Salah satu impian Encik Billy adalah untuk melawat dan bermain salji di negara-negara yang beriklim 4 musim. Kalau setakat salji dekat Genting Highland atau i-City tu, tak best pun sebab bukannya salji real. Dan salah satu tujuan Encik Billy adalah untuk pergi ke negara yang bersalju paling indah ada dalam senarai 10 negara di bawah ini:
1. Switzerland
Swiss adalah salah satu negara di Eropah tengah yang mempunyai pemandangan yang indah. Negara yang bersempadan secara langsung dengan Jerman, Perancis, Itali, dan Austria ini sebahagian besarnya merupakan wilayah di lereng pergunungan Alps yang terkenal dengan keindahannya, maka tidak hairan jika Swiss memiliki pemandangan alam salju terbaik di dunia.
2. New Zealand
Dari senarai 10 negara salju terbaik ini, New Zealand adalah satu-satunya negara yang berada di hemisfera selatan. Negara kepulauan di Barat daya samudera barat pasifik ini mempunyai keindahan alam pegunungan yang sangat luar biasa dan sering digelar sebagai 'the middle earth'.
3. Alaska (USA Territory)
Dalam hal ini, Alaska dianggap sebagai negara jajahan. Hal ini disebabkan Alaska merupakan negeri bahagian Amerika Syarikat yang letaknya terpisah dari negara induknya. Daripada semua negeri di Amerika Syarikat, Alaska adalah negeri yang memiliki pemandangan alam salju terindah.
4. Kanada
Negara yang terbentang dari lautan Atlantik dan Selat Savis sehingga Lautan Pasifik ini merupakan negara di bahgian paling utara benua Amerika. Di padang rumput Kanada yang luas dan datar terdiri dari daerah Manitoba, Saskatchewan dan Alberta, melebar sehingga menuju ke Pegunungan Rocky ini akan berubah menjadi syurga salju pada musim sejuk.
5. Perancis
Walaupun Perancis adalah salah satu negara di eropah Barat, tetapi Perancis adalah salah satu negara yang dilalui oleh lintasan pegunungan Alps. Justeru adalah tidak menghairankan jika pemandanganya indah, ditambah lagi dengan pemandangan pegunungan mount Blanc yang berada di pesisir selatan Eropah Barat ini, maka akan semakin menambah keindahan pemandangan alam Perancis.
6. Norway
Memang tak salah jika Norway mempunyai pemandangan salju terindah. Ini kerana kedudukan Norway yang berada di semenanjung skandinavia dan bersempadan dengan Lautan Atlantik. Norway adalah negara yang bergunung-gunung dan sebahagian besar tertutup oleh glasier.
7. Iceland
Iceland adalah negara yang sebahagian besarnya tertutup oleh salji dan ais, oleh sebab itu negara ini dinamakan sebagai Iceland. Negara yang berdekatan dengan Greenland ini terletak di bahagian utara Lautan Atlantik.
8. Jepun
Negara jolokan sakura ini memiliki pemandangan alam padang salju yang indah. Negara ini terletak di koordinat 41 darjah lintang utara. Bila tiba musim sejuk, maka pemandangan kota akan tampak seperti negeri dongeng dan kayangan, ditambah lagi jika kita melihat pemandangan salju di lereng gunung Fuji.
9. Sweden
Sweden adalah sebuah negara Nordik di Skandinavia, Negara ini bersempadan dengan Norway di barat dan Finland di timur laut, Selat Skagerrak dan Selat Kattegat di barat daya, serta Laut Baltik dan Teluk Bothnia di timur. Dahulunya negara ini pernah menjadi negara termiskin di Eropah pada abad ke 19, tetapi kerana keindahan alamnya, negara ini menjadi tujuan pelancongan terkenal.
10.Korea Selatan
Korea adalah salah satu negara 4 musim yang topografinya berupa pergunungan. Pegunungan di wilayah timur umumnya menjadi hulu sungai-sungai besar, seperti sungai Han dan sungai Naktong. Ketika musim sejuk, pergunungan di Korea Selatan berubah menjadi pegunungan salju yang sangat Indah
p/s: kalau di congak-congak, yang mungkin terjangkau dan paling dekat untuk dikunjungi daripada senarai 10 negara ini adalah Korea Selatan, Jepun dan New Zealand. So yang mana satu pilihan Encik Billy? Hohoho..Korea la kot since da lama mengidam nak pergi sana!
sumber: http://www.blogapaaja.com
subhanallah! satu lagi adalah India kat kashmir tempat penggambaran filem bollywood yang paling terkenal dgn pemandangan dia :)
ReplyDeletejom kita g dua en billy..sy pon teringin gak nk g korea suatu hari nanti..inshaallah
ReplyDeletekorea korea ...
ReplyDeleteseram ,indah tapi misterius
ReplyDeletesungguh indah sekali pemandangannya
ReplyDeletebodo
ReplyDeletekalo komen cam hare toi,,,,,baik x usah komennn cer..........
Delete