Skip to main content

6 Selebriti Berwajah Kacak Yang Akhirnya Mengaku Sebagai Gay





1. George Michael
Penyanyi yang satu ini memiliki wajah yang tampan dan juga digilai banyak wanita. Sayangnya, dia tidak tertarik untuk menjalin hubungan dengan wanita kerana dia adalah seorang gay.

George Michael secara terus terang mendedahkan dirinya adalah seorang gay ketika wawancaranya dengan media pada tahun 2007. Ujar Michael, selama ini dia menutupi jati dirinya itu kerana dia sangat risau ibunya akan sedih jika mengetahui dia adalah pencinta sesama jenis.

Setelah mengumpulkan keberanian akhirnya penyanyi berasal dari UK ini mengungkapkan bila dirinya adalah gay. Dalam wawancaranya dengan CNN, George mengakui dirinya tidak ada sebarang masalah dengan penilaian serong orang ramai terhadap pengakuan tersebut.




2. Mark 'Westlife' Feehily

Mark Feehily membuat jutaan remaja perempuan patah hati ketika dia mengumumkan dirinya adalah seorang gay. Kebanyakan peminat salah satu anggota boyband Westlife itu kecewa saat Mark membuat pengakuan tersebut.

'Saya gay dan saya bangga akan itu. Saya ingin semua orang tahu tentang kebenaran kecenderungan seks saya yang menyukai lelaki,' katanya.

'Saya tak peduli dengan reaksi orang tentang saya kerana saya bangga dengan diri saya,' ucapnya.

Mark mengaku rakan-rakann dan keluarganya menghormati keputusan tersebut. Dia juga bahagia dengan pilihan hidup yang dijalaninya itu.

'Saya ingin mengatakan saya bahagia. Saya memiliki kekasih yang membuat saya boleh tertawa. Tidak ada orang yang ingin bersendirian di dunia ini,' ucapnya.



3. Ricky Martin

Setelah lama menghindar dan menyembunyikan soal statusnya, akhirnya Ricky Martin memberanikan diri untuk membuat pengakuan bahawa dirinya adalah seorang gay.

Ricky mengakui hal tersebut melalui blog peribadinya. Dia mengungkapkan bahawa ini adalah waktu yang tepat untuk membuat pengakuan terhadap rahsia yang selama ini dipendamnya. Dia berasa bahagia dan lega setelah melakukan pengakuan tersebut.

'Saya gay dan saya bangga,' ujarnya.

Ricky juga meminta kepada para peminatnya untuk tetap mencintai dan menerima hasil karyanya. Dan keinginan Ricky itu mendapat respon yang baik dari para peminat setianya.




4. Adam Lambert

Sejak Adam Lambert menyertai pertandingan nyanyian American Idol 2009, banyak pihak yang telah menduga bahawa dia adalah seorang gay. Tetapi, Adam selalu berusaha menutupinya dan mengelak apabila perkara itu dibangkitkan.
Namun menjelang acara final American Idol, foto-foto Adam yang sedang bermesraan dan berciuman panas dengan seorang lelaki beredar luas di internet.

Setelah acara final American Idol selesai, tidak lama selepas itu, lelaki yang gemar berfeyen pelik ini membuat pengakuan di majalah Rolling Stone. Adam menjadi cover di majalah tersebut dan mengakui dirinya adalah gay.

'Saya gay dan saya sangat selesa dengan hal itu,' kata Adam terus terang.

Adam yakin pengakuannya itu tidak akan membuat orang ramai terkejut. Dia merasakan sudah masatnya untuk dia membuka kehidupan peribadinya yang lebih tertarik pada kaum lelaki.



5. Clay Aiken

Satu bulan setelah mendapatkan anak dari Jaymen Foster, akhirnya Clay Aiken membuat pengakuan yang mengejutkan ramai pihak. Penyanyi ini mengakui bahawa dirinya adalah seorang gay. Dia berbangga dengan statusnya sebagai seorang ayah yang gay.

'Ini keputusan saya untuk menjadi ayah. Saya tidak berfikir anak ini untuk berbohong atau menyembuyikan status saya. Bukan untuk itu,' katanya.

Bagi Clay Aiken membuat pengakuan tentang orientasi seksnya yang lebih tertarik dengan lelaki merupakan suatu hal yang berat. Tidak mudah baginya untuk melakukan hal tersebut. Diperlukan persiapan yang matang dan mental yang kuat.

Clay berharap agar pengakuannya itu tidak akan membuatkan peminatnya kecewa. Dia meminta para peminatnya untuk mengerti dan memahami keputusan tersebut.

'Saya berusaha untuk tidak membohongi sesiapapun. Saya tidak mau mereka membenci saya,' ucapnya.



6.Stephen Gately

Salah satu anggota kumpulan Boyzone ini membuat pengakuan yang mengejutkan ramai pihak pada tahun 1999 yang lalu. Stephen mengakui dirinya adalah gay dan sedang jatuh cinta dengan lelaki. Dalam wawancara itu, Stephen mengakui sedang menjalin hubungan dengan sesama anggota boyband, Eloy de Jong, boyband berasal dari Belanda, Caught in the Act.

Stephen mengakui menjalin hubungan dengan Eloy sejak tahun 1998. Dia sangat bahagia dengan hubungan cinta tersebut.

Hubungan Stephen dengan Eloy tak berjalan lancar. Pasangan ini berpisah pada Januari 2002. Setelah itu, pemilik nama Stephen Patrick David Gately ini membina cinta dengan Andrew Cowles, lelaki yang berkerjaya sebagai usahawan internet.

Pasangan ini mengikat cinta mereka dengan ikatan perkahwinan di Las Vegas pada tahun 2003. Andrew setia mendampingi penyanyi itu sehingga ke akhir hayatnya.


sumber: http://faktapalingunik.blogspot.com



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Kisah Benar - Adik Bercinta Dengan Abang Kandung Sendiri

 Seperti biasa, segmen Kisah Benar di blog ini memaparkan kisah kepincangan sosial yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini dan dipetik daripada sumber-sumber media arus perdana. Seperti kisah di bawah ini yang sudah lama disiarkan oleh akhbar Kosmo..semoga menjadi pengajaran buat kita semua. "Saya tidak sangka sepupu yang selama ini (saya anggap) kekasih sebenarnya abang kandung sendiri. Lebih malang lagi, saya sering melakukan hubungan seks dengannya.”