Skip to main content

Inilah Jambatan Raksasa Purba Yang Terbentuk 1 Juta Tahun Lalu





Adam Bridge,atau dikenali juga dengan nama Rama Bridge merupakan salah satu daripada beberapa tempat paling misteri di dunia. Jambatan purba misteri sepanjang 30 Km yang menghubungkan antara Manand Island (Srilanka) dan Pamban Island (India) ini dipecayai telah berumur lebih daripada 1 juta tahun!

Struktur Rama Brige sendiri sangat mudah terlihat dari atas permukaan air laut kerana kedudukannya yang tidak terlalu dalam,iaitu hanya ditenggelami air sedalam kira-kira 1.2 meter (jika air laut sedang surut).

Status jambatan ini masih merupakan misteri sehingga kini, menurut tafsiran para pengkaji,dikatakan Rama Bridge berkemungkinan mempunyai kaitan yang rapat dengan mitos terkenal India, Ramayana.
Srilankan Archeology Department telah mengeluarkan suatu statment yang menyebutkan usia Rama Bridge mungkin berkisar diantara 1000000 hingga 2000000 tahun, namun apakah jambatan ini benar-benar terbentuk secara semulajadi atau adakah ia merupakan suatu ciptaan manusia? Sehinnga kini persoalan ini masih belum dapat dirungkaikan.
 
S.U.Deraniyagala, Pengarah Pusat Arkeologi Sri Lanka yang juga merupakan pengarang buku “Early Man and the Rise of Civilization in Sri Lanka: the Archaeological Evidence” mengatakan bahawa peradaban manusia telah muncul di Kaki Gunung Himalaya sekitar 2000.000 tahun lalu. Walaupun menurut para sejarawan peradaban paling awal di benua India adalah peradaban bangsa Ca, hal itu bukan merupakan suatu jaminan bahawa terdapat peradaban yang jauh lebih tua lagi dari mereka sebelumnya.
Para sarjana menaksirkan bahawa kemungkinan jambatan purba ini dibangunkan setelah daratan Sri Lanka terpisah daripada India jutaan tahun silam.
Didalam Epos Ramayana,jambatan itu dibangunkan oleh para pasukan manusia kera dibawah pengawasan Rama. Maksud dari pembangunannya sendiri ialah sebagai tempat penyeberangan menuju Negeri Alengka dalam misi untuk menyelamatkan Dewi Shinta, dimana pada saat itu Dewi Sinta diculik oleh Raja Kerajaan Alengka,iaitu Rahwana.
 
Epos Ramayana,menurut Kalender Hindu seharusnya berada pada masa Tredha Yuga (menurut cakram masa evolusi hindu/ cakram Hinduism tentang Epos tersebut terbahagi kepada masa Sathya (1728000 tahun), Tredha (1296000 tahun), Dwapara (864000 tahun) dan Kali (432000 tahun).
 
Tahap sekarang menurut kalender mereka ialah Kali. Bermaksud menurut Epos tersebut, usia dari Rama Bridge sekitar 1.7 juta tahun lalu.


 sumber: gedeboom.com, http://wahw33d.blogspot.com

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Keindahan 'Sungai BIRU' atau 'Blue Lagoon' di Alor Setar, Kedah

Lebih dikenali sebagai Sungai 'Ayaq Biru' dikalangan penduduk setempat, ratusan pengunjung dari pelbagai kawasan datang silih berganti untuk menyaksikan keindahan panorama itu yang dikatakan pertama kali berlaku.

[Gambar] Kemunculan Gunung Berapi Anak Krakatau Yang Muncul Dari Laut Sejak 1929

Seperti ditulis dari Geo Magz, Majalah Geologi milik Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Gunung Anak Krakatau lahir ke permukaan laut pada 15 Januari 1929.