Seluruh dunia Islam sekarang dilanda kemarahan di atas penerbitan sebuah filem yang didakwa menghina Nabi Muhammad. Di beberapa negara terutamanya di Asia Barat dan jiran kita di Indonesia sudah melakukan tunjuk perasaan memprotes filem ini. Kita di Malaysia bagaimana? Masih lagikah sibuk dengan Gangnam Style yang tak senonoh tu?
Filem Innocence of Islam
Filem Innocence of Islam, arahan Sam Bacile, yang disiarkan dalam laman YouTube dengan menggambarkan Nabi Muhammad pernah tidur dengan ramai wanita, mengisahkan pembunuhan kanak-kanak dan mendakwa keldai sebagai haiwan Islam pertama.
Filem tersebut turut dilaporkan akan digunakan oleh ekstremis anti Islam, Terry Jones, yang pernah mencetuskan kontroversi cuba membakar al-Quran, untuk berkempen membenci Islam di AS.
Petikan filem berkenaan yang dialih bahasa ke bahasa Arab disifatkan sebagai menjijikkan yang mencetuskan bantahan anti-Amerika Syarikat di Libya dan Mesir. Republik Islam Iran mengutuk keras penghinaan kepada kesucian Islam dan bersimpati dengan rasa tersinggung umat Islam.
Siapa itu Sam Bacile?
Sam Bacile adalah seorang lelaki berusia 56 tahun berasal dari California, Amerika Syarikat. Lelaki itu turut mendedahkan dirinya sebagai Yahudi Israel. Menurutnya, filemnya itu akan membantu Israel dengan mendedahkan keburukan Islam kepada dunia.
Bacile yang bercakap melalui telefon dari lokasi tidak diketahui tetap membela diri dengan mengatakan Islam adalah satu barah dan mahu filemnya menjadi satu kenyataan politikal.
Dia kini dipercayai sedang bersembunyi di satu lokasi rahsia dengan tahap kawalan keselamatan yang ketat.
Kene buat Filem anti israel nie..
ReplyDeleteAssalammualaikum, Astaghfirullah aladzim, Marilah kita bersama2 melakukan solat hajat, agar Allahswt
ReplyDeletemenimpakan hukuman setimpal dgn pbuatan laknatullah itu. dan buat HAN,
TAK PAYAHLAH nak buat filem pula, nnt kita xde bezanya dgn mereka. wallahualam.
setuju dgn anonymous atas,
ReplyDeletetak perlulah kita buat filem sebegitu, sebab itu bukan cara kita, bukan cara yg dianjurkan islam pn..
SEDIH! :(
ReplyDeletememang patut diharamkan.memesongkan akidah je. Menakutkan bila jadi ikutan belia.
ReplyDeleteaq rasa xpyh kita buat filem pasal anti yahudi..sbb kalu korng perasan tv series n movie kat america ade jee yg kutuk ritual org yahudi perngai2 yahudi ...tapi yahudi wat dek jee..n aq rase dorng da plan bile ad movie or something yg mghina agama kita(islam)..msti ade yg buat tunjuk perasaan..nie mgkin kaedah org2 yahudi nk tarik prhatian dunia n labelkn islam adalah agama yg kuat melenting..skekan huru-hara kat jalanan..n aq rase nie akan bagi satu image buruk kat islam..*nie cuba pandangan aq jee* :)
ReplyDeleteSaya setuju komen kat atas ni.tak pyh lah nak bls apa yg dah yahudi buat kat Umat Islam, hanya ALLAH je yg dpt memberi balasan yg stimpal nanti. Kat dlm tv pun byk cerita2 anti Islam ditayangkan tpi knpa mendapat kelulusan jugak? Knpa TAK boikot terus je filem2 Mcm tue... Contoh paling dekat ceta NCSI... Byk ceta yg mengambarkan Islam sbgi terrorist... Hmmmm
ReplyDeletemoga mendapat balasan dari Allah wahai yahudi ....jangan menghina Agama & Nabi yg kami cintai lg....kemana kamu pergi Allah maha mengetahui.....terimalah pembalasan darinya...amin.....
ReplyDeleteBiarlah dia buat filem hina Islam sebab byk hikmahnya. Tgklah peristiwa 11 Sep kononnya pengganas Islam yg btggjwb. kesannya rmai org barat mengkaji Islam akhirnya mendpt hidayah memeluk Islam. Filem ini juga akan dikaji oleh org barat, mudah2an mereka mendapat hidayah.
ReplyDeleteeum bener tuh yah...
ReplyDeletesebagai umat muslim kita harus bertindak dengan cara lain yang lebih bermanfaat
kurang ajar tuh orang
ReplyDeletekezaliman extremist islam x fikir pla...human
ReplyDeletewah kurang ajar
ReplyDelete