Friday, November 16, 2012

Terapi Menampar Wajah Untuk Awek Muda (VIDEO)





Anda berasa risau dengan kerutan pada wajah anda? Di Amerika Syarikat, ada sebuah terapi unik untuk mencegah terjadinya penuaan, khususnya pada kulit wajah.


Sepasang suami isteri dari Thailand membuka salon kecantikan khusus untuk terapi menampar wajah agar awet muda. Pernah dengar tentang terapi tampar wajah sebelum ini?

Ini adalah terapi sederhana yang disebut-sebut dapat menjadikan kulit wajah kembali tegang seperti ketika anda masih muda. Selain itu, dengan terapi menampar wajah ini, pori-pori kulit dapat mengecil, serta menghapuskan garis-garis kerutan pada wajah.

Pasangan suami isteri yang memperkenalkan kaedah terapi kecantikan terbaru ini adalah Mawan dan Tata Sombuntham.

Tata, iaitu isteri kepada Mawan, adalah pakar dalam melakukan terapi tampar tersebut. Dia mengatakan bahawa terapi menampar wajah miliknya ini adalah yang pertama dalam terapi anti-penuaan di dunia ini.

Tata mengenakan caj sebesar 350 dollar AS (sekitar RM 1050) untuk terapi berdurasi 15 minit di salonnya yang terletak di bandaraya San Francisco, AS.

Pasangan suami isteri ini menjamin bahawa hasilnya tidak perlu ditunggu lama. Setelah selesai  aktiviti terapi, para pelanggan akan dapat melihat hasilnya.

Dengan adanya terapi menampar wajah ini, mereka yang mengalami masalah penuaan kulit, tidak perlu lagi menggunakan pelbagai ubat-ubatan, krim anti-penuaan, atau bahkan sehingga membuat pembedahan plastik.

Apakah anda tertarik untuk mencuba terapi menampar wajah ini? Jika ya, dijemput untuk menonton video liputan salon kecantikan milik Tata Sombuntham dan suaminya, di bawah ini.


sumber: http://www.exelroze.info



Entri-Entri Berkaitan.....

1 comments:

Related Posts with Thumbnails