Friday, September 28, 2012

George Hussien Obama: Adik Barrack Obama Yang Hidup Miskin di Kenya





Jika Barrack Obama tinggal di rumah Putih serba mewah dengan pesawat canggih Air Force One, adiknya pula, George Hussein Obama,30 tinggal di dalam pondok buruk satu bilik berdindingkan zink di perkampungan Huruma, kawasan setinggan terkenal di Nairobi.


Kedua-dua beradik ini berkongsi bapa yang sama, tetapi berlainan ibu. Barrack Obama dilahirkan di Hawai, daripada isteri kedua bapanya, manakala George Hussein Obama pula daripada isteri keempat dilahirkan di Kenya.

Barack Obama dan bapa beliau, Barack Obama Sr. di lapangan terbang Honolulu pada tahun 1971

Bapa mereka, Barack Snr bertemu dan berkenalan dengan Ann Dunham, seorang ahli akademik Amerika dan ahli antropologi. Walaupun pada hakikatnya dia telah berkahwin dengan seorang wanita di Kenya, beliau mendakwa telah bercerai. Barack Snr berkahwin dengan Ann pada tahun 1961 apabila Ann sudah mengandung tiga bulan dengan Barack. Apabila Obama Snr melanjutkan pengajian di Harvard, beliau terus mempunyai urusan lain dan berpisah dengan Ann pada tahun 1964.



Akhirnya dia kembali ke Kenya meninggalkan Barack di Hawaii dan menjadi seorang pemabuk terlampau. Selepas George lahir dengan isteri keempat, Yael, di Kenya, beliau meninggal dunia semasa George berusia enam bulan kerana kemalangan kereta pada tahun 1982.

George membesar di pinggir bandar kelas pertengahan Nairobi dengan ibunya, yang berkahwin semula dengan seorang lelaki kulit putih, seorang pekerja bantuan Perancis. sebenarnya dia begitu kesal dengan kehidupannya berbapakan lelaki kulit putih. 'Saya satu-satunya lelaki yang mempunyai bapa kulit putih di kampung saya. Saya mahu menjadi sama seperti kanak-kanak kulit hitam yang lain,"katanya.

George mula minum dan menghisap ganja pada usia sepuluh tahun dan lima tahun kemudian dia telah dibuang daripada sekolah berasrama penuh tempat beliau bermain ragbi dan belajar bahasa asing kerana mengambil dadah.

Bekas penagih dadah dan arak ini berhijrah ke Nairobi di kawasan perumahan miskin dengan alasan nama keluarganya menjadi beban kepadanya sejak Barrack Obama menjadi Presiden Amerika.

Beliau kini merupakan penyelaras Huruma Football Club, sebuah pasukan perbandaran yang terdiri daripada anak-anak yatim, bekas banduan dan penagih dadah.





 sumber: http://www.duniaandromedaku.blogspot.com

Entri-Entri Berkaitan.....

2 comments:

Related Posts with Thumbnails