Skip to main content

Pintu Neraka Ditemui di Gurun Karakum, Turkemenistan





Ini adalah kawah yang dibuat oleh ahli geologi lebih 40 tahun lalu, dan api di dalam kawah tersebut telah terbakar sejak itu. Selamat Datang ke Derweze di Turkmenistan - atau, penduduk setempat menyebutnya sebagai 'Pintu ke Neraka'.


Ahli geologi Soviet melakukan penggalian di lokasi itu pada tahun 1971 dan menemui sebuah lapangan yang penuh dengan gas asli. Tetapi tanah di bawah rig penggalian itu runtuh, meninggalkan lubang dengan diameter 70 meter.

Risau dengan kemungkinan lubang itu akan menyebabkan pelepasan gas beracun, pasukan geologi itu memutuskan untuk membakarnya.

Diharapkan bahawa api akan menggunakan semua bahan bakar dalam beberapa hari, tetapi gas masih menyala sehingga ke hari ini.


Api menghasilkan cahaya emas yang dapat dilihat beberapa batu dari sekitar Derweze, sebuah perkampungan dengan jumlah penduduk sekitar 350 orang.

Gurun Karakum, yang sebahagian besar mencakupi wilayah Turkmenistan, terletak di sebelah timur Laut Kaspia iaitu sekitar 260 kilometer utara Ashgabat, ibu negara Turkmenistan.

Pada bulan April 2010 presiden negara yang penduduknya majoriti adalah muslim itu, Gurbanguly Berdimuhamedow, mengunjungi kawasan tersebut dan memerintahkan agar lubang itu ditutup namun hingga ini belum terjadi.




sumber: http://www.exelroze.info

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif.

1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.


Saiz Zakar Lelaki Mengikut Negara (Malaysia di tempat ke-106)

Salah satu faktoryang agakdominandalam menentukan saizzakarnormaladalah faktorgenetik.Ini adalah satu faktorpentingyang mestiberbeza dari setiapbangsa,keturunan,dan negarasecara keseluruhannya.

Cara Membuat Simbol dan Emoticon Menggunakan Keyboard

Jika anda seorang keyboard warrior, ini ada beberapa trick menarik untuk memantapkan skill anda:

Cara-caranya: Find Alt code.