Penyanyi Nur Shahila Amir Amzah atau Shila Amzah yang
mengharumkan nama negara apabila berjaya memenangi pertandingan nyanyian
peringkat antarabangsa Asian Wave 2012 di Shanghai, China, malam
kelmarin dikatakan bakal menerima hadiah dana lebih RM1 juta.
Mengikut laporan portal hiburan murai.com.my, Shila, 22, mengesahkan perkara itu tetapi angka sebenar hadiah kemenangan itu hanya diketahui hari ini setelah satu rundingan diadakan bersama penganjur pertandingan berkenaan.
“Hadiah dana itu meliputi rakaman album, konsert, promosi dan perkara lain yang melibatkan kerjaya saya di China nanti,” jelas Shila dalam portal berkenaan.
Malam kelmarin, Shila berjaya menewaskan penyanyi dari China, Korea Selatan, Singapura, Thailand dan India.
Penyanyi itu yang juga anak kepada penyanyi ND Lala menyanyikan tiga buah lagu iaitu Gemilang (lagu popular Jaclyn Victor), Grenade (lagu nyanyian Bruno Mars) dan sebuah lagi dalam bahasa Mandarin (Xheng Fu) ketika pertandingan akhir berkenaan.
Shila yang membuat ucapan selepas dinobatkan sebagai pemenang di pentas Asian Wave itu menegaskan dia bersyukur kerana terpilih sebagai pemenang dalam kalangan penyanyi hebat lain yang turut bertanding.
“Saya berterima kasih kepada peminat serta pengundi dan pertandingan ini telah memberi peluang untuk menonjolkan bakat yang saya ada,” ujarnya dalam ucapan di laman YouTube.
Pada pusingan pertama Asian Wave 2012, Shila telah menyanyikan lagi penyanyi Adele, Set Fire to the Rain dan pada pusingan kedua dia mengalunkan pula lagu penyanyi Taiwan, Lee Hom iaitu Forever Love yang telah menarik perhatian juri dan komposer terkenal China, Eric Moo.
Daripada 30 orang peserta, hanya 12 orang terpilih ke pertandingan akhir yang telah berlangsung sejak 31 Ogos lalu dan pemilihan akhir seramai lima penyanyi sahaja.
Asian Wave merupakan pertandingan peringkat Asia Pasifik untuk mencari penyanyi bertaraf bintang yang mewakili negara masing-masing.
sumber: kosmo
ikutan menyimak....
ReplyDeleteSelamat ya atas kemenangannya
ReplyDelete