Skip to main content

Kecantikan Ratu Cantik Arab Saudi 2012





Pertandingan ratu cantik di Arab Saudi? Ia mungkin kedengaran aneh, tetapi benar berlaku dan disertai wanita negara itu, bersama panel hakim untuk menghakimi peserta dan dua naib juara.


Selamat datang ke acara tahunan kali ketiga pertandingan ratu cantik Arab ‘Ratu Etika’ , di mana wanita yang menang tidak dinobatkan berdasarkan paras rupa, ukuran badan atau kecantikan fizikal, tetapi pada ‘etika’ beliau.

Tema pertandingan ratu cantik tahun ini ialah "etika saya, identiti saya". Pertandingan diadakan Isnin lalu di Dewan Besar Raja Abdullah di wilayah Timur Qatif.

Pemenang, Maram Zaki al-Saif, dipilih sebagai ‘Ratu Etika’ Arab selepas hakim terpegun dengan aksi beliau yang penuh dengan kesopanan dan kesusilaan.

Selain merangkul gelaran ‘Ratu Etika’, Saif turut menerima wang tunai bernilai kira-kira 10,000 riyal (RM8,153), ujar akhbar tempatan harian, Sharq.

Ratu yang berasal dari kepulauan Tarout di Arab Saudi ini adalah antara lima finalis yang berjaya mengharungi setiap saringan yang disertai 285 peserta, berumur antara 16 dan 24 tahun.

Dalam pertandingan sama, Fatema Abdel Jaleel Al Abad, 17, dari rantau Al-Ahsa Arab Saudi dinobatkan naib johan manakala Fatema Saeed Al Baik, 23, dari Al Qatif naib juara kedua.


Selain etika peserta dan tingkah laku yang baik, pengarah eksekutif pertandingan Khadra'a Al Mubarak berkata kriteria pemilihan pemenang turut dinilai daripada segi karisma dan prestasi teater, di samping tahap keyakinan yang tinggi dan kemahiran literasi, lapor akhbar Sharq.

Ratu etika perlu menjawab dua soalan utama, yang ditujukan kepada semua lima finalis. Soalan-soalan adalah: Apakah makna sekiranya anda layak merangkul gelaran pemenang? Apakah yang akan anda sumbang kepada gelaran itu?

Al Saif berkata, kemenangan akan menggalakkan beliau untuk mencapai cita-cita dan matlamat beliau, di samping menjadi sumber inspirasi kepada rakan senegara untuk mempercayai dalam keupayaan mereka untuk membentuk perubahan dalam masyarakat secara keseluruhannya. Beliau juga menyatakan keinginannya untuk mewujudkan projek pemulihan vokasional bagi orang kurang upaya yang akan dapat membantu mereka mencari peluang pekerjaan sesuai.

Acara pelancaran itu dihadiri oleh selebriti wanita, dan beberapa tokoh media, bersama-sama ibu peserta.

sumber: berita harian


Comments

  1. boleh la.. Tpi yg dapat no 2,3 tue mcm mna nak tau dia tue cntik????? muka tutup abis.. mana tau mulut sumbing ka, ada kurap ka kat pipi, muka bnyk jerawat^-^

    ReplyDelete
  2. haha... definisi cantik bg mereka, tak sama definisi cantik bagi kau anon 1:32.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Kisah Benar - Adik Bercinta Dengan Abang Kandung Sendiri

 Seperti biasa, segmen Kisah Benar di blog ini memaparkan kisah kepincangan sosial yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini dan dipetik daripada sumber-sumber media arus perdana. Seperti kisah di bawah ini yang sudah lama disiarkan oleh akhbar Kosmo..semoga menjadi pengajaran buat kita semua. "Saya tidak sangka sepupu yang selama ini (saya anggap) kekasih sebenarnya abang kandung sendiri. Lebih malang lagi, saya sering melakukan hubungan seks dengannya.”