Skip to main content

Inilah Penjara Paling Bebas di Dunia





San Pedro merupakan penjara terbesar di La Paz, Bolivia dengan tahanan sebanyak 1500 orang di dalamnya. Uniknya, para tahanan di sini memiliki sistem komuniti tersendiri sepertimana kehidupan normal di luar penjara.


Di dalam kompleks penjara ini terdapat restoran, pasar, supermarket, salon rambut,malah  hotel yang dikelola sendiri oleh para tahanan. Kehidupan di sini sememangnya bebas tanpa diawasi oleh pegawai penjara dan tanpa campur tangan polis Bolivia dengan segala hal yang terjadi di dalam penjara (kecuali jika berlaku rusuhan besar-besaran).

San Pedro memiliki sistem pemerintahan sendiri. Seorang pemimpin akan dipilih secara demokratik. Sekiranya terjadi masalah, peraturan dan hukuman yang telah ditetapkan oleh para tahanan inilah yang akan berlaku. Sehingga apabila seorang tahanan dianggap keterlaluan, maka para tahanan yang lain akan bertindak.


Namun, di dalam penjara ini, para tahanan harus membayar untuk sel mereka, tidak kira betapa kecil atau kotornya sel yang mereka diami. Penjara San Pedro terbahagi kepada 8 bahagian, mulai dari bahagian paling kumuh dan kotor sehinggalah yang paling mewah. Tahanan yang sanggup membayar mahal dapat tinggal di bahagian yang mewah.

Tidak menghairankan bagi para banduan yang kaya, sel (tanpa jeriji besi) dilengkapi dengan tandas peribadi, dapur sendiri, TV kabel, bahkan jakuzzi! Tetapi bayaran sewanya pun mahal. Tahanan yang ingin tinggal di dalam sel mewah seperti ini harus membayar sekitar USD 1000 hingga 1500 (sekitar RM 3000 – RM 4500) sepanjang masa tahanan mereka.


Seperti disebutkan sebelumnya, tanpa adanya pegawai penjara bererti tiada makanan penjara yang percuma diberikan. Banduan di sini harus bekerja seperti kehidupan normal. Itulah sebabnya ramai yang membuka perniagaan sendiri seperti kedai makan, salun dan sebagainya malah ada yang menggaji tahanan lain sebagai pekerja mereka. Gaji yang diperoleh digunakan untuk membeli makan, membayar sewa tempat dan kegunaan lainnya.

Tahanan di San Pedro boleh membawa anak dan isteri untuk hidup bersama. Sebuah data menunjukkan terdapat sekitar 200 anak yang tinggal dengan ayah mereka yang menjadi tahanan di dalam penjara San Pedro.


Lagi gambar-gambar menarik:








sumber: jadiberita.com

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Keindahan 'Sungai BIRU' atau 'Blue Lagoon' di Alor Setar, Kedah

Lebih dikenali sebagai Sungai 'Ayaq Biru' dikalangan penduduk setempat, ratusan pengunjung dari pelbagai kawasan datang silih berganti untuk menyaksikan keindahan panorama itu yang dikatakan pertama kali berlaku.

[Gambar] Kemunculan Gunung Berapi Anak Krakatau Yang Muncul Dari Laut Sejak 1929

Seperti ditulis dari Geo Magz, Majalah Geologi milik Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Gunung Anak Krakatau lahir ke permukaan laut pada 15 Januari 1929.