Skip to main content

Kisah Yang Touching, Lelaki Koma 10 Bulan Menangis Dengar Suara Tunang






Selalunya dalam filem Hindustan atau drama Korea, kita akan lihat 'scene' seperti ini, tetapi di sebuah hospital di Britain, ia benar-benar berlaku. Seorang lelaki yang koma sejak 10 bulan lalu menunjukkan tanda-tanda awal untuk pulih apabila dia menangis selepas mendengar suara tunangnya menerusi telefon.


Keluarga Mathew Taylor mungkin melihat bagaimana air matanya mengalir apabila Anda Nurul bercakap dengannya dari Bali.

Keluarga itu sebelum ini diberitahu, Taylor tidak akan sedar dari koma selepas terbabit dalam kemalangan motosikal yang menyebabkan tengkoraknya retak, di pulau peranginan di Indonesia itu pada musim panas lalu.


Tetapi, dia menunjukkan tanda untuk pulih apabila ibu bapanya menelefon Anda dan meletakkan gagang telefon pada telinga Taylor di hospital.

Bapa tiri, Simon Moore, dari Overseal, Derbyshire berkata: “Anda bertanya kepada Taylor mengenai sesuatu dan dia kelihatan seperti berkata ‘Ya.’ Kemudian air matanya mengalir. Ia menakjubkan.”

Taylor, 31, berkenalan dengan Anda, wanita kelahiran Bali, di pulau berkenaan, tempat dia mengajar bahasa Inggeris.


Anda, 27, berada di Britain apabila Taylor dipindahkan ke Hospital Royal Derby untuk rawatan. Dia terpaksa pulang selepas visanya tamat.

Luke Griggs, dari Badan Kebajikan Kecederaan Otak, Headway, berkata, Taylor yang berada dalam ‘koma kesedaran rendah,’ kemungkinan boleh pulih sepenuhnya.

sumber: harian metro, dailymail.co.uk

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Keindahan 'Sungai BIRU' atau 'Blue Lagoon' di Alor Setar, Kedah

Lebih dikenali sebagai Sungai 'Ayaq Biru' dikalangan penduduk setempat, ratusan pengunjung dari pelbagai kawasan datang silih berganti untuk menyaksikan keindahan panorama itu yang dikatakan pertama kali berlaku.

[Gambar] Kemunculan Gunung Berapi Anak Krakatau Yang Muncul Dari Laut Sejak 1929

Seperti ditulis dari Geo Magz, Majalah Geologi milik Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Gunung Anak Krakatau lahir ke permukaan laut pada 15 Januari 1929.