Skip to main content

Dominasi Apple dan Samsung serta Kejatuhan Syarikat Elektronik Jepun



Ketika syarikat elektronik gergasi Apple dan Samsung bersaing untuk mendominasi pasaran dengan melancarkan produk yang kompetitif sehingga perlu bertarung sengit dalam hal paten, syarikat elektronik Jepun pula sebaliknya perlu berjuang untuk bertahan dalam pasaran elektronik yang kompetitif dan sengit.


Syarikat gergasi seperti Sony, Panasonic dan Sharp pernah suatu ketika dahulu menjadi 'pemimpin' industri elektronik dan mengalahkan para pesaingnya dari AS, akan tetapi sekarang mereka harus beradaptasi, melakukan penjimatan dan terus berinovasi.

Keadaan ini menjadi bertambah buruk dengan ekonomi Jepun yang sedang bergelut, syarikat elektronik Jepun semakin jatuh dan mereka tidak dapat meraih perhatian di pasaran komputer tablet dan smartphone.


Harga saham mereka semakin jatuh dan berada dalam kedudukan terendah dalam tempoh 10 tahun terakhir ini dan terpaksa memberhentikan sebahagian pekerjanya. Baru-baru ini Sharp dilaporkan telah memberhentikan satu perlima daripada pekerjanya. Keadaan ini membuatkan syarikat elektronik Jepun beralih untuk mengembangkan sesuatu yang lain seperti panel suria dan peralatan perubatan.

Penganalisa berpendapat syarikat elektronik Jepun telah melakukan strategi yang salah dan gagal berinovasi mengikut trend semasa. Mereka membuat produk-produk seperti televisyen dan komputer akan tetapi tidak mengembangkan perangti sambungan yang dapat menghubungkan (sinkronisasi) antara satu sama lain. Akibatnya, produk mereka tidak dapat beroperasi secara 'integrated' seperti iPhone yang dapat berhubung dengan laptop dan kedai musik digital.


Sharp, Sony dan Panasonic telah membuat produk televisyen terbaik di dunia, akan tetapi pesaing dari Korea seperti LG dan Samsung telah melakukan inovasi dan penambahbaikan teknologi yang jauh lebih ketara dan dengan harga yang lebih murah. Syarikat-syarikat Jepun juga kalah dalam pasaran smartphone kepada Apple dan Samsung yang ketika ini telah mendominasi pasaran.



Jika dahulu, Sony memegang 'tampuk' sebagai 'pemimpin industri elektronik dunia selama lebih dua dekad, namun sejak akhir 2004 lalu, takhta itu telah diambilalih oleh Samsung. Samsung juga pada 2009 telah menjadi syarikat teknologi terbesar di dunia mengalahkan Hewlett Packet (HP) dan kini merupakan vendor smartphone terbesar di dunia menewaskan Nokia pada awal 2012. 


Dalam empat tahun terakhir Sony tidak dapat mencatatkan keuntungan, Panasonic juga mencatatkan kerugian selama empat tahun berturut-turut. Berdasarkan data dari Bloomberg, jika digabungkan nilai 3 syarikat gergasi Jepun iaitu Sharp, Sony dan Panasonic bernilai 32 billion dolar AS, hal ini membuat mereka hanya bernilai satu perlima daripada nilai Samsung dan satu per dua puluh dari nilai Apple di bursa saham!


 p/s: hal yang sama berlaku dalam industri automotif kini dimana, syarikat Korea Kia dan Hyundai kini dilihat jauh 'lebih agresif' berbanding pesaing dari Jepun, Toyota, Honda, Mitsubishi dsb. It's just a matter of time the Koreans will top the Japanese...

sumber artikel dipetik dari: washingtonpost


Comments

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Keindahan 'Sungai BIRU' atau 'Blue Lagoon' di Alor Setar, Kedah

Lebih dikenali sebagai Sungai 'Ayaq Biru' dikalangan penduduk setempat, ratusan pengunjung dari pelbagai kawasan datang silih berganti untuk menyaksikan keindahan panorama itu yang dikatakan pertama kali berlaku.

[Gambar] Kemunculan Gunung Berapi Anak Krakatau Yang Muncul Dari Laut Sejak 1929

Seperti ditulis dari Geo Magz, Majalah Geologi milik Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Gunung Anak Krakatau lahir ke permukaan laut pada 15 Januari 1929.