Skip to main content

Kisah 5 Beradik Lelaki Berkongsi Satu Isteri






Seorang ibu muda di New Delhi, India mendedahkan dia mempunyai lima suami. Lebih menarik lagi, kelima-limanya adalah adik-beradik.


Rajo Verma, 21, tinggal dalam sebuah rumah satu bilik dengan kelima-lima suaminya dan tidur bersama suami berbeza setiap malam mengikut giliran.

Suri rumah itu juga tidak tahu siapa bapa bayi lelakinya.

Rajo berkata: “Pada awalnya, ia rasa agak pelik. Dan saya tidak mempunyai suami kegemaran.” Suami pertamanya, Guddu, 21, menegaskan: “Kami semua melakukan seks dengannya tetapi saya tidak cemburu.
Kami sebuah keluarga besar yang bahagia.”

Pasangan itu berkahwin mengikut istiadat Hindu yang diatur keluarga mereka empat tahun lalu dan dia menjadi satu-satunya suami Rajo yang sah. Tetapi adat di kampung mereka mewajibkan Rajo turut mengambil adik-beradik suaminya sebagai suami. Mereka ialah Bajju, 32, Sant Ram, 28, Gopal, 26, dan Dinesh — yang dikahwininya tahun lalu ketika pemuda itu mencecah usia 18 tahun.

Abang sulung Bajju berkata: “Saya menganggap Rajo sebagai isteri saya dan tidur bersamanya sebagaimana adik saya yang lain.” Rajo memasak, mengemas dan menjaga bayinya, Jay yang berusia 18 bulan ketika semua suaminya pergi bekerja di Dehradun, utara India.

Rajo berkata mengenai tradisi purba bergelar poliyandri: “Ibu saya turut berkahwin dengan tiga beradik. Bila saya berkahwin saya tahu saya terpaksa menerima semua lelaki itu sebagai suami.”

 “Saya tidur dengan mereka mengikut giliran. Kami tiada katil, kecuali beberapa selimut. “Yang menariknya, saya mendapat lebih perhatian dan kasih sayang daripada kebanyakan isteri lain.”


 sumber: harian metro, tribunnews



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif.

1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.


Saiz Zakar Lelaki Mengikut Negara (Malaysia di tempat ke-106)

Salah satu faktoryang agakdominandalam menentukan saizzakarnormaladalah faktorgenetik.Ini adalah satu faktorpentingyang mestiberbeza dari setiapbangsa,keturunan,dan negarasecara keseluruhannya.

Cara Membuat Simbol dan Emoticon Menggunakan Keyboard

Jika anda seorang keyboard warrior, ini ada beberapa trick menarik untuk memantapkan skill anda:

Cara-caranya: Find Alt code.