Skip to main content

Planet Dipenuhi Berlian Ditemui, Saiz 2 Kali Ganda Bumi






Sekumpulan ahli astronomi menemui sebuah planet dua kali lebih besar daripada Bumi dengan sebahagian besarnya adalah berlian, mengorbit bintang yang boleh dilihat dengan mata kasar.


Penemuannya itu akan diterbitkan dalam jurnal Astrophysical Journal Letters.

Dalam kajian itu, Olivier Mousis dari Institut de Recherce en Astrophysique et Planetologie di Toulouse, Perancis, menganggarkan bahawa sekurang-kurangnya satu pertiga daripada jisim planet itu yang menyamai kira-kira tiga jisim Bumi, mengandungi berlian.


Info Ringkas:
  • Planet berkenaan yang dipanggil ‘55 Cancri e’ mengorbit bintang seperti matahari dalam buruj Cancer.
  • Ia bergerak terlalu pantas hingga tempoh setahun di sana hanya mengambil masa kira-kira 18 jam.
  • Penemuan oleh sepasukan penyelidik Amerika Syarikat-Perancis, garis pusatnya juga dua kali ganda daripada Bumi manakala jisimnya lapan kali lebih besar.
  • Itu bermakna kepadatannya sama seperti Bumi, walaupun ada planet berlian sebelum ini mempunyai kepadatan lebih tinggi.
  • Planet berlian juga berkeadaan amat panas dengan suhu permukaannya mencecah 1,648 Celsius.
  • Permukaan planet ini diliputi grafit dan berlian berbanding air dan granit



Penemuan berkenaan juga adalah yang pertama kali planet berlian dilihat mengelilingi bintang seperti matahari membolehkan kajian dijalankan dengan terperinci.

“Ini adalah gambaran pertama dunia batuan dengan asas kimia berbeza dari Bumi,” kata Madhusudhan.

Beliau juga berkata, penemuan planet yang kaya dengan karbon itu bermakna, planet berbatu yang jauh tidak lagi dianggap mempunyai persamaan dengan bumi dari segi juzuk kimia, keadaan dalaman, atmosfera atau biologinya.






Seorang ahli astronomi di Universiti Princeton, David Spergel juga berkata, adalah lebih mudah untuk mengenal pasti struktur asas dan sejarah sesuatu bintang jika jisim dan usianya diketahui.

“Planet adalah lebih kompleks. Planet lebih besar daripada Bumi kaya dengan berlian ini satu daripada contoh hasil penemuan yang bakal ditemui untuk kita memulakan penerokaan planet dekat dengan bintang,” kata Spergel.


sumber: berita harian, dailymail, wikipedia



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Keindahan 'Sungai BIRU' atau 'Blue Lagoon' di Alor Setar, Kedah

Lebih dikenali sebagai Sungai 'Ayaq Biru' dikalangan penduduk setempat, ratusan pengunjung dari pelbagai kawasan datang silih berganti untuk menyaksikan keindahan panorama itu yang dikatakan pertama kali berlaku.

[Gambar] Kemunculan Gunung Berapi Anak Krakatau Yang Muncul Dari Laut Sejak 1929

Seperti ditulis dari Geo Magz, Majalah Geologi milik Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Gunung Anak Krakatau lahir ke permukaan laut pada 15 Januari 1929.