima bintang di Tanjung Aru untuk saat berbulan madu yang tidak luput diingatan. 



 sumber: http://shop4men.com.my, http://erylife.blogspot.com, wikipedia


 

Comments

  1. Sume tmpt cntik n mnarik..blan8 nk kahwin..so rse nye da tau nk honeymoon dgn tcinta kat mne nnt :)

    ReplyDelete
  2. kompius nk g mn ni..uwaaaa

    ReplyDelete
  3. Cameron Highlands terletak pada paras 5500meter ? Betul ke tu? Check betul-betul.........kalau itulah tinggi nyer, bole jadi ski resort dah tu......

    ReplyDelete
  4. Honeymoon kt pulau batu putih je

    ReplyDelete
  5. Ok , dh ad idea honeymoon lpas kawen nnt ;)

    ReplyDelete
  6. Idea yg baik tuk honymoon nti

    ReplyDelete
  7. cantiknya tempat di msia....teringin pegi pangkor

    ReplyDelete
  8. hmm langkawi dah pegi.. pangkor pun dah.. lpas nie nak g pulau perhentian lah..huhu nak tanye pape email at: mf_2288@yahoo.com

    ReplyDelete
  9. lupe pulak, genting n cameron pun dah g,, best jugak.. tapi cameron sejjukkk... kekeke

    ReplyDelete
  10. Salam tempat mane erk yg romantis
    Kalo dari brenda hotel leh nampk laut2..
    Ada diner yg leh mainkan muSic untk kami bdua.ad x?

    ReplyDelete
  11. I am a private loan lender ,i give certified loans to serious minded individuals and company at an interest rate of 3% with total loan repayment allowed weekly monthly or yearly depending on how you can make repayments if interested email me at guarloan@gmail.com we only offer out in:Dollars,Pounds,Euro only Contact us Today With These

    Your Full Details
    :Full Name
    Loan Amount Needed
    Loan Duration
    Phone Number
    Applied before
    State
    Monthly Income
    Country
    Address
    You are to send this to our Company Email Address :guarloan@gmail.com

    ReplyDelete
  12. I am a private loan lender ,i give certified loans to serious minded individuals and company at an interest rate of 3% with total loan repayment allowed weekly monthly or yearly depending on how you can make repayments if interested email me at guarloan@gmail.com we only offer out in:Dollars,Pounds,Euro only Contact us Today With These

    Your Full Details
    :Full Name
    Loan Amount Needed
    Loan Duration
    Phone Number
    Applied before
    State
    Monthly Income
    Country
    Address
    You are to send this to our Company Email Address :guarloan@gmail.com

    ReplyDelete
  13. cocok sekali buat pasangan baru

    ReplyDelete
  14. waw sangat bagu sekali sangat cocok untuk berbulan madu

    ReplyDelete
  15. berharap ada yang ngajak honeymoon ke tempat-tempat ini....hihi

    ReplyDelete
  16. Do you need a financial help? Are you in any financial crisis or do you need funds to start up your own business? Do you need funds to settle your debt or pay off your bills or start a good business? Do you have a low credit score and you are finding it hard to obtain capital services from local banks and other financial institutes? Here is your chance to obtain a financial services from our company. We offer the following finance to individuals-
    *Commercial finance
    *Personal finance
    *Business finance
    *Construction finance
    *Business finance And many More:
    and many more at 2% interest rate;
    Contact Us Via Email:bullsindia187@gmail.com

    ReplyDelete
  17. Do you need a loan or short-term money with a relatively low interest rate as low as 2%? We offer business loans, personal loans, mortgages, auto loans, debt consolidation loans etc whatever your credit score. We are guaranteed to provide financial services to our many customers worldwide. With our flexible lending packages, loans can be processed and transferred to the borrower within 8 hours. Contact us at: dobsonquickloan@gmail.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Kisah Benar - Adik Bercinta Dengan Abang Kandung Sendiri

 Seperti biasa, segmen Kisah Benar di blog ini memaparkan kisah kepincangan sosial yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini dan dipetik daripada sumber-sumber media arus perdana. Seperti kisah di bawah ini yang sudah lama disiarkan oleh akhbar Kosmo..semoga menjadi pengajaran buat kita semua. "Saya tidak sangka sepupu yang selama ini (saya anggap) kekasih sebenarnya abang kandung sendiri. Lebih malang lagi, saya sering melakukan hubungan seks dengannya.”