Skip to main content

Misteri dan Teori Kematian William Yau Zhen Zhong





Adakah kanak-kanak malang, William Yau Zhen Zhong diculik sebelum dibunuh atau dia mati akibat terlibat dalam tragedi?


Itulah persoalan yang berada di fikiran pegawai penyiasat ketika ini berikutan penemuan mayat reput kanak-kanak berusia enam tahun di Kampung Sungai Sireh pada petang Khamis lalu.

Polis sedang giat mencari petunjuk dan memeriksa semula semua maklumat bagi mengetahui punca dia meninggal dunia dan bagaimana tubuhnya boleh dijumpai berhampiran sebuah jeti di Pelabuhan Klang.


Antara teori yang mungkin terjadi ialah:
  1. Badannya dihanyutkan sejauh 30 kilometer (km) ke Sungai Klang dari Kampung Bukit Lanchong selepas terhumban ke dalamnya. 
  2. Kemungkinan kes berkenaan adalah perbuatan khianat dan melihat kemungkinan bahawa budak itu telah dibuang ke dalam sungai.
  3. Selain itu terdapat juga spekulasi bahawa kanak-kanak itu mungkin merayau di luar, yang kemudiannya jatuh ke dalam longkang dan seterusnya dihanyutkan ke sungai.


Kemungkinan teori ke-3: 

Namun hasil pemeriksaan, mendapati tiada longkang besar berhampiran kedai elektronik di Putra Heights di mana beliau kali terakhir dilihat.

Bagaimanapun tidak terdapat longkang yang tidak bertutup di kawasan beliau dilaporkan hilang dan longkang terdekat jika beliau dihanyutkan ke sungai adalah pada jarak 2km.


Dengan hanya dalam jarak 10 minit pemanduan, longkang besar yang paling hampir ialah di Kampung Bukit Lanchong yang tidak jauh dari tebing Sungai Klang.

Jika William berjalan dari Putra Heights, dia pasti akan berhenti beberapa kali sebelum sampai ke kampung berkenaan.

Laluan ke Kampung Bukit Lanchong juga tidak lurus dan boleh mengelirukan kanak-kanak terutama pada waktu malam


Ujian DNA masih diperlukan:

Walaupun ibu bapa William, Yau Kok Kang, 32, dan Goh Ying Ying, 26, mengenal pasti badannya berdasarkan seluar yang dipakai serta parut di kepala, polis masih menunggu keputusan ujian DNA yang akan diperoleh Isnin ini bagi mendapatkan 100 peratus kepastian.


"Keputusan post-mortem tidak dapat menentukan punca kematian kerana mayat reput teruk," kata Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Yahaya Ramli.

"Tetapi kita boleh buat kesimpulan bahawa dia mati selama kira-kira seminggu berdasarkan keadaan mayat," katanya.

ACP Yahaya berkata tiada tanda kecederaan luar kecuali terdapat beberapa tanda gigitan, dipercayai oleh haiwan.

Beliau berkata polis tidak menolak kemungkinan kes berkenaan adalah perbuatan khianat dan melihat kemungkinan bahawa budak itu telah dibuang ke dalam sungai.

"Tetapi ia masih terlalu awal untuk kita buat kesimpulan apa yang berlaku kepadanya.

"Kami akan menemubual abang budak itu sekali lagi dan merayu saksi yang melihat kejadian itu tampil ke hadapan. Secara ringkas, kita menyiasat semua sudut," katanya.

 Jeti tempat mayat ditemui

ACP Yahaya berkata polis akan membuat pemeriksaan semula di kawasan William dilaporkan hilang di Putra Heights, tebing sungai Klang di Kampung Bukit Lanchong serta jeti di mana mayat ditemui.

Polis juga telah merekodkan kenyataan daripada nelayan yang menemui mayat.


sumber: mstar online, kosmo,utusan malaysia 


Comments

  1. jika tidak keberatan dapat dipautkan blog saya di sini

    penembak-tepat.com


    blog tuan sudah dipautkan di blog saya.

    terima kasih

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Kisah Benar - Adik Bercinta Dengan Abang Kandung Sendiri

 Seperti biasa, segmen Kisah Benar di blog ini memaparkan kisah kepincangan sosial yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini dan dipetik daripada sumber-sumber media arus perdana. Seperti kisah di bawah ini yang sudah lama disiarkan oleh akhbar Kosmo..semoga menjadi pengajaran buat kita semua. "Saya tidak sangka sepupu yang selama ini (saya anggap) kekasih sebenarnya abang kandung sendiri. Lebih malang lagi, saya sering melakukan hubungan seks dengannya.”