Skip to main content

Carlsberg Sales Sempena Ramadhan





Entah betul, entah tidak, tetapi berdasarkan sumber di Gempak.org, gambar ini dirakamkan di THE STORE, SRI PETALING. Promosi minuman arak Calsberg sempena Ramadhan. Astaghfirullahhalazim...jika betullah gambar ni, nauzubillah! Satu penghinaan terhadap Islam.



Update:

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyelar tindakan sebuah pasar raya di ibu negara yang mengeksploitasi istilah ‘Ramadan Sale’ untuk jualan minuman keras.

Beliau berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) boleh mengambil tindakan terhadap premis berkenaan mengikut peruntukan yang ada.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas penyiaran di Internet gambar jualan murah minuman keras sebuah pasar raya tertera perkataan ‘Ramadan Sale’, selepas menyampaikan amanat khas kepada warga Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di Kompleks Pusat Islam, semalam.

Sementara itu, difahamkan Bahagian Hab Halal Jakim telah memeriksa premis berkenaan semalam dan tanda harga ‘Ramadan Sale’ di pasar raya tersebut sudah ditanggalkan.

sumber: harian metro
 


Comments

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Keindahan 'Sungai BIRU' atau 'Blue Lagoon' di Alor Setar, Kedah

Lebih dikenali sebagai Sungai 'Ayaq Biru' dikalangan penduduk setempat, ratusan pengunjung dari pelbagai kawasan datang silih berganti untuk menyaksikan keindahan panorama itu yang dikatakan pertama kali berlaku.

[Gambar] Kemunculan Gunung Berapi Anak Krakatau Yang Muncul Dari Laut Sejak 1929

Seperti ditulis dari Geo Magz, Majalah Geologi milik Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Gunung Anak Krakatau lahir ke permukaan laut pada 15 Januari 1929.