Skip to main content

Malaysia di Tempat ke-110 Negara Paling Gagal di Dunia





Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh The Fund for Peace (FFP) , Malaysia berkedudukan di tempat ke-110 sebagai negara paling gagal di dunia.


Data ini dikeluarkan FFP dalam laman web rasminya http://www.fundforpeace.org, pada awal bulan ini.

Daripada 178 buah negara, Malaysia menduduki urutan ke-110 negara paling gagal. Atau dalam erti kata lain, Malaysia adalah negara ke-68 paling berjaya di dunia. Indeks Negara Gagal ini adalah edisi tahunan ke-8 yang menyoroti tekanan politik, ekonomi, dan sosial global yang dialami negara.

Tahun ini, negara paling gagal di dunia di tempat pertama adalah Somalia, dengan alasan perlanggaran undang-undang yang meluas, pemerintah tidak efektif, keganasan, pemberontakan, dan serangan lanun terhadap kapal-kapal asing.

Sementara itu, Finland menjadi negara di tempat terakhir dalam senarai itu, atau dalam erti kata lain menjadi negara paling tidak gagal di dunia pada 2012. Disusuli negara tetangganya, Sweden dan Denmark, di tempat kedua dan ketiga.

Tiga negara ini dinilai baik dari indikator sosial dan ekonomi yang kuat, perkhidmatan awam yang sangat baik, serta menghormati hak asasi manusia dan berpegang kepada undang-undang.

Senarai 178 negara gagal ini dibuat berdasarkan 12 indikator, dan lebih dari 100 sub-indikator, termasuk isu-isu seperti pembangunan tidak sekata, legitimasi negara, dan hak asasi manusia. Setiap indikator dinilai pada skala 1-10, berdasarkan analisis dari jutaan dokumen yang tersedia untuk orang awam, data kuantitatif lain, dan penilaian oleh para analis.

Di kawasan Asia Tenggara, Malaysia kalah kepada Brunei Darussalam (123) dan Singapura (157), tetapi berada di hadapan Thailand (84), Vietnam (96), Indonesia (63), Myanmar (21), Timor Leste (28), Kamboja (37), Laos (48), dan Filipina (56).

source: http://www.fundforpeace.org

Comments

  1. Camtu la kan ...negara kafir mesti yang paling hebat negara islam la yang paling teruk..
    Walaupun kadang-kadang tu ada betul nye...hehe

    ReplyDelete
  2. sebab negara-negara yg kafir ni mencontohi perkara-perkara dalam Quran, tetapi negara2 Islam plak yg banyak lari dari Quran

    ReplyDelete
  3. bagaimana rasanya berada di negara teraman di dunia,seperti di surgakah...

    ReplyDelete
  4. sedikit gagal berarti sedikit berkarya

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Keindahan 'Sungai BIRU' atau 'Blue Lagoon' di Alor Setar, Kedah

Lebih dikenali sebagai Sungai 'Ayaq Biru' dikalangan penduduk setempat, ratusan pengunjung dari pelbagai kawasan datang silih berganti untuk menyaksikan keindahan panorama itu yang dikatakan pertama kali berlaku.

[Gambar] Kemunculan Gunung Berapi Anak Krakatau Yang Muncul Dari Laut Sejak 1929

Seperti ditulis dari Geo Magz, Majalah Geologi milik Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Gunung Anak Krakatau lahir ke permukaan laut pada 15 Januari 1929.