Samsung telah berjaya menutup serapat-rapatnya sebarang imej telefon pintar terbaru Galaxy S IV daripada bocor, terutamanya mengingati bahawa pelancaran siri telefon pintar terbaru itu hanyalah seminggu sahaja dari sekarang. Ia bakal dilancarkan pada 14 Mac ini. GottaBeMobile bekerjasama dengan Martin Hajek berusaha untuk mencuba dan meneka bagaimana bentuk Galaxy S IV terbaru. Hasilnya adalah seperti rendering konsep di bawah ini:
Konsep ini adalah berdasarkan reka bentuk Galaxy S III tetapi mengambil beberapa design cue daripada Note II dan Note 8.0. Perubahan utama adalah paparan tanpa hujung (bezel-less display) - konsep yang sesuai dengan saiz 4.99 inci untuk paparan 1080p dalam saiz hanya 136.7 x 64,8 x 7.9mm, yang lebih kecil daripada Galaxy S III dan tidak lebih besar daripada iPhone 5 seperti gambar di bawah.
sumber: gsmarena
Comments
Post a Comment