Friday, January 18, 2013

Wow, Pesona Keindahan Tasik Baikal Yang Membeku di Musim Sejuk





Terletak di bahagian selatan Siberia di Russia, sebuah tasik air tawar dengan pemandangan yang indah telah memukau ramai orang. Dengan gelaran ”The Pearl of Siberia”, Tasik Baikal di Rusia ini mempunyai kedalaman dan kejernihan air yang luar biasa. 


Selain daripada terkenal dengan keindahannya, tasik Baikal juga merupakan takungan satu perlima daripada jumlah air tawar di dunia yang belum tercemar.

Terletak di wilayah Siberia, Tasik Baikal berupa cawan raksasa dengan ketinggian 445 mdpl. Bentuknya memanjang seperti pisang, dengan kedalaman 1637 meter dan panjang 636 kilometer. Ini sekaligus menjadikannya tasik terdalam dan tertua di dunia, menjadi wadah dari seperlima jumlah air tawar di dunia yang belum tercemar, serta 80% sumber air tawar di Rusia.


Ketika ini, Tasik Baikal merupakan salah satu lokasi warisan dunia yang terletak di selatan Siberia di Rusia, antara Oblast Irkutsk di barat laut dan Buryatia di tenggara, berhampiran kota Irkutsk. Nama ini berasal dari kata Tatar “Bai-Kul” – “tasik kaya”.

Baikal adalah representasi tasik dengan warna biru yang sangat ketara. Ini sekaligus menunjukkan kejernihan Tasik Baikal, yang airnya boleh diminum secara langsung tanpa penyaringan.

Pada musim sejuk, seluruh air di Tasik Baikal berubah menjadi ais dan menjadi antara pemandangan paling menakjubkan di dunia.


Lagi gambar-gambar menarik:












sumber: http://www.mobgenic.com




Entri-Entri Berkaitan.....

9 comments:

Related Posts with Thumbnails