Skip to main content

Telefon Pintar Jejas Hubungan Suami Isteri





Satu kajian di United Kingdom (UK) mendapati perbualan menerusi telefon pintar menjadi lebih penting daripada perbualan bersemuka sehingga boleh mengganggu hubungan suami isteri.


Menurut kajian yang dijalankan oleh syarikat langganan, Socked.co.uk. kira-kira 80 peratus lelaki di UK mengaku menggunakan telefon pintar atau komputer tablet mereka ketika sedang makan malam.

Data terbaru menunjukkan peningkatan jumlah mereka yang enggan berbual secara bersemuka walaupun perbuatan itu dilihat melanggar nilai-nilai kemasyarakatan.

Sejumlah orang lebih gemar berbual dengan orang yang mungkin tidak pernah bertemu di talian berbanding berbual dengan pasangan mereka sendiri, ahli keluarga atau rakan yang berada di hadapan mereka.

Hasil kajian mendapati, sebanyak 76 lelaki hanya berdiam diri ketika bersama pasangan mereka pada waktu malam sambil melayari laman-laman web.


Sebanyak 84 peratus responden berkata, mereka menjadi marah apabila mereka diganggu ketika menggunakan telefon pintar atau komputer tablet.

Wakil Socked.co.uk, Mark Hall berkata, media sosial dan Internet sememangnya penting, namun tidak sepatutnya mengganggu hubungan dalam kehidupan.

''Apabila seseorang memegang telefon, seolah-olah dunia di sekitar mereka tidak membawa apa-apa makna. 'Data mengenai kejadian ini sangat mengejutkan,'' katanya.

 sumber: utusan malaysia



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Keindahan 'Sungai BIRU' atau 'Blue Lagoon' di Alor Setar, Kedah

Lebih dikenali sebagai Sungai 'Ayaq Biru' dikalangan penduduk setempat, ratusan pengunjung dari pelbagai kawasan datang silih berganti untuk menyaksikan keindahan panorama itu yang dikatakan pertama kali berlaku.

[Gambar] Kemunculan Gunung Berapi Anak Krakatau Yang Muncul Dari Laut Sejak 1929

Seperti ditulis dari Geo Magz, Majalah Geologi milik Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Gunung Anak Krakatau lahir ke permukaan laut pada 15 Januari 1929.