Jangan salah tafsir akan gay, pondan/makyah, metroseksual dan lelaki lembut, malah khunsa juga berbeza..Berikut definisi yang membezakan antara golongan ini.
GAY
Mereka tak terangsang melihat perempuan, tetapi akan terangsang melihat kaum sendiri (lelaki). Melakukan hubungan sesama mereka (dilaknat Allah), mempunyai perasaan sesama hubungan sejenis...
METROSEKSUAL
Mereka bukannya gay ataupun pondan. Mereka adalah lelaki sejati yang maskulin. Perbezaan mereka adalah mereka menyukai perkara-perkara yang kebiasaaannya ada pada wanita seperti menjaga kulit wajah dan bentuk badan, menyukai wangi-wangian dan produk-produk penjagaan diri.
Sentiasa mengelak daripada melakukan perkara-perkara yang boleh merosakkan kecantikan mereka. Suka dan terlalu menjaga kekemasan diri. Boleh diistilahkan mereka sebagai prettyboy atau orang melayu sebut sebagai 'mat jambu'.
LELAKI LEMBUT
Kalau dalam bahasa kasar, orang sebut sebagai Sotong.
Sotong adalah lelaki yang lurus. Nalurinya juga lurus dan suka kepada wanita. Perbezaannya adalah perwatakan dan percakapannya yang menyerupai wanita. Namun dari segi penampilan dan pemakaian , mereka adalah lelaki yang tulen. BOLEH istilahkan mereka sebagai lelaki lembut, atau lelaki sopan. Kenapa? sebab, kadang-kadang perwatakan mereka yang sopan mengalahkan wanita. percakapannya yang lembut dan sentiasa disenangi oleh golongan wanita berbanding lelaki normal.
Lelaki sotong bukannya pondan dan bukannya gay. Mereka tetap lelaki yang sejati , cuma lebih sopan berbanding lelaki yang normal. Jadi jangan sesekali memanggil mereka dengan panggilan yang kasar.
Mereka diciptakan untuk menjadi lelaki, dan mereka bersyukur dengan kurniaan yang telah diberi cuma kelembutan yang ada dan tidak dapat disembunyikan (semulajadi, walaupun mereka cuba mengeraskan diri , tetapi tetap tidak berjaya dan kelembutan mereka sering kali terserlah) menjadikan mereka lebih sopan berbanding lelaki biasa.
PONDAN / MAKYAH
Mereka adalah lelaki lembut dan mengatakan bahawa mereka mempunyai jiwa perempuan yang terperangkap di dalam tubuh lelaki.
Pondan, bapok atau nyah lebih suka berpakaian menyerupai perempuan. Mereka mengenakan bra walaupun pada hakikatnya payudara mereka kecik persis seorang lelaki sejati.
Untuk menutup kehenseman wajah seorang lelaki, nyah biasanya akan mengambil pil hormon utk menukar suara yang garau dan menghentikan pertumbuhan misai serta janggut, membuat pembedahan membesarkan payudara, membuang kerongkong, membesarkan paha dan punggung. Peringkat nyah paling teruk sekarang ini banyak yang membuat pembedahan menukar alat kelamin.
KHUNSA
Ini adalah semula jadi ciptaan Allah. Bukan disengajakan seperti gay/pondan/maknyah. Mereka 100% tidak dilaknat Allah. Penciptaan mereka ini menunjukkan betapa Allah itu Maha Pencipta.
“Orang yang mempunyai dua alat kelamin lelaki dan perempuan atau orang yang tiada langsung mempunyai kedua-duanya dan hanya mempunyai lubang untuk membuang air kecil”.
sumber: http://bloggersiput.blogspot.com
saya lelaki lembut hanya minat pada wanita saja...tapi kadang2 orang x suka pada mengatakan saya gay pondan n nyah.....mcm mna tu?kerana saya terlalu sopan n berbudi bahasa kira saya tak suka kepada keganasan n kekerasan atau bergaduh.....
ReplyDeleteada juga lelaki lembut ini atau jambu laa dikatakan disalah anggap orang masyarakat sekarang ini......ye laa sekarang orang nk pandang kesempurnaan sahaja kot hmmmmm
sabar je lah wahai kawan
ReplyDelete