Adam Bridge,atau dikenali juga dengan nama
Rama Bridge merupakan salah satu daripada beberapa tempat paling misteri di dunia.
Jambatan purba misteri sepanjang 30 Km yang menghubungkan
antara Manand Island (Srilanka) dan Pamban Island (India) ini
dipecayai telah berumur lebih daripada 1 juta tahun!
Struktur Rama Brige sendiri sangat mudah terlihat dari atas permukaan air
laut kerana kedudukannya yang tidak terlalu dalam,iaitu hanya ditenggelami air sedalam kira-kira 1.2 meter (jika air laut sedang surut).
Status jambatan ini masih merupakan misteri sehingga kini, menurut
tafsiran para pengkaji,dikatakan Rama Bridge berkemungkinan mempunyai kaitan yang rapat dengan mitos terkenal India, Ramayana.
Srilankan
Archeology Department telah mengeluarkan suatu statment yang
menyebutkan usia Rama Bridge mungkin berkisar diantara 1000000 hingga
2000000 tahun, namun apakah jambatan ini benar-benar terbentuk secara semulajadi atau adakah ia merupakan suatu ciptaan manusia? Sehinnga kini persoalan ini masih belum dapat dirungkaikan.
S.U.Deraniyagala, Pengarah Pusat Arkeologi Sri Lanka yang juga
merupakan pengarang buku “Early Man and the Rise of Civilization in Sri
Lanka: the Archaeological Evidence” mengatakan bahawa peradaban manusia
telah muncul di Kaki Gunung Himalaya sekitar 2000.000 tahun lalu. Walaupun menurut para sejarawan peradaban paling awal di benua India
adalah peradaban bangsa Ca, hal itu bukan merupakan suatu jaminan bahawa
terdapat peradaban yang jauh lebih tua lagi dari mereka sebelumnya.
Para
sarjana menaksirkan bahawa kemungkinan jambatan purba ini dibangunkan setelah
daratan Sri Lanka terpisah daripada India jutaan tahun silam.
Didalam
Epos Ramayana,jambatan itu dibangunkan oleh para pasukan manusia kera
dibawah pengawasan Rama. Maksud dari pembangunannya sendiri ialah
sebagai tempat penyeberangan menuju Negeri Alengka dalam misi untuk
menyelamatkan Dewi Shinta, dimana pada saat itu Dewi Sinta diculik oleh Raja Kerajaan Alengka,iaitu Rahwana.
Epos Ramayana,menurut Kalender Hindu seharusnya berada pada masa Tredha
Yuga (menurut cakram masa evolusi hindu/ cakram Hinduism tentang Epos
tersebut terbahagi kepada masa Sathya (1728000 tahun), Tredha (1296000
tahun), Dwapara (864000 tahun) dan Kali (432000 tahun).
Tahap sekarang menurut kalender mereka ialah Kali. Bermaksud menurut Epos tersebut, usia dari Rama Bridge sekitar 1.7 juta tahun lalu.
sumber: gedeboom.com, http://wahw33d.blogspot.com
good info. :-)
ReplyDeleteeumm keren...
ReplyDelete