Info ni Encik Billy jumpak dalam Facebook, dan bila Encik Billy bersembang dengan beberapa orang polis bantuan di tempat kerja hari ni, lebih kurang beginilah jawapannya...so dapatlah sikit pencerahan walaupun tak pasti betul ke tak...
Persoalan Kenapa polis tak tentera?
1) jika kita guna tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan SULU.
2) Juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara langsung sebagai kerajaan yang sah yang mengistiharkan perang kepada kita.
3) Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa protocol antarabangsa.
Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna
1) kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan combatant perang.
2) Polis kita akan menangkap dan menahan (perkatannya untuk polis ialah menahan bukan menawan - Menawan ialah perkataan Tentera ada beza di antara keduanya)
3) Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduahn di Mahkamah Awam boleh di lakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak di anggap tawanan perang.
4) Boleh di ektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini? Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka.
Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika tentera ambil alih sudah jadi kes lain.
Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAL AREA EMERGENCY (darurat setempat) boleh di isytiharkan
Ianya seperti darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulu- tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan)
Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan sahaja dan LOCAL AREA SAHAJA. Rasanya bukan seluruh Lahad Datu pun. Hanya kawasan pencerobohannya sahaja.
Nota Tambahan 1: Ingat kes Maunah dahulu? Mula-mula polis. Kemudian Tentera ambil alih. Dan setelah tentera ambil alih tuduhan kepada Mohd Amin (ketua Almaunah)yang membawa hukuman mati ialah tuduhan mengistiharkan perang kepada YAng Di Pertuan Agung. Beliau tidak di tuduh sebagai orang awam iaitu tuduhan Membunuh (i.e; Bunuh polis SB tu). Beliau di tuduh sebagai combatant Perang.
Nota Tambahan 2: Pasukan yang terlibat bukan unit biasa. Unit komando PDRM ialah attachment a-unit tindakan khas(UTK), attachment b-very able trooper 69(VAT69) dibawah pasukan gerakan khas(PGK). UTK lebih menyerupai police SWAT,manakala VAT69 lebih kepada peperangan hutan dan gerila. Komando PGA dikenali sbgai tiger platoon dari 2 Bn PGA...komando di bawah ATM adalah gerup gerak khas(GGK) iaitu 21 RGK,22 RGK,11 RGK dari Tentera darat..PASKAL pula dari TLDM..PASKAU dari TUDM..Ia tertakluk dlm majlis keselamatan negara(MKN) arahan NO. 18.. Pihak keselamatan lebih mengetahui apa yang terbaik dan modus operandi.
Persoalan sempadan bolos:
Tak ada negara dalam dunia yang tidak ditembusi sempadannya. Yang sukar sedikit ialah Israel dan Vatican. Israel sebab temboknya dan Vatican City sebab di dindingnya dan juga di kepung oleh bandar Rom. Hatta USA pun sering di cerobohi sempadannya oleh orang Mexico. Negara China pula sering dicerobohi orang bangsa Mongolia Nomad atau bangsa padang steppe yang berulang-alik (serupa dengan kes Lahad datu - golongan yang tidak mempunyai sempadan).
Hatta Mekah pun pernah di cerobohi oleh bukan Islam. (tidak ada kaitan dengan kes ini sekadar contoh perbandingan bahawa secanggih mana pertahanan pun dengan izinNya bocor juga)
sumber (copy pasted dari): Kiub Fakta {https://www.facebook.com/
bgus info nie..
ReplyDeleteKalau ceroboh tak membunuh ok gak. Nii dah ade 8orang janda
Deletetak payah la nak duk tgu pakai istilah tahan untuk polis atau tawan untuk tentera lagi.Dan juga tak payahla kita citer pasal kerajaan istihar atau tak tentera sulu tu...pi lantakla ngan geneva convention tuh....nak tgu ramai lagi anak jd yatim piatu baru nak suh askar pergi...jawabnya padang jarak padang terkukur la malaysia ni....yang penting adalah kelansungan untuk hidup...dalam agama hukum menjaga nyawa adalah wajib....senang citer yang mati tu bukan anak atau suami dorang...kalo dah kena suami atau anak dorang baru nak bertindak kot....
ReplyDeleteSudah-sudahlah kerajaan jangan nak politikkan keadaan. bagaimana mereka ini semua boleh terlepas masuk ke malaysia?? kenapa kementerian dalam negeri tidak memberi apa-apa komen? sudah letih dengan taktik kotor kerajaan.
ReplyDeletemudah2an damai slalu
ReplyDelete