Skip to main content

Lelaki Gemuk Lebih Serius Dalam Percintaan





Jangan mudah merasa rendah diri jika pasangan anda termasuk dalam kategori lelaki berbadan gemuk. Ini kerana kebanyakan lelaki yang memiliki badan agak berisi, gempal, atau gemuk dikatakan lebih setia jika dibandingkan dengan lelaki berbadan kurus dan sederhana. Ia berdasarkan kajian yang dilakukan oleh sebuah pertubuhan di Jerman baru-baru ini.


Soal selidik tersebut dilakukan terhadap 1000 orang lelaki Jerman berusia antara 31-69 tahun. Setiap responden ditanyakan soalan tentang tarikan mereka terhadap seksual. Hasilnya, didapati 23% lelaki yang termasuk dalam kategori memiliki berat badan ideal mengakui bahawa mereka tertarik untuk bersikap curang.

Sedangkan lelaki dalam kategori berat badan berlebihan hanya 11% yang tertarik untuk bersikap curang terhadap pasangan mereka. Manakala, 19% lelaki yang memiliki berat badan kurang atau terlebih kurus akan bersikap curang terhadap pasangannya.

Justeru itu, para penyelidik membuat kesimpulan bahawa lelaki gemuk apabila jatuh cinta, akan lebih memilih untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius & bersedia memberi komitmen jika dibandingkan untuk mencari bersikap curang.


Wanita Tidak Minat Lelaki '6 packs'

Selain itu, perut berotot yang dimiliki lelaki atau sering disebut dengan istilah ‘six pack’, ternyata tidak menjadi perkara utama untuk menarik perhatian wanita. Kumpulan penyelidik dari University of Queensland, Australia membuat kesimpulan tersebut dari pemerhatian terhadap iklan yang menampilkan bentuk tubuh lelaki.


Tanggapan penyelidik terhadap tubuh lelaki berotot sama sahaja dengan iklan yang menonjolkan tubuh lelaki memiliki ukuran rata. Para responden yang terlibat dalam soal selidik itu, memberikan tahap sama pada lelaki bertubuh sedikit berisi, ramping & berotot.

Phillippa Diedrichs, seorang penyelidik mengungkap promosi iklan tidak perlu terlalu menekan pada otot yang kuat & perut berotot. Hasil kajian ini telah menjadi bahan perdebatan di antara pihak media tentang bentuk tubuh lelaki paling sempurna. Malah, hingga kini secara khusus telah memberi gangguan pola pemakanan di kalangan wanita muda.

Diedrichs menunjukkan contoh iklan jeans, barangan rawatan kulit & pewangi tubuh yang menggunakan model lelaki berotot kini sudah mencecah lebih dari 600 golongan remaja lelaki. Hasilnya memang para remaja member kesan positif terhadap iklan yang menggunakan lelaki berotot. Tetapi, faktanya iklan yang hanya menonjolkan produk lebih efektif dari apa yang dibawakan oleh model tersebut.

“Beberapa responden beranggapan bahawa model lelaki berotot menunjukan imej homoseksual. Imej tersebut bagi mereka mungkin tidak menyenangkan,” kata Diedrichs, seperti diperoleh dari Times Of India.

Hasil kajian Diedrichs pada tahun 2008 menunjukkan bahawa model lelaki memiliki tubuh berisi atau gemuk sama kesannya dengan model langsing. Dan ini telah mematahkan prinsip industry yang menganggap model berisi ‘tidak boleh dijual'

sumber: gempak.org

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Kisah Benar - Adik Bercinta Dengan Abang Kandung Sendiri

 Seperti biasa, segmen Kisah Benar di blog ini memaparkan kisah kepincangan sosial yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini dan dipetik daripada sumber-sumber media arus perdana. Seperti kisah di bawah ini yang sudah lama disiarkan oleh akhbar Kosmo..semoga menjadi pengajaran buat kita semua. "Saya tidak sangka sepupu yang selama ini (saya anggap) kekasih sebenarnya abang kandung sendiri. Lebih malang lagi, saya sering melakukan hubungan seks dengannya.”